Saturday, January 10, 2009

CUKUPKAH HANYA MEMBOIKOT PRODUK US DAN ISRAEL?


Pelancaran boikot barangan Amerika Syarikat dan Israel dilancarkan semalam. Beberapa jenama terkenal yang menguasai pasaran dunia telah diketengahkan sebagai sasaran utama untuk boikot. Ada juga 'kulup' yang protes boikot produk US dan Israel. Dengan boikot katanya akan menyebabkan pekerja kilang yang majoritinya umat Islam akan kehilangan mata pencarian. Kesian, dangkal sungguh pemikiran pencinta dunia ini.

Dr Mahathir sendiri, yang Pak Lah katakan sebagai 'irrelevant' pun tahu makna keganasan Zionis. Takkanlah korban jiwa yang ramai rakyat Palestin oleh Zionis tak mampu dibayar pengorbanan tersebut oleh rakyat Malaysia. Besar sangatkah hilang sumber pendapatan berbanding kehilangan sebuah negara, maruah umat Islam?

Bagi saya, boikot adalah tindakan rakyat. Tindakan kerajaan adalah menarik balik atau mengharamkan barangan-barangan tersebut dari pasaran negara. Baru serius dan agresif. arahkan tutup KFC, MCD, Burger King, Pizza Hut, CoCa Cola, Pepsi dan sebagainya sebagai pengajaran paling berkesan. Bagi rakyat bila ditiadakan barangan tersebut, tiadalah mereka membelinya. Macam rokok. Selagi ada di pasaran tempatan, selagi itulah orang membelinya.

Itupun bagi saya belum memadai. Tindakan boikot adalah tindakan secondary. Keutamaan bagi segalanya adalah hantarkan tentera dan pejuang Islam di Gaza. Biar kita bertempur. Buka pintu sempadan dan ajar Isral secukupnya makna jihad. Saya yakin, pejuang Islam di Malaysia dan Indonesia boleh dikumpulkan. Paling tidak pun hantarkan bekalan senjata api. Apa guna kecanggihan persenjataan kalau tidak digunakan sebaiknya. Inilah masanya. Tunggu apa lagi. Bergabunglah dengan Iran, Hezbollah, dan lain-lain negara yang berani. Yang kecut tinggalkan mereka. Biar mereka jawab di hadapan Allah swt kelak.

Harap-harapnya tindakan boikot ini berterusan. Mari kita niatkan untuk melumpuhkan ekonomi US dan Israel. Mudah-mudahan ia berkesan mengajar erti kemanusiaan.

KUALA LUMPUR MENJADI ZON PERANG ANTI ZIONIS

Jumaat 9 Januari 2009, Kota Metropolita Kuala Lumpur digempur oleh kelompok demonstran. Sekurang-kurangnya 3 kedudukan strategik di pusat bandar di tawan sekelompok demonstran. Semuanya mensasarkan pada satu sahaja musuh, Israel.

Di Masjid Tabung Haji dan Kdutaan Amerika, PAS dan beberapa NGO seperti JIM dan lain-lainnya menaan jalan raya utama. Yang saya pasti posisi ini paling ramai sertai. Hampir 10,000 (barangkali) bangkit meluap-luap membenci Israel. Apalagi yang boleh dilakukan oleh rakyat selain demonstrasi? Di Masjid Negara, UMNO dipelopori Dr Ma'amor Osman, Tun Dr Mahathir, dan Dato' Mukhriz Mahathir juga menganjurkan protes yang sama. Di Masjid Kampung Baru, sekelumit rasa oleh UMNO Bahagian Titiwangsa menghimpunkan sejumlah kecil penunjuk rasa. Biarlah, semuanya bebas meluahkan perasaan.

Bagi kami PAS, ini adalah sejumlah ratusan demonstrasi yang dianjurkan. Ratusan memorandum juga dihantar dan entah apa-apa lagi sebagai mesej perpaduan dan benci kezaliman. Cukupkah sekadar itu? Bagi rakyat yang tiada apa-apa kuasa, inilah kemampuan kita. Tetapi bagi penguasa, mereka memegang saham besar di atas setiap titisan darah rakyat Palestin. Semoga isu Palestin mampu membuka mata hati kita semua tentang persoalan jihad dan perjuangan mendaulatkan Islam..

Wednesday, January 7, 2009

KEZALIMAN ISRAEL DI KEMUNCAKNYA.


Israel mengganas lagi. Benarlah kata pujangga. Tatkala kezaliman itu berada di kemuncaknya, ia menuju kepada kejatuhan, ataupu kemusnahan. Tunggulah tentera Allah melalui Hamas, Brigade Al Qassam dan Jihad Islam akan membalas kejahatan luas batas kaum terkutuk ini. Kami tiada lagi air mata untuk dititiskan. Sudah jenuh ribuan memorandum bantahan dan kutukan. Puluhan dan ratusan demonstrasi kami anjurkan. Hingga kini, hanya solat hajat dan doa mampu kami panjatkan.

Sementara biarkan pemimpin dunia Islam berseronok dan berehat panjang, kerana kalian semua akan diheret di hadapan Allah swt di atas semua kejadian ini. Tunggu pula saat kejatuhan kamu kerana kami umat Islam seluruh dunia sesungguhnya tidak mampu bersabar di atas apa yang kami lihat di depan mata. Kuala Terengganu barangkali sebagai permulaannya!


Dipetik dari PalestinKini.

Rabu ,07/01/2009 - Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera. Penceroboh Israel menyerang kediaman Palestin dan tiga buah sekolah UNRWA telah meningkatkan jumlah mangsa kepada lebih penduduk Palestin yang terbunuh dan 400 lagi mengalami kecederaan.Angkatan tentera Israel komited dalam pembunuhan beramai-ramai hari ini apabila mereka mensasarkan sekolah yang dibina UNRWA bagi menempatkan orang awam yang melarikan diri dari serangan Israel di timur Jabalya.
Pengeboman sekolah Fakhoura di timur Jabalya mengakibatkan 45 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan lebih daripada 50 orang manakala 5 yang lain telah terbunuh dalam pengeboman dua sekolah-sekolah UNRWA yang lain sebelumnya

TUN MAHATHIR CIPTA KEJUTAN LAGI.

Bekas Perdana Menteri Malaysia mencipta satu lagi kejutan. Kali ini benar-benar menggemparkan UMNO-BN. Beliau menggambarkan calon BN-UMNO di Kuala Terengganu sebagai calon yang buruk. Nampaknya berhempas pulaslah media BN untuk menangkis tohmahan bekas ketua mereka. Apa pula strategi mereka bagi menafikan kata-kata bekas bos mereka.

Saya terfikir kadang-kadang mudah bagi Allah swt untuk memberikan kemenangan bagi Islam. Tidak perlu Allah swt menghantar tentera Ababil (burung yang menghancurkan tentera Abrahah), tidak perlu menghantar wabak penyakit seperti di zaman Nabi Musa a.s., apatah lagi menghantar para Malaikat (seperti berlaku dalam Perang Badar), tetapi cukup Allah swt melepaskan pimpinan mereka sendiri 'berbolok' dan berbalah sesama mereka. Mereka berbalah dan bergaduh yang akhirnya memudahkan perjuangan Islam.

Pengakuan Tun Dr Mahathir ini wajar dijadikan point untuk menghala serangan kepada BN. Kalau dalam PRU ke 12 tempohari, Pakatan Rakyat mendapat 'boost' dengan iu pengakuan Tun Dr Mahathir yang mengaku menzalimi Anwar Ibrahim tanpa sebab, kali mungkin boleh di VCD kan dan ditayangkan buat tontonan khalayak khususnya pengundi BN dan atas pagar. Entahlah, mungkin strategi ini berkesan. Semuanya bergantung kepada kebijakan strategi 'think tank' jentera PRK Kuala Terengganu.




Sumber dari Tranungkite.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai “benar-benar pilihan yang sangat buruk”.“Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya,” kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini.
“Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri,” Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.
Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.
Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.
PAS mencalonkan Mohd Abdul Wahid Endut, pilihan yang disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak

PRK KUALA TERENGGANU: PAS DAPAT KEMENANGAN MORAL PERTAMA, TETAPI JANGAN LUPA DIRI

Semalam saya sempat menghadiri perarakan calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu, Haji Abdul Wahid Endut. Di luar jangkaan apabila beribu bahkan puluhan ribu turut sama berarak mengiringi calon. Paling mengkagumkan apabila Kelab Penyokong PAS dari kaum India dan Tionghua turut sama memeriahkan majlis disamping komponen Pakatan Rakyat turut sama hadir. Paluan alat muzik mereka menyemarakkan keadaan. Saya anggarkan kira-kira 20-40 ribu lautan manusia berkumpul bagi menyatakan sokongan. Jalan menjadi sesak teruk. Bahkan rezeki bagi pengusaha keropok lekor pula dimana-mana perhentian kami mencari makanan istimewa Terengganu ini menemui kehampaan apabila semua kedai telah habis bekalan!

Sementara survey saya di pihak UMNO tidak sampai 10 ribu orang berarak sama mengiringi calon mereka. Nampak agak sedikit kelebihan sebagai kemenangan moral pertama bagi PAS dalam pusingan awal ini. Lepas ini selama 11 hari kedua-dua parti, PAS dan UMNO akan berentap bagi memenangi undi rakyat. Calon Bebas pula bertindak sebagai pengacau dan perosak undi salah satu calon. Takpelah, dah namanya demokrasi.

Tahniah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang sanggup mengambil cuti berkampung di Kuala Terengganu semalam. Namun sebagai ingatan jangan pula kita mendabik dada dan bersikap 'over confidence' kerana umumnya kita tahu UMNO akan menggunakan segenap cara bagi memenangi PRK ini. Ini adalah battle ground sebenar bagi BN. Kalah mereka kali ini, akan menjatuhkan moral penyokong mereka, sementara wibawa Najib sebagai bakal PM akan tercalar. Parti komponennya menunggu masa dan ruang yang sesuai bagi menarik diri dari BN. Kemenangan pula amat berharga bagi meningkatkan imej dan meningkatkan merit mereka.

Sementara PAS pula inilah masa menguji kekuatan sokongan rakyat. Adakah benar kemenangan PRU ke 12 disebabkan oleh faktor Anwar Ibrahim dan PKR atau memang PAS punyai kekuatannya sendiri. Kalah akan menguji kesetiaan ahli dan pimpinannya, menang pula meningkatkan keyakinan terhadap PAS sendiri. Semuanya terletak ditangan pengundi Kuala Terengganu. Dan semuanya bergantung kepada keampuhan jentera masing-masing. Selamat berjuang kepada jentera dan pengundi Kuala Terengganu...

TERKINI : 10 TENTERA ISRAEL LAKNATULLAH BERHASIL DIBUNUH.

Memetik dari sumber Palestinkini, Brigade Qassam, sayap bersenjata Hamas telah membunuh tentera Zionis Israel. Alhamdulillah kita mendoakan lebih ramai tentera kuffar ini dibunuh dalam masa terdekat. Inilah bukti bahawa tentera yang dikatakan terhebat di dunia bukan sekebal mana, dan mampu ditewaskan oleh peperangan cara gerila seperti dilakukan Brigade Al Qassam. Tentera kuffar ini ternyata takut mati, dan kalau lebih ramai tenteranya mati pasti mengundang kekalutan dan kengerian berpanjangan buat tentera laknatullah ini. Kalau pemimpin Islam di negara lainnya gagal mengancam Israel dan bersikap bacul, biarlah tentera Allah ini bergerak dengan kekuatan mereka sendiri. Insyallah, pasti Allah berikan pertolonganNya.

Buat Hamas, kami mendoakan kejayaan kalian. Ingatlah, kalian adalah kelompok yang dimuliakan Allah. Menang menjadi mulia dan berjaya di dunia, Terbunuh, kalian adalah syahid dan dimuliakan Allah di akhirat..



Dipetik dari sumber Palestin Kini.

Selasa ,06/01/2009 -10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.Sumber dari Qassam menyebut, para pejuangnya berjaya menarik perhatian tentera rejim Zionis mengepung sebuah rumah yang telah di pasang bom peledak. Setelah pasukan rejim mengepung kawasan rumah , pihak pejuang Qassam meledakkan bom.Pasukan tentera rejim yang lengkap bersenjata yang berada di dalam rumah terperangkap dalam ledakan tersebut. 10 orang dipercayai terbunuh Pihak Qassam berjanji, tentera rejim Zionis yang telah memasuki Gaza tidak akan pulang dengan selamat.

Sunday, January 4, 2009

DEBARAN PRK KUALA TERENGGANU SEMAKIN DIRASAI!

Telah terputuslah sudah calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu. Dikatakan YB Abdul Wahid Endut bukanlah pilihan utama PAS. Tetapi itulah ketentuan Allah yang mengatasi segalanya. Setelah berpulas mesyuarat diadakan akhirnya PAS telah memutuskan Abdul Wahid Endut dipilih bagi berdepan dengan Wan Ahmad Farid.

Atas kertas segalanya boleh terjadi. Boleh jadi menang atau sebaliknya. Semuanya atas iltizam petugas-petugas parti yang ikhlas dan tidak kenal jemu. Apapun keputusannya, sebagai ahli parti kita menyambut keputusan Presiden PAS dengan berlapang dada. Yang penting adalah gerak kerja kita semua perlulah fokus, ikhlas, bersungguh-sungguh, dan berkorban apa sahaja. Inilah jihad awla sebagai pendahuluan bagi mendirikan Islam.

Puak UMNO pula akan menyerang dan menghentam sehabis daya. Tidak cukup media, digunakan jentera kerajaan tanpa rasa berdosa. Pelbagai isu dari pembangunan kepada hudud digunakan. Buatlah apa pun PAS akan tetap berdiri teguh tanpa undur.

Kini debarannya semakin dirasakan. tarikh keramat 6 Januari 2009 adalah langkah awal penentuan jatuh tersungkur atau bangkit PAS dalam PRK ini. Buat semua petugas dan pencinta kebenaran, doakan kejayaan PAS di Kuala Terengganu..

Saturday, January 3, 2009

BAHASA APAKAH LAGI UNTUK MENGAJAR ISRAEL MELAINKAN JIHAD?

Serangan Israel ke atas bumi Palestin masuk ke minggu ke 2. Setakat laporan ini ditulis, hampir 500 jiwa umat Islam Palestin terkorban. Ramainya kanak-kanak, bayi, kaum perempuan, dan orang-orang tua. Di mana-mana, di Pejabat kerajaan, masjid, hospital, taman permainan, khemah pelarian, rumah kediaman dan apa saja menjadi sasaran Israel. Laknatullah ini sedang mengamuk sakan persis menyambut pesta pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam Palestin. Bumi Palestin menjadi 'punching bag' dan medan latihan bagi Laknatullah menguji senjata canggih mereka.

Apakah bahasa yang layak bagi memberi makna kaum yang pernah membunuh para Nabi dan Rasul a.s., kaum yang mengkhianati perjanjian dengan Nabi Muhammad saw, yang pernah meracuni Nabi Muhammad saw, serta sombong dan bongkak ini? Apakah pengajaran yang paling berharga bagi 'mengajar' kaum penjajah ini melainkan jihad dan peperangan?

Dalam isu ini saya telah mendapat pengalaman pertama seumur hidup mendengar khutbah di Masjid Negara yang mengecam tindakan Zionis serta menyokong perjuangan Hamas. (walaupun di masjid lain khutbah tanpa teks biasa menyebut sokongan terhadap perjuangan Islam di Palestin). Yang saya kagumkan lagi Khatib mendoakan kesejahteraan bumi Palestin, Iraq dan negara-negara umat Islam yang lain. (Sesuatu yang belum pernah dirasai di masjid utama negara). Alhamdulillah, sudah ada sedikit kesedaran setelah berpuluh tahun kita terasa seakan-akan isu umat Islam sejagat dibisukan dari mimbar khutbah. Kalaulah khutbah Jumaat ditekskan secara rasmi yang berkisar persoalan jihad dan perjuangan seperti mana di Palestin, Iraq, Chechnya, Afghanistan dan lain-lain bumi Islam sepuluh tahun dahulu, sudah tentu umat Islam di Malaysia sudah lama bangkit dengan arus kesedaran seperti mana berlaku di negara-negara umat Islam yang lain.

Seperti biasa, demonstrasi jalanan adalah amalan biasa apabila berlaku pertumpahan darah di Palestin. Seingat saya, hampir sepuluh tahun kami berdemonstrasi memberi simpati mengenangkan beribu jiwa yang terkorban. Hampir setiap tahun, pembunuhan Palestin berlaku dan demonstrasi adalah puncak bagi melepaskan kemarahan. Nak harapkan apa lagi,
setakat demonstrasi dan serah memorandum sahaja yang kita mampu buat. Perkara lain, solat hajat dan doa serta Qunut Nazilah sekadar menjadi bekalan.

Hairan kita, mengapa pemimpin umat Islam yang menganggotai OIC hanya berpeluk tubuh, lena diulit mimpi serta sanggup bersekongkol dengan negara haram Zionis. Pemimpin Malaysia pun lebih kurang dua kali lima. Anak buah dibiarkan buat bantahan konon-kononnya nak menunjukkan kepada dunia mereka turut membantah, tetapi tindakan mereka membuktikan kerelaan atas apa yang berlaku. Agaknya mereka tidak membayangkan dosa yang ditanggung dengan membiarkan jiwa dan maruah umat Islam diinjak-injak. Mungkin mereka tidak punya maruah lagi, sebab itu sanggup membiarkan maruah umat Islam dicarik.

Sebagai pemimpin yang berkuasa di negara-negara Islam, cukupkah hanya dengan mengutuk, menyerah memorandum, diskusi, sidang meja bulat, sidang akhbar, kenyataan media, mesyuarat tergempar dan entah apa-apa lagi sedangkan dalam masa yang sama umat Islam terus disembelih. Ternyata pemimpin-pemimpin negara Islam semuanya bacul. Tidak berani mengambil langkah kehadapan dengan tindakan-tindakan yang boleh menghalang Israel. Sejumlah 3 juta kaum Yahudi boleh menggoncang dunia Islam yang penduduknya mencecah satu pertiga dari penduduk bumi, yang bertebaran hampir di mana-mana pelusuk dunia!

Pemimpin dunia Islam sepatutnya boleh bertindak demi secebis ihsan. Amat mudah bagi pemimpin-pemimpin dunia Islam bersatu dan mengambil tindakan bersama secara menyeluruh. Kalau mereka berani sudah tentu ada tentera mujahidin yang dihantar berjihad, atau pun membekalkan senjata seperti mana Amerika Syarikat lakukan, atau apa-apa tindakan yang boleh menggugat kekuatan Israel. Kalau Barat isytiharkan perang dunia sekalipun, sekiranya pemimpin Islam berani, maka jutaan umat Islam akan turun bersama memerangi musuh Islam ini. Prinsip Islam tidak pernah goyah, kita memahami erti jihad, syahid sebagai kemuliaan dan ganjaran syurga sebagai matlamatnya. Amerika Syarikat bukan terlalu kuat untuk ditewaskan, Israel bukan gah untuk ditumbangkan. Mudah sekiranya pemimpin Islam beriman dan bertaqwa.

Barangkali inilah kecelakaannya bila mendapat pemimpin Islam yang fasik, lemah jiwa, ahli maksiat, sosialis, nasionalis, sekularis, dan pentingkan diri sendiri. Kenyangkan perut sendiri dan biarkan orang lain kebuluran. Tren ini berlaku di mana-mana negara Islam. Selagi mereka yang berkuasa selagi itulah kekejaman dibiarkan di depan mata. Biarkan rakyat mati, asalkan mereka senang. Islam dihina dan diperlakukan sesuka hati.

Membebaskan dan membela nasib umat Islam sejagat perlu perjuangan berterusan. Wajib dan tiada alasan. Tetapi banyak ranjaunya. Pendahuluannya ialah bebaskan negara sendiri dahulu dari dijajah oleh pemimpin yang berjiwa 'karat barat', meskipun sama rupa parasnya. Islamnya mungkin sama, imannya berlainan. Bunyi syahadahnya sama, tetapi anutannya kapitalis, nasionalis atau sekularis. Inilah halangan pertama dan utama umat Islam dalam bersatu mengumpul kekuatan. Jatuhnya pemimpin zalim, serta menaikkan pemimpin yang berjiwa Islam akan membuka pintu kemenangan Islam keseluruhannya.

Kemudian umat Islam seluruh dunia perlu bersatu. Dalam urusan jihad dan pembelaan Islam, persoalan fikrah harus diketepikan dahulu. Ideologi, doktrin, fahaman dan lain-lain boleh dibincang kemudian. Peri pentingnya saat ini, senjata dihalakan ke arah Zionis. Kurangkan musuh dan fokus kepada satu. Termasuk tindakan lain boleh diambil seperti pemulauan ekonomi Israel, mengusir diplomat, boikot barangan Israel dan US, memberi ugutan keras, membekalkan senjata dan lain-lain.

Jihad Islam tidak pernah luntur dan pudar dari jiwa umatnya. Dalam kegetiran ini, kita bersama berharap musnahnya Zionis dan bangkitnya Islam. Namun harapan ini tidak semudah perlaksanaan. Yang sedang kita usahakan di bumi sendiri dan di mana-mana bumi umat Islam, dalam mendepani demokrasi tempang adalah usaha ke aras mencapai kejayaan pendahuluan iaitu membebaskan watan dari jajahan pemimpin Islam yang songsang. Usaha ini telah mencecah puluhan tahun , dan entah berapa tahun lagi perlu diambil. Ia hanya secebis usaha bagi mendapatkan pembebasan seluruhnya Islam. Dunia Islam merindui Khilafah yang runtuh tahun 1924 tegak kembali abad ini. Nantikanlah kewujudannya, dan berjihadlah selagi terdaya...

Wednesday, December 31, 2008

BELI BUKU ONLINE

Cara untuk menempah :

Sila emailkan order anda di alamat email ini; suhaimi_bp@yahoo.com
1. Nama
2. Nyatakan Tajuk Buku
3. Jumlah buku yang ingin ditempah
4. Alamat penghantaran
5. Jumlah bayaran

Boleh membuat pembayaran di akaun ini:-

CIMB
Mohamad Suhaimi Bin Abdul Aziz
14340001786200

Bagi mempercepatkan respon, boleh juga sms maklumat-maklumat di atas ke talian ini, 0196039187 beserta no resit pembayaran dan tarikh bayaran.

Terima Kasih

BELI BUKU ONLINE


Harga:
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM35


Pengarang;

Fauzi Zakaria [ MA. UM]

Penyunting
Riduan Mohamad Nor

Harga
RM 15.00


Oleh:

Aris Hazlan Ismail
Riduan Mohamad Nor

Harga

Semenanjung : RM 20.00



Analisis Pilihan Raya Umum ke-12

Oleh:
Riduan Mohamad Nor

Harga

Semenanjung : RM 15.00
Sabah/Sarawak: RM 18.00


Pengarang

Riduan Mohamad Nor

Harga: RM 12.00



Pengarang:

Riduan Mohd Nor
Mohd Fadli Ghani

Harga: RM 18.00


Penyusun:

Riduan Mohamad Nor

HARGA: RM 10.00