Thursday, March 18, 2010

APABILA PENGKHIANAT MULA DEDAHKAN RAHSIA BEKAS PARTINYA SENDIRI

Benarlah gesaan Islam supaya pengkhianat dihukum bunuh. Dalam perang, mereka yang khianat kepada perjuangan akan dihukum pancung. Bahkan mereka yang lari dari medan perang pun berdosa besar disisi Allah. Dalam sejarah Nabi Muhammad SAW, hanya munafik sahaja berani mengkhianati perjuangan, dan golongan munafik akan dicampak ke dalam api neraka di jurang paling bawah.

Dalam Islam juga, pemurtad wajib dihukum bunuh kerana keluar Islam. Soalnya kenapa begitu keras gesaan tindakan kepada golongan mengkhianati perjuangan? Ini kerana mereka dikhuatiri akan membocorkan rahsia jemaah / organisasi.

Sebegitu yang terjadi kepada Dato' Seri Zahrain Hashim. kategori apa yang kita nak berikan kepada Zahrain ini? dan apakah hukuman yang setimpal kepada beliau??


Petikan dari berita...

KUALA LUMPUR - Ucapan sulung Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghangatkan Persidangan Dewan Rakyat.

Malah, kurang lima minit selepas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap bermula 5.05 petang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan apabila Zahrain mula mengaitkan Anwar dengan kegagalan Pakatan Pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan melalui perancangan 16 September.

Katanya, mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agon:g sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada Pakatan Pembangkang membentuk Kerajaan Persekutuan.

:“Malah, Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri keenam,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12.

Pada waktu itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu.

Zahrain kemudian menyambung ucapannya dengan mendakwa kononnya Panglima Angkatan Tentera juga menyokong peranca- ngan pembangkang itu dan kata-kata itu menjadikan Dewan lebih gamat.

Dalam suasana kecoh itu, Zahrain meneruskan pendedahan mengenai kepincangan dalam perjuangan Pakatan Pembangkang yang disifatkannya perjuangan peribadi Anwar.

Pada ketika itu, Anwar bertindak keluar Dewan dan kedengaran Ahli Parlimen BN berteriak ‘pengecut’ dan ‘berani, tunggu’ sebagai mendesak Anwar tidak keluar Dewan dan sebaliknya mendengar pendedahan kenapa Zahrain keluar PKR.

Zahrain kemudian mengulangi dakwaannya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP adalah ditaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.

Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai 'raksaksa pelbagai wajah' ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Beliau mendedahkan antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada DAP sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagaimanapun menangguhkan ucapan Zahrain pada pukul 5.30 petang bagi membolehkan persidangan disambung semula hari ini.

Anwar ketika ditemui di luar dewan bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung tindakan beliau keluar daripada dewan.

Malah, beliau turut mempertikaikan kenyataan Zahrain yang mendakwa pemimpin PR diarahkan untuk berkumpul di Dewan Rakyat pada 16 September untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.

“Ternyata beliau telah dipergunakan oleh parti kerajaan, beliau marah kerana ada orang yang mempersoalkan syarikat, beliau kena jawab

“Saya tidak keluarkan arahan, ternyata beliau hanya mempergunakan isu ini untuk menjatuhkan PR,” katanya.

No comments: