Wednesday, November 19, 2008

WIBAWA KETUA HAKIM NEGARA SEMAKIN DIRAGUI

Penyakit UMNO kini telah merebak ke Mahkamah Malaysia pula. Semacam suatu bala, rasuah dan krisis intergiti berlaku di pusat segala macam keadilan, iaitu mahkamah. Orang yang terlibat itu pula bukan kakitangan mahkamah, bukan pengawal keselamatan, bukan pegawai biasa, bukan pula peguam, tetapi berkedudukan paling tinggi dalam sistem kehakiman negara.

Mungkin sudah suratan di akhir zaman ini sukar mencari insan jujur dan amanah. Bakal suami atau isteri sukar mencari pasangannya yang benar-benar jujur, ikhlas dan seorang yang 'jurus' (soleh) seperti generasi terdahulu. Nak mencari seorang pemimpin yang amanah dan jujur juga suatu yang sukar sekarang. Lihatlah majoriti pemimpin negara di dunia pada hari ini, berapa ramai yang betul-betul memimpin dengan penuh anamah dan tanggungjawab. Adalah seorang dua. Ahmadinejad barangkali. Di Malaysia, saya tidak mahu mempromosi sesiapa. Tetapi kalau anda celik maklumat, lihat dan selidiklah pemimpin mana yang tidak terlibat dengan rasuah. Mana-mana pemimpin, sama ada Perdana Menteri, Menteri Kabinet atau Menteri Besar. Adalah seorang dua. Tetapi pasti UMNO tidak bersetuju dengan pandangan saya (kalau saya katakan orang itu ialah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat).

Agaknya bagaimanalah keadilan dapat ditegakkan kalau Ketua Hakim Negara sendiri mengaku mengambil masa 6 bulan untuk menjadi baik. Terjemahan :(‘it took me 6 month to be nice’). Kemudian mengaku pula pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah. Pengakuan itu mungkin bernada jujur, atau bersifat ikhlas. Tetapi perlakuannya tidak jujur, manakala pelakunya pula sangat diragui apabila beliau mengakui perbuatan tersebut. Mana boleh seorang Ketua Hakim disabitkan sekecil-kecil rasuah. Apatah lagi kalau rasuah besar-besar seperti berlaku kepada ahli-ahli politik negara.

Ketua Hakim Negara ialah orang yang memegang sumber keadilan di dalam negara. "Keadilan bukan setakat dilaksanakan, bahkan mestilah dilihat terlaksana". Justeru memang wajar rakyat meragui wibawanya, andai ucapannya tidak dilihat bersih dari anasir rasuah. Kita semua boleh bayangkan dengan latar belakang beliau ini, untuk mengendali sesuatu kes mahkamah, dimana jaminannya beliau akan berlaku adil. Apatah lagi kalau kes itu melibatkan individu terkenal, seperti kes Altantuya.

Ketua Hakim Negara wajar melepaskan jawatannya. Biarlah kehakiman ditentukan berdasarkan merit integriti hakim tersebut, bukan kerana pengaruh politik kepartian. Kita mahu keadilan dijunjung agar negara kita disanjung. Pahit kerana mempertahankan keadilan lebih manis dari manis yang mengandungi racun. Renungkanlah.


Dipetik dari berita:-

PARLIMEN, 18 NOVEMBER (SK)
- PENGERUSI Kaukus Intergiriti kehakiman, Karpal Singh memberi tempoh 7 hari kepada Ketua Hakim Negara Zaki Tun Azmi untuk letakan jawatan sebagai ketua hakim bermula hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Zaki pada 7 November di Kuching Sarawak yang telah dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa inggeris yang menyatakan menyatakan ‘it took me 6 month to be nice’

Kenyataan yang dibuat Zaki pada satu konvensyen di Kuching telah diterbitkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 8 November lalu.

Menurut Karpal yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Zaki tidak boleh menafikan bahawa beliau membuat kenyataan sedemikian dan terdapat bukti rakaman audio percakapan Ketua Hakim itu di Kuching.

13 November lalu, Karpal yang juga Pengerusi DAP telah membuat laporan polis berhubung kenyataa Zaki Tun Azmi bahawa dua bekas hakim dan kakitangan mahkamah terbabit amalan rasuah.

Dalam laporannya, Karpal menggesa pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan satu siasatan lengkap di bawa Akta Pencegahan Rasuah 1961 berhubung kenyataan yang dibuat Zaki.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat Zaki pada satu konvensyen di Kuching telah diterbitkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 8 November lalu.

1 comment:

seli said...

tak tau nak komen ape...sokong jelah huhuhuhu