Friday, February 12, 2010

KES LIWAT ANWAR: BUKTI BAHAWA TUDUHAN TERHADAP ANWAR ADALAH REKAAN SEMATA

Saya ingin menambah dalam kes sodomi Anwar Ibrahim kali ke dua ini. Sengaja dipilih kes ini untuk Anwar kerana untuk mengaibkan sehinanya beliau. Dalam erti kata lain, ia adalah 'caracter assasination'. keluarga akan menjadi malu, kenalan akan lari, parti akan meninggalkan diri.

1. Kes Anwar ke dua menjadi rujukan. Kalaulah kes yang pertama (1998) Mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah, maka apakah mungkin Anwar akan 'ulangi' kesalahannya dalam keadaan beliau tidak bersalah pada kes pertama?

2. Kalau kes kedua ini beliau tidak didapati bersalah (saya yakin sebaliknya), beerti kes pertama dan kedua adalah rekaan semata-mata. Maka mengapakah UMNO sebegini bodoh merekayasa kes ini untuk mengaibkan beliau? Apakah rakyat mahu mempercayai UMNO sekali lagi???

3. saya ingin cadangkan kepada pencinta keadilan, mari kita lakukan solat hajat dan membaca Yasin selama 40 hari dan malam, secara berjemaah dan dengan niat tertentu, iaitu sekiranya Saiful bersalah maka tunjukkanlah sesuatu ke atas beliau. Ini kerana beliau telah mengaibkan serta menjatuhkan maruah Anwar, keluarga beliau, parti PKR dan secara tidak langsung kepada PAS, serta umat Islam seluruhnya. Kali ini kita mohon biarlah Allah tunjukkan segalanya terhadap Saiful (sekiranya beliau bersalah).

4. Sebaliknya, kita perlu memohon juga, kalau Saiful itu benar dan Anwar bersalah, maka mudahkanlah mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas kesalahannya.

No comments: