Sunday, March 8, 2009

APABILA SASTERAWAN NEGARA MENYATAKAN SIKAPNYA.

Amat mengharukan sekali apabila Sasterawan Negara Dato' A Samad Said hadir bersama ribuan para demonstran membantah PPSMI semalam. Saya amat teruja melihat keberanian dan semangat juang kental yang dipamerkan oleh tokoh sastera negara ini.

Sebelum ini sudah beberapa nama besar dalam kesusasteraan negara turut bersama dalam politik pembangkang. Dato' Shahnon Ahmad, seorang lagi tokoh penulis prolifik bertaraf Sasaterawan Negara menceburi PAS dan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 10 tahun 1999. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Sik. Manakala Azizi Abdullah menjadi aktivis PAS yang aktif di Kedah. Dinsman, penyajak tersohor telah lama bergelumang dengan Pakatan Rakyat sejak tercetusnya reformasi. Puan Ainon Mohamad tokoh sastera yang tidak kurang hebatnya bersama suaminya Prof Abdullah Hassan adalah antara nama hebat yang menyertai arus kebangkitan rakyat. Bahkan, sajak-sajak di akhir kehidupan Dato' Dr Usman Awang banyak bersimpati dengan perjuangan rakyat. Amat janggal sekali tokoh sastera mahu bersama dengan politik kerajaan UMNO-BN. Kini Dato' A. Samad Said mengambil peranan terkehadapan sebagai ikon perjuangan bahasa membantah PPSMI.

Apa yang sangat mengkagumkan, Dato' A. Samad Said, seorang yang sangat disanjung sebagai tokoh sasterawan negara ini sanggup berhujan asid dan berasap pedih bersama rakyat untuk memperjuangkan bahasa. Dalam usianya meniti waktu tua, beliau melangkah gagah ke hadapan bersama pimpinan-pimpinan PAS Pusat.

Dalam kepedihan ditembak bom asid beliau sempat mengungkap sepatah kata, "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,". Ternyata perjuangan di kemuncaknya 7 Mac 2009 diwarnai dengan kepedihan dan kesengsaraan rakyat. Bom asap dan hujan asid adalah perkara biasa buat aktivis PAS, termasuk ditangkap dan dihumban ke penjara dan semalam menambahkan lagi kemanisan perjuangan rakyat menolak kezaliman. Kini baru semua sedar dan buka mata bahawa UMNO-BN adalah penzalim yang sedang berselindung di balik tabir kuasa dan musuhnya adalah semua rakyat yang bangun menentang rejim kuku besi ini. Biarkan semua rakyat memerhati, kuku besi yang ganas semalam nantinya akan tumbang jua ditangan rakyat yang membentuk raksasa seperti himpunan semalam.



No comments: