Monday, September 28, 2009

BERUNTUNGNYA PEKERJA ESTET DARI PETUGAS PAS.

Sekadar renungan, atau mungkin luahan. Gaji kakitangan Pejabat PAS sendiri tidak lebih RM 800 sebagai permulaannya. Ada yang bertahan dengan tangga gaji tersebut bertahun lamanya. Macam-macam alasan diberikan. Dan tidak ada sesiapa di luar sana baik pemimpin politik mana-mana parti pun melihat ini secara serius, apatah lagi untuk diperjuangkan. Maklumlah, murabitun. Bukannya orang yang ada kepentingan politik.

Alangkah beruntungnya pekerja estet yang dijaga kebajikannya berbanding pekerja PAS sendiri.


Pakatan akan perjuang gaji minima RM900 untuk pekerja estet
Dzulfikar Mashoor
Sun | Sep 27, 09 | 8:45:56 pm MYT
TELOK KEMANG, 28 Sept: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa gaji buruh ladang di Malaysia, termasuk di beberapa estet di sini adalah tidak adil dan akan memperjuangkan gaji minima RM900 untuk mereka.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendesak kerajaan Malaysia melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk rakyat, bukannya memberika duit raya bermotif politik kepada peneroka Felda semata-mata.

Sunday, September 27, 2009

TENTERA DIPOLITIKKAN?!! DAH LAMA DAH..

Tuan Hj Mohd sabu telah memberikan amaran. Sememangnya sudah lama institusi rasmi kerajaan seperti Polis dan Tentera di perkudakan demi kepentingan politik sempit UMNO-BN. sebutlah apa saja. Daripada mahkamah, kepolisan, tentera, peguam negara, SPR, JPN, SPRM dan apa saja yang terlintas.

Kalau tidak masakan UMNO mampu bergentayangan di puncak kuasa berpuluh tahun lamanya..


Petikan dari berita.

Tindakan Zahid Mengheret Tentera Ke kancah Politik Tidak Menguntungkan Negara.BAGAN PINANG – Institusi ketenteraan masih lagi dihormati kerana tugas-tugas yang dilaksanakan samada di dalam dan di luar negara, semasa aman mahupun semasa darurat.

Institusi tersebut dihormati kerana masih tidak terlibat dengan sbarang politik kepartian sebagaimana institusi lain yang telah dipergunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Namun begitu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu memberi amaran kepada Dato’ Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan mengheret angkatan tentera Malaysia ke kancah politik.

”Tetapi kita nampak sekarang institusi ketenteraan cuba diheret ke dalam politik sekarang oleh Menteri Zahid Hamidi, cukup jahat Menteri ini,

”saya beri amaran, kalau apa-apa berlaku di Malaysia, Zahid Hamidi bertanggungjawab,”katanya ketika menyampaikan ceramah penerangan pra pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang di Kampung Sirusa, disini semalam 26 September.

Menurutnya, Zahid Hamidi telah menggunakan tiga helikopter tentera ketika merasmikan mesyuarat agong UMNO Bahagian Jasin.

”Baru ni dia pergi rasmi (mesyuarat)UMNO (Bahagian) Jasin, dia (Zahid) guna tiga helikopter tentera, itu program UMNO (bukan program kerajaan atau tentera),

”Apakah Zahid Hamidi nak bawa tentera seperti berlaku di zaman Suharto,”soalnya.

Katanya, Suharto telah menggunakan tentera untuk mengawal dan memaksa rakyat supaya mengundi parti Golkar.

Mukaddimah kepada perbuatan ’ala’ Suharto, kata Mohamad, telah dilakukan oleh Zahid dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan Permatang Pasir yang lalu.

”Mukaddimahnya, Zahid Hamidi dah mula buat, iaitu dia turun(kan) pasukan kebajikan tentera di Manek Urai, dituruti kemudiannya di Permatang Pasir,”tegasnya.

Beliau (Mohamad Sabu) mempersoalkan, mengapa Zahid mengarahkan tentera untuk membuat kerja-kerja kebajikan dalam masa pilihanraya.

”kalau nak turun pasukan, nak bina rumah, nak gali parit, nak gali jambatan, kenapa tidak di (buat) masa luar pilihanraya?,

”(sebagai contoh) masa sekarang, pilihanraya tidak ada di Jelebu, pergilah buat sana, di Gerik ramai orang miskin, rumah tak siap, (sepatutnya) kebajikan angkatan tentera Zahid bawa ke sana!,”katanya.

Katanya, Zahid cuba untuk mencampuradukkan tentera dalam arena pertarungan politik
memberi ingatan kepada sesiapa sahaja perisik tentera

Sekaligus, beliau turut membuat gesaan tersebuka supaya prisik tentera yang hadir dalam Majlis ceramahnya, memberitahu para Jeneral, tindakan Zahid itu tidak mengutungkan negara.

”Perisik tentera yang hadir pada malam ini (beri) ingat kepada Jeneral-jeneral, apa yang dibuat oleh Zahid itu tidak menguntungkan negara (ada masa hadapan),”katanya.

Ceramah yang diadakan sempena perasmian dan pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi-muslimeen-united.blogspot

ALAHAI KERAJAAN SELANGOR KU!!

Selangor ini negeri bertuah, dan negeri rebutan. Tak habis-habis pemimpinnya bertelagah, di depan khalayak. Rakyat sudah mula muak dengan telatah seperti budak-budak ini.


Sudahlah. saya sendiri berserabut hendak fikirkan nasib negeri paling kaya ini. Biarkanlah rakyat yang menentukan dua tiga tahun akan datang. Masa itu, jangan menyesal pula..




Pemuda PAS khuatir isu Selcat bawa kejatuhan Pakatan Rakyat



Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat).

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan mengulangi kesilapan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan dua tahun lalu.

Ketika itu Dr. Khir merupakan Menteri Besar Selangor.

Pada 12 November 2007, kerajaan negeri ketika itu pimpinan Dr. Khir menyampaikan hadiah penyapu kepada Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama penyapu itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor.

"Kita perlu mengambil pengajaran daripada tindakan Khir Toyo yang membawa penyapu dan menghadiahkan kepada pegawai kanan kerajaan (pada November 2007, lima bulan sebelum pilihan raya umum)... membawa kepada kerajaan negeri dijatuhkan, dibenci kakitangan kerajaan negeri," kata Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Nasrudin melahirkan pendiriannya ini ketika banyak pihak menggesa agar Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali keluar Pakatan Rakyat negeri itu dan dikenakan tindakan disiplin ekoran pendirian beliau mempertikaikan secara terbuka perjalanan Selcat.

"Walaupun Datuk Hasan memberikan pandangan yang berbeza, jangan sampai beliau dipancung, jangan beliau dibuang.

"Perbezaan pandangan ini mewujudkan satu kaedah pemantauan pengurusan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita dengar dulu penjelasan daripada Datuk Hasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman," katanya.

"Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya," kata beliau.

Hasan telah melahirkan sokongan kepada pihak yang mengkritik Selcat termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN).

Malah, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pemimpin PAS sendiri merasakan Hasan tidak wajar menyatakan pandangan sedemikian kerana Selcat adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat selepas memenangi pilihan raya umum 2008.

Monday, September 14, 2009

ULANGTAHUN MEMPERINGATI 16 SEPTEMBER..

Dunia memperingati Tragedi 11 september sebagai hari hitam dunia Amerika Syarikat. Di Malaysia, kekalutan 16 September 2008 masih dirasai oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Habis kecoh dan bercempera pemimpin UMNO-BN resah menunggu detik yang tidak jadi tersebut. Kita juga sebagai rakyat, penuh dengan impian indah membina sebuah politik baru yang tidak kesampaian.

Apapun peristiwa 16 September menimbulkan nostalgia. Nak gelak pun ada, dan marah pun ada, nak sedih pun ada. Semuanya terangkum dalam sebuah iltizam seorang pemimpin besar yang disanjung. Itulah gagasan politiknya dan gertakannya sekurang-kurangnya berjaya menggoncangkan lanskap politik negara.

Tahun ini kita bertemu dan bertamu lagi dengan 16 September. Pastinya ia mengundang sebuah keresahan buat politik elit penguasa. Saya ketemukan sebuah analisa ringkas berkaitan 16 September 2009. Tarikh itu tetap berhantu buat sesetangah pihak...


1. Dikhabarkan sembilan atau sepuluh ADUN UMNO di Ganu akan menyertai PKR dan membentuk kerajaan bersama PAS pada 16 September 2009. Perkhabaran ini dipandang serius kerana difahamkan yang sembilan ADUN UMNO itu telah berjumpa DSAI.

2. Di Selangor pula dikhabarkan beberapa ADUN PAS akan membentuk kerajaan baru bersama UMNO. Pada 16 September 2009, MB Selangor yang baru YAB Dr. Hassan Ali akan mengadap untuk memaklumkan majoriti bilangan ADUN yang menyokongnya menjadi MB. Dan seterusnya memohon perkenan istana untuk mengambilalih kerajaan daripada MB Khalid.

3. MIC yang didakwa bersih oleh Samy akan semakin bercelaru kerana Timbalan Presiden Palanivel tidak mendapat sokongan 50% perwakilan MIC. Lebih 60% perwakilan tidak mengundi Palanivel untuk jawatan Timbalan Presiden. Subramaniam dijangka mengikut langkah politik Dr. Chua Jui Meng. Ini bermakna hampir separuh ahli MIC akan meninggalkan MIC.

4. MCA masih terus berkecamuk. Sama ada kecamuk ini merupakan helah yang disengajakan atau tidak, ia tetap memudaratkan kuasa UMNO. PM 1Malaysia tidak mahu mencampuri urusan dalaman MCA. PM 1Malaysiapun pening dengan permainan MCA ini.

5. PKFZ dan Inkues Teoh menambahkan lagi kesengsaraan politik UMNO. Rakyat mula sedar bahawa SPRM adalah agensi kuatkuasa kerajaan untuk menghalalkan tindakan haram jadah UMNO. Sehingga ke hari ini, watak2 UMNO dalam PKFZ dan Inkues Teoh masih berjaya disembunyikan.

6. Kemelut Perak telah memperlihatkan dengan jelas bahawa mahkamah sentiasa dan akan terus melindungi UMNO. Segala tindak tanduk UMNO adalah benar. Keputusan Speaker Sivakumar menggantung tujuh ADUN UMNO telah diputuskan tidak sah oleh mahkamah. Speaker Sivakumar telah mengingatkan mahkamah bahawa menurut Artikel 72, kuasa speaker berkaitan urusan DUN adalah tidak boleh dicabar di mahkamah. Dan yang terbaru Speaker Sivakumar memohon mahkamah untuk mengistiharkan bahawa tindakan Ganesan merampas kerusi speaker adalah tidak sah. Mahkamah membuat keputusan bahawa menurut Artikel 72, mahkamah tiada kuasa untuk mendengar dan membicarakan segala urusan DUN. Masalah DUN mesi diselesaikan di peringkat DUN. Pelik.

7. Atau mungkin pada 16 September 2009, sempena Hari Malaysia, Tiong di Sarawak akan mengumumkan 30 AP Sabah dan Sarawak tidak lagi mewakili BN. Mereka adalah AP Bebas yang menyokong DSAI.

8. Kome boleh baca tapi jangan percaya. Nak percaya, tunggu PRU 13.

DR CHUA SOI LEK DAN SUBRAMANIAM BAKAL MENYERTAI PR?

Dato' Subramaniam bakal menyusul langkah padah seperti yang diterima oleh Dr Chua Soi Lek, dua minggu lepas. MCA telah memecat Dr Chua Soi Lek atas 'lakonannya' dalam video lucah bersama teman wanitanya dua tahun lepas. Malang Chua, sudahlah jatuh, tangga bertimpa pula.. Beliau telah meletakkan jawatannya dalam kabinet sejak insiden memalukan itu, dan kini satu-satunya jawatan dalam parti turut terlucut. Dan sejak itu, MCA ribut bergelora, bagaikan puting beliung yang menghentam bahtera. Presiden MCA turut goyang dan mungkin akan turut menerima nasib yang sama seperti bekas Timbalan Presidennya.

Dalam pada itu, MIC pula kalut. Dato' Subramaniam yang menawarkan diri bertanding orang nombor dua dalam MIC, telah diugut akan diambil tindakan. Beliau telah pun kalah, tetapi dendam Samy Vellu ke atas penentang-penentangnya tidak berkesudahan. selepas ini akan ada tindakan disiplin yang lebih tegas menimpanya termasuk dipecat. Malanglah kamu wahai Subra!

Nampaknya kedua-dua parti komponen terbesar BN dalam bahaya. Kesan dan akibatnya mungkin akan terpecah bahkan akan hilang dalam lipatan sejarah. Kalau itu benar terjadi maka UMNO akan menjadi satu-satunya parti tanpa komponen yang menyokongnya. Tatkala itu, mampukah UMNO berdiri segah hari ini, ataupun ia turut sama rebah. Dalam pada mereka sibuk menghentam Pakatan Rakyat, bahtera BN yang semakin nazak. Bukan Pakatan Rakyat yang berpecah, tetapi BN yang bercerai.

Tidak ada platform yang terbaik buat kedua-dua bekas pemimpin besar komponen BN itu, melainkan dalam Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh dato' seri Anwar Ibrahim dilihat lebih jauh terkehadapan berbanding BN. Dan di dalam PKR masih ada ruang buat kedua-duanya berpencak di gelanggang politik, seperti yang dilalui oleh Dato' Dr Chua Jui Meng sekarang. Rakyat sekarang sudah muak dan jemu dengan parti yang berasaskan perkauman seperti UMNO, MIC dan MCA. Rakyat mahu melihat parti yang berteraskan parti berbilang bangsa seperti PKR atau parti yang meletakkan Islam seperti PAS sebagai dasar perjuangannya berada di depan sekarang. Selamat berhjirah Dato' Subra dan Dato' Chua...

MAHATHIR SENDIRI PERCAYA UMNO-BN BAKAL BERKUBUR..

Siapa lagi yang suka buat kontoversi kalau bukan mantan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun memerintah, iaitu Tun Dr Mahathir. Kali ini belia menghentam partinya sendiri dan meletakkan tidak yakinan beliau kepada masa depan UMNo-BN. Ya, pasti UMNO-BN bakal mengikut jejak LDP, parti yang kalah di Jepun.

Tidak perlu menelaah pun sudah diketahui, UMNO bakal hancur. manakan tidak, selama 50 tahun lebih ia dibumbui dengan rasuah, salah guna kuasa, kronisme, mementingkan diri sendiri, dan lain-lain. Insyaallah, berkat nasihat dan teguran Tun Dr Mahathir, kita sama-sama doakan tenggelamnya kapal karat bernama UMNO...





UMNO, BN seperti ikut jejak LDP


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

Beliau berkata, situasi politik yang berlaku dalam UMNO dan BN dilihat seakan-akan mengikut jejak langkah negara Jepun dan tidak mustahil pilihan raya akan datang, fenomena yang sama turut berlaku.

Menurutnya, parti-parti yang berjuang dan mencapai kemerdekaan di beberapa negara lain, telah hilang begitu saja seolah-olah rakyat di negara itu tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli ‘perjuangan dan pengorbanan’ parti-parti itu dan pemimpinnya.

“Saya begitu hairan, tidakkah mereka tahu mengucapkan terima kasih? Apa yang saya lihat, ada kebenaran dan kesahihannya kerana mendapati sikap pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang menggantikan pejuang kelihatan berubah hampir sepenuhnya,” katanya dipetik dalam blognya, semalam.

Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu, menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu.

Dr Mahathir berkata, mereka menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.

Walaupun menyatakan bahawa pengundi Melayu begitu setia kepada BN, Dr Mahathir mengingatkan bahawa wujudnya bukti pada pilihan raya umum tahun lalu pengundi setia memberikan undi kepada pembangkang.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.

“Rasuah semakin menjadi-jadi dalam UMNO dan parti-parti komponen (BN) yang lain.

“Dengan adanya pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

Berkenaan parti komponen BN, Dr Mahathir berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan jika prestasi pembangkang lemah.

Saturday, September 5, 2009

Pilihanraya Kecil lagi..

Kali kesembilan sejak Pilihanraya Umum ke 12 , pada 8 Mac 2008, kita kini bakal berdepan dengan Pilihanraya Kecil lagi. Kali ini tidak terduga Negeri Sembilan bakal membuat percaturan politik dan melakar sejarah lanskap negara.

Azman Mohd Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, dalam sebuah daerah di Negeri Sembilan (lebih spesifik ialah di bawah Parlimen Teluk Kemang) disahkan meninggal dunia petang tadi jam 2.30.

Azman daripada UMNO menewaskan Ramli Ismail dari PAS dengan majoriti 2,333. Ujian sebenar buat PAS kali ini adalah mampukah PAS memenangi kerusi milik kebal UMNO. Inilah ujian sama ada rakyat terus memberikan sokongan dan momentum kemenangan Pakatan Rakyat dapat dikekalkan kali ini. Mungkin ada yang berandaian kiranya di kerusi terdahulu penyandangnya adalah dari Pakatan Rakyat sendiri kecuali di Parlimen Kuala Terengganu (itupun ada yang mengatakan negeri Terengganu adalah kubu kuat PAS). Kini barulah pengaruh dan dokongan Pakatan Rakyat teruji. Mampukah UMNO-BN memenangi kerusi DUN tersebut kali ini, ataupun terus kecundang buat sekian kalinya.

Kalau di Kota Siputeh, SPR berdolak dalik bagi mengekalkan kerusi buat BN, kali ini pasti tidak ada hujah buat SPR tetapkan tarikh Pilihanraya. Sama-samalh kita tunggu bilakah pengumuman Pilihanraya kecil ini bakal berlangsung..