Friday, February 5, 2010

SAMBUNGAN KES LIWAT II

1. Sejurus selepas dikatakan diliwat Anwar, Saiful berjaya meloloskan diri untuk bertemu dengan TPM masa Itu (Dato' Seri Najib). Setahu saya, unutk bertemu dengan pemimpin negara bukan senang dan calang-calang orang. jadual mereka telah padat, dan hanya individu tertentu yang boleh akses untuk bertemu dengan PM atau TPM..

2. Tiba-tiba Saiful dapat bertemu Najib dan menceritakan perihal dia diliwat. Katanya nak mohon biasiswa. Biasiswa apa kalau belajar pun sekerat jalan je. Bukankah itu suatu pembohongan?

3. Bagaimana kalau saya hari ini, aturkan pertemuan dengan Najib untuk memohon biasiswa kerajaan. Mahukah Najib meluangkan masa bertemu dengan saya? Atau perlukah saya mengaku diliwat Anwar baru boleh akses dengan Najib?

4. Mohon biasiswa seharusnya bertemu dulu dengan pihak lain dulu, Kementerian Pendidikan Tinggi ke, Ketua Setiauaha Kementerian ke, Pengarah PTPTN ke atau lain-lain.. Tetapi yang dijumpanya adalah TPM masa itu, bukankah pelik insan ini? Pasti dia mempunyai suatu keistimewaan tertentu yang membolehkan beliau bertemu dengan Najib..

No comments: