Sunday, June 22, 2008

BERANIKAH AHLI PARLIMEN BN MENYOKONG USUL TAK PERCAYA PADA PAK LAH?

Seluruh negara menanti dengan penuh minat dan harap, akan ada usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mulai 23 Jun 2008 ketika Parlimen bersidang untuk sesi ke dua.

Setelah rakyat dikecewakan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel, dan setelah hampir seluruh usaha dibuat, bagi mengingatkan Pak Lah yang kerap tidur dan terlupa ini, supaya sedar dan peka terhadap masalah rakyat.

Berjurai-jurai air mata rakyat menanggung derita pengorbanan kenaikan harga barang yang melambung, kos sara diri yang meningkat, serta kezaliman tirani UMNO BN selama 50 tahun mengekalkan ISA. Rakyat diugut dengan FRU apabila berhimpun, bahkan disumbat ke gerigi besi ISA tanpa sekelumit rasa seimpati.

Kini rakyat tertunggu-tunggu, benarkah dan beranikah ahli-ahli Parlimen BN keluar dari kepompong kesenangan dengan memberi undi tidak percaya pada Pak Lah. Beranikah mereka menanggung risiko diambil tindakan - dikeluarkan kotak ajaib rasuah oleh algojo UMNO-BN, BPR? Sanggungpkah mereka hilang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri, Pengarah-Pengarah Syarikat GLC, dan hidup merempat bersama rakyat?

Isnin, 23 Jun 2008 bakal mencatatkan sejarah. Rakyat sedang bertepuk sorak ibarat menanti jaringan emas saat akhir di kejuaraan Euro 2008. Inilah masa menghumban pemimpin degil dan zalim ke lembah nista dan hina. Sama-sama kita saksikan, raikanlah hari-hari terakhir BN....

No comments: