Tuesday, August 18, 2009

APA RESPONS SPRM LAPORAN TERHADAP ROHAIZAT?

Pakatan Rakyat telah membuat laporan rasmi kepada SPRM berhubung penyelewengan Rohaizat Othman, calon UMNO. Kes nya bukan calang-calang, ia kes berat melibatkan wang berjumlah ratusan ribu ringgit. Kalaulah ditakdirkan tidak ada PRK di Permatang Pasir dan Rohaizat tidak dicalonkan, barangkali kita semua tidak tahu kesalahan beliau.

Rohaizat Othman telah dipecat dari Majlis Peguam. Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam. Dia dikatakan melakukan kesalahan yang melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah berjumlah RM 140,000.00.

Akibatnya Rohaizat telah dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini.

Kes ini jelas. Majlis Peguam telah ambil tindakan, dan mahkamah juga telah ambil tindakan. Pakatan Rakyat telah ambil tindakan, pertamanya dengan membantah pencalonan beliau. SPR seperti biasa menolak permohonan pihak PAS dan membenarkan Rohaizat bertanding.

SPR telah bertindak bagi pihak UMNO. Langkah seterusnya ialah membuat laporan ke SPRM. Kita nak melihat pula apakah reaksi SPRM untuk menghalalkan tindakan Rohaizat ini. Maklumlah, calon UMNO.

Mari kita dengar apa alasan SPRM. Tak cukup bukti, masih dalam siasatan, akan siasat, dan pelbagai lagi alasan akan direka yasa. Pastinya Rohaizat tidak akan menerima nasib yang sama seperti Teoh Beng Hock. Dan pastinya SPRM akan bertindak sebagai sebahagian komponen UMNO-BN, selain polis, SPR, dan Peguam Negara!

No comments: