Monday, September 14, 2009

ULANGTAHUN MEMPERINGATI 16 SEPTEMBER..

Dunia memperingati Tragedi 11 september sebagai hari hitam dunia Amerika Syarikat. Di Malaysia, kekalutan 16 September 2008 masih dirasai oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Habis kecoh dan bercempera pemimpin UMNO-BN resah menunggu detik yang tidak jadi tersebut. Kita juga sebagai rakyat, penuh dengan impian indah membina sebuah politik baru yang tidak kesampaian.

Apapun peristiwa 16 September menimbulkan nostalgia. Nak gelak pun ada, dan marah pun ada, nak sedih pun ada. Semuanya terangkum dalam sebuah iltizam seorang pemimpin besar yang disanjung. Itulah gagasan politiknya dan gertakannya sekurang-kurangnya berjaya menggoncangkan lanskap politik negara.

Tahun ini kita bertemu dan bertamu lagi dengan 16 September. Pastinya ia mengundang sebuah keresahan buat politik elit penguasa. Saya ketemukan sebuah analisa ringkas berkaitan 16 September 2009. Tarikh itu tetap berhantu buat sesetangah pihak...


1. Dikhabarkan sembilan atau sepuluh ADUN UMNO di Ganu akan menyertai PKR dan membentuk kerajaan bersama PAS pada 16 September 2009. Perkhabaran ini dipandang serius kerana difahamkan yang sembilan ADUN UMNO itu telah berjumpa DSAI.

2. Di Selangor pula dikhabarkan beberapa ADUN PAS akan membentuk kerajaan baru bersama UMNO. Pada 16 September 2009, MB Selangor yang baru YAB Dr. Hassan Ali akan mengadap untuk memaklumkan majoriti bilangan ADUN yang menyokongnya menjadi MB. Dan seterusnya memohon perkenan istana untuk mengambilalih kerajaan daripada MB Khalid.

3. MIC yang didakwa bersih oleh Samy akan semakin bercelaru kerana Timbalan Presiden Palanivel tidak mendapat sokongan 50% perwakilan MIC. Lebih 60% perwakilan tidak mengundi Palanivel untuk jawatan Timbalan Presiden. Subramaniam dijangka mengikut langkah politik Dr. Chua Jui Meng. Ini bermakna hampir separuh ahli MIC akan meninggalkan MIC.

4. MCA masih terus berkecamuk. Sama ada kecamuk ini merupakan helah yang disengajakan atau tidak, ia tetap memudaratkan kuasa UMNO. PM 1Malaysia tidak mahu mencampuri urusan dalaman MCA. PM 1Malaysiapun pening dengan permainan MCA ini.

5. PKFZ dan Inkues Teoh menambahkan lagi kesengsaraan politik UMNO. Rakyat mula sedar bahawa SPRM adalah agensi kuatkuasa kerajaan untuk menghalalkan tindakan haram jadah UMNO. Sehingga ke hari ini, watak2 UMNO dalam PKFZ dan Inkues Teoh masih berjaya disembunyikan.

6. Kemelut Perak telah memperlihatkan dengan jelas bahawa mahkamah sentiasa dan akan terus melindungi UMNO. Segala tindak tanduk UMNO adalah benar. Keputusan Speaker Sivakumar menggantung tujuh ADUN UMNO telah diputuskan tidak sah oleh mahkamah. Speaker Sivakumar telah mengingatkan mahkamah bahawa menurut Artikel 72, kuasa speaker berkaitan urusan DUN adalah tidak boleh dicabar di mahkamah. Dan yang terbaru Speaker Sivakumar memohon mahkamah untuk mengistiharkan bahawa tindakan Ganesan merampas kerusi speaker adalah tidak sah. Mahkamah membuat keputusan bahawa menurut Artikel 72, mahkamah tiada kuasa untuk mendengar dan membicarakan segala urusan DUN. Masalah DUN mesi diselesaikan di peringkat DUN. Pelik.

7. Atau mungkin pada 16 September 2009, sempena Hari Malaysia, Tiong di Sarawak akan mengumumkan 30 AP Sabah dan Sarawak tidak lagi mewakili BN. Mereka adalah AP Bebas yang menyokong DSAI.

8. Kome boleh baca tapi jangan percaya. Nak percaya, tunggu PRU 13.

No comments: