Thursday, September 15, 2011

HENDAK DI APAKAN DENGAN UMNO NI..

Jelaslah.. UMNO bukan pejuang kemerdekaan. Bahkan UMNO penakut untuk berjuang menentang penjajah. Hari ini ditabur seolah-olah UMNO lah pejuang sebenar kemerdekaan.

Pendedahan Abdul Majid Saleh, antara insan yang masih hidup sehingga hari ini tatkala beliau bersama rakan-rakannya berjuang menentang penajajah British di negara ini. Ikuti kenyataan beliau di bawah ini..


"Saya petik:

[BGM] IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor".

"Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya".

Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.

Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung,

Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM.

Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.

Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.
"Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.

Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.

Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.

"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.

Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.

"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan.

Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak.

"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.
Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa.

Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.- BGM


P/s: Terburai lagi tembelang dan temberang UMCO dan konco-konconya!!!

Monday, September 5, 2011

KERAJAAN JOHOR IKTIRAF MAT INDERA..

Dalam keadaan teruk Mohd Sabu diserang, tiba-tiba terpacul sebuah kenyataan oleh Yayasan Warisan Johor, Kerajaan Johor yang menjadi tempat lahir UMNO mengiktiraf peranan Mat INdera, lelaki menjadi fenomena besar di tanah air.

Kerajaan Johor mengiktiraf Mat Indera, Buku Biografi yang ditulis oleh Ismail Adnan. Prakata buku ditulis sendiri oleh Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman. Nampaknya meracau pulalah para pengampu, pembodek dan segala porofesor kangkung untuk menjawab persoalan ini. Terima kasihlah kepada Mohd sabu yang berani menampilkan nama Mat Indera sebagai tokoh pejuang kemerdekaan, jika tidak sampai kiamat pun generasi muda negara dibohongi oleh sejarah yang digelapkan oleh UMNO...

Mat Sabu akan jadi senasib dengan Mat Indera?

Mohd Sabu adalah Timbalan Presiden PAS sekarang. Ketokohannya tidak perlu diperbahaskan. wibawanya dalam mendedahkan kebobrokan UMNO-BN amat terserlah sehingga menjadi momokan mengerikan buat UMNO.

Sejak dahulu lagi Abang Mat Sabu sentiasa konsisten dengan vokalnya terhadap kepincangan negara. Segala isu diolah dengan baik. Sehinggakan ada kalanya isu yang dibangkitkan menjadi polemik besar negara sehingga mengundang perdebatan hangat. Mengambil contoh terkini bagaimana isu Bukit Kepong dan Mat Indera dihalusi dan dihuraikan secara panjang lebar. Bagi generasi muda, ucapan beliau menyebabkan mereka terlopong mendengarnya.

Zaman akan berubah dan beredar mengikut putarannya. Hukum alam pasti berlalu. Dunia pasti berubah sesuai dengan peningkatan masa. Nama Abang Mohd Sabu poasti menjadi lipatan sejarah. Jika tiga puluh tahun mendatang, negara masih diperintah UMNO-BN, sudah tentu sejarah negara hari ini diolah dan diubah. PAS dan Pakatan Rakyat adalah pengkhianat negara manakala pemimpin-pemimpin mereka sebaris dengan pengganas seumpama komunis suatu ketika dulu.

Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Tuan Guru hj Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Mohd Sabu adalah golongan kiri yang mahu merosakkan negara. PAS dituduh bersekongkol dengan DAP yang mahu menjadikan negara sebagai negara sosialis.

Mohd Sabu pastinya akan menerima nasib yang sama dengan Mat Indera. Jika tidak pun hayatnya berakhir di tali gantung, penjara atau seumpama dengannya, pasti namanya dibusukkan sehingga malu generasi akan datang menyebutnya.

Para cendekiawan atau sejarawan kangkung akan menulis bahawa yang benar-benar berjuang di jalan lurus hanyalah UMNO. Pemimpin UMNO adalah bapa kepada segala kehebatan dan kemuliaan, manakala pemimpin seperti Mohd Sabu adalah sampah hanyir yang perlu dibuang dari sejarah negara!

SIAPA MAT INDERA SEBENARNYA?

Dalam seminggu dua ini tiba-tiba meletup nama Mat Indera. Disohorkan oleh pemimpin prolifik PAS, siapa lagi kalau bukan Mohd Sabu, Timbalan Presidennya.

UMNo dengan tiba-tiba pula meracau tak tentu hala. Seperti biasa tanpa kajian akademik, menujah Abang Mat Sabu dengan pelbagai serangan. UMNO juga seperti mendapat satu pukulan bola tanggung, 'punching bag' dari pelbagai arah. Benarkah Abang Mat Sabu menyokong komunis dan benarkah Mat Indera ini adalah pengkhianat, bersekongkol dengan komunis dan tidak wajar diangkat sebagai wira negara?

ayuh mari kita baca kembali tatapan sejarah yang digelapkan oleh UMNO. Buat generasi muda, sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah ini menceritakan segalanya...

Sumber... Harakahdaily

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Monday, July 25, 2011

PEMUDA PAS WP MENGHARAPKAN LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN DIPERUNTUKKAN UNTUK PAS WP DALAM PRU KE 13

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
(21 Julai 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kenyataan Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub yang mensasarkan 80 kerusi Parlimen akan ditandingi PAS dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Untuk itu, DPPWP berharap kerusi tambahan tersebut ada di Wilayah Persekutuan.

Dengan hanya 3 kerusi sahaja untuk PAS bertanding sebelum ini iaitu di Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan, DPPWP mengharapkan rundingan antara pimpinan tertinggi nanti akan memberikan ruang yang lebih untuk PAS WP bertanding dalam PRU ke 13. Dengan kekuatan jentera di kebanyakan kawasan, penambahan keahlian yang begitu ketara, penambahan pengundi yang mendadak serta mood rakyat dan pengundi yang meletakkan harapan yang tinggi untuk PAS di Wilayah Persekutuan menjadi sebab untuk melayakkan PAS bertanding di banyak kerusi. Malahan banyak kawasan yang tidak bertanding telah melancarkan jentera pilihanraya mereka seolah-olah mereka akan bertanding dalam PRU ke 13 kelak.

DPPWP mensasarkan beberapa kerusi tambahan yang mempunyai potensi kerana kekuatan jentera pilihanraya, dana dan ahli yang ramai seperti Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa dan Bandar Tun Razak. DPPWP melihat tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong dari PKR telah melompat keluar dari parti menjadi asas kuat untuk PAS bertanding di kawasan tersebut. Kebanyakan pengundi di kawasan tersebut amat kecewa dengan tindakan beliau dan mahukan calon dari parti lain (Pakatan Rakyat) bertanding di kawasan tersebut.

Parlimen Bandar Tun Razak dan Setiawangsa pula mempunyai kekuatan jentera yang ampuh di samping dana yang mencukupi. Beberapa aktiviti menambah pengundi serta pertambahan cawangan membuktikan PAS bersedia untuk bertanding. Lagipun, PAS pernah bertanding di kedua-dua kawasan terbabit.

Akhir sekali, DPPWP mengharapkan penambahan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan akan menjadi perangsang dan semangat untuk ahli-ahli, jentera dan penyokong PAS Wilayah Persekutuan bekerja dengan lebih baik bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tuesday, July 12, 2011

PENGAJARAN DARI BERSIH 2.0




Himpunan BERSIH 2.0 berjaya juga dilaksanakan pada 9 Julai 2011 yang lalu. Tarikh 9 Julai 2011 pasti akan terpahat dalam sejarah, kerana rakyat dari segenap pelusuk tanahair berani keluar menyatakan pendirian mereka. Meskipun diancam, diugut, disekat dan ditangkap, rakyat sedikitpun tidak gentar dengan pelbagai halangan ini. Puluhan ribu, bahkan sesetengah penganalisis meletakkan angka ratusan ribu rakyat membanjiri ibu kota untuk bersama-sama berhimpun dalam himpunan BERSIH 2.0.


Terlalu banyak pengajaran yang berharga yang boleh dicatatkan hasil dari Himpunan ini.

1. Himpunan BERSIH 2.0 berjaya diadakan dalam suasana aman dan tenang. Ratusan ribu rakyat berhimpun tanpa ada sedikitpun insiden kekerasan dilakukan. Sebaliknya peserta himpunan pula yang dikasari, dipukul, ditangkap, dicederakan, disembur dengan air kimia dan ditembak dengan gas pemedih mata, sehingga ada yang meninggal dunia. Kerajaan gagal memburukkan imej Himpunan BERSIH 2.0 sebagai ganas dan melampau kerana tidak ada sedikit pun harta benda awam yang musnah dirosakkan oleh para demontran. Ini membuktikan juga bahawa himpunan yang diadakan tidak membawa impak dan implikasi buruk kepada negara, jauh sekali boleh memudaratkan kemananan negara.



2. Meskipun pelbagai sekatan dan tangkapan dibuat, rakyat tetap hadir ke himpunan ini. Difahamkan ada juga yang ditangkap di sekitar ibu kota ketika sedang bersarapan pagi walaupun tanpa memakai baju kuning! Sekatan jalan raya hampir di semua jalan pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di negeri-negeri namun PDRM dan kerajaan gagal menyekat arus kebangkitan rakyat yang mahu melihat perubahan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Tanpa baju kuning yang diharamkan, rakyat tetap hadir ke Kuala Lumpur.



3. Kuala Lumpur pada 9 julai 2011 diibaratkan sebagai zon perang. Hampir semua kedai ditutup. Masjid-masjid dikunci dari diimarahkan. Pasaraya-pasaraya besar juga diarahkan tutup. Perkhidmatan awam dihentikan atau dilencongkan. Jalan-jalan utama ditutup. Keadaan panik seperti ini sengaja dicipta oleh PDRM dan kerajaan Malaysia bagi menggambarkan himpunan BERSIH sebagai membahayakan orang ramai terutama peniaga. Sebaliknya ada peniaga kecil yang meneruskan perniagaan, mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Dalam keadaan demikian, tidak ada kedai yang dipecah masuk, dicuri atau dirompak. Tidak ada vandalisme dilaporkan dilakukan oleh para demonstran. Ramai peniaga yang rugi hanya kerana mereka menutup perniagaan, bukan kepada mereka yang meneruskan perniagaan pada hari tersebut. Jalan-jalan raya masih elok dan boleh dilalui selepas himpunan ini, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sehari sebelumnya.



4. Walaupun BERSIH diisytiharkan haram oleh kerajaan Malaysia, ramai yang masih menyertai himpunan ini. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira bangsa dan warna kulit. Ini membuktikan bahawa BERSIH adalah perjuangan yang didokong oleh rakyat. Rakyat masih mengiktiraf BERSIH walaupun kerajaan menganggapnya haram. Jika tidak mana mungkin rakyat sanggup merisikokan diri mereka hanya untuk hadir dalam perhimpunan ini.



5. Ini juga bermaka rakyat melihat isu pilihanraya yang tempang dan pincang sebagai isu yang serius. Kerajaan perlu melihat isu iini dan selesaikan sesegera mungkin. Rakyat tidak selesa melihat segala macam penyelewengan yang berlaku terutama dalam pengendalian urusan pilihanraya. SPR pula tidak boleh berdalih lagi dengan menolak 8 tuntutan BERSIH 2.0. Pengajaran penting buat SPR adalah - SPR perlu berubah, dari menjadi ‘budak suruhan’ BN, ia perlu bebas dan berintigeriti. Jika tidak, rakyat sendiri akan mengubah SPR.



6. Institusi kerajaan adalah amanah rakyat yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Pemimpin negara yang mengetuai pelbagai institusi dan agensi kerajaan perlu menunaikan amanah rakyat ini. Barulah ia dihargai dan disanjungi. Hari ini, agensi kerajaan tidak berada di landasannya. Mengambil contoh bagaimana PDRM diperkudakan sedemikian rupa, sehingga bertindak di luar kewarasan akal kemanusiaan hanya kerana melayan ketakutan memuncak pemimpin BN. Warga emas dikasari, wanita diheret dan digari, rakyat yang tidak bersalah turut menjadi mangsa ditangkap dimana-mana, dan ramai yang dibelasah sesuka hati, ibarat penjenayah paling dikehendaki.



SPR pula ‘diarahkan’ bertindak sebagai perkakas untuk memenangkan BN dalam setiap kali pilihanraya. Dengan daftar pemilih yang sangat dicurigai, undi pos sebagai senjata akhir memenangkan pihak pemerintah, penggunaan media keterlaluan oleh kerajaan, menjadikan SPR badan yang berada di bawah telunjuk pemimpin UMNO-BN. Begitu juga dengan pelbagai agensi lain yang dikerah untuk berkempen setiap kali pilihanraya kecil atau umum berlangsung.



7. Himpunan BERSIH 2.0 menyaksikan siri keganasan yang disengsarakan buat pemimpin rakyat. Begitulah namanya perjuangan. Cedera, sakit, kematian, ditangkap, dipukul, diburu dan lain-lain adalah saksi hebatnya perjuangan menegakkan keadilan. Perjuangan ini juga perlu dibayar dengan pengorbanan yang tidak ternilai harganya kerana kebebasan dan keadilan yang didambakan bukan boleh diperolehi dengan percuma. Percayalah, penderitaan rakyat ini pasti akan berakhir dengan kemenangan bermakna, hasil perjuangan yang sama-sama kita didokongi.



Disediakan oleh;



MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

NAJIB GAGAL TANGANI BERSIH


KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sehari selepas berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0, para penyokong BN sendiri mulai menyerang pemimpin mereka dan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib disifatkan gagal melaksanakan cadangannya sendiri agar perhimpunan dijalankan di stadium dan disifatkan pemimpin 'flip-flop' atau 'kluk-klek'.

Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed), Matthias Chang (gambar) dalam tulisannya memberikan masa sekurang-kurangnya 10 bulan kepada BN untuk boleh membetulkan balik kesilapan cara BN mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Sebelum Matthias, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah turut mempertikaikan strategi BN dalam menghadapi Bersih 2.0.

"Selepas perhimpunan 9 Julai 2011, saya mencadangkan agar Perdana Menteri dan seluruh pemimpin BN, bahawa keutamaan mereka sekarang adalah membuang semua penasihat politik yang tidak ada pengalaman langsung dalam realiti politik," tulis Matthias mengulas peranan penasihat politik Najib yang dikatakan pakar dalam “Blue Ocean Strategy” (strategi lautan biru).

Kerajaan BN, kata Mathias, membelanjakan bilion ringgit untuk membayar para 'pakar strategi' ini namun sehingga kini tidak menunjukkan sebarang hasil yang jelas 'di alam realiti dan di peringkat akar umbi.'

Tulisan Mathias membayangkan cerita sebenar di sebalik kegelisahan dan tindakan berlebihan kerajaan pimpinan Najib dalam mengendalikan Bersih 2.0.

Sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0, Najib menghimpunkan 6,000 para penyokongnya di PWTC dan memberikan ucapan berapi kononnya Bersih 2.0 tidak ada sebarang kesan.

Sebelum itu, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyidin Yasin telah membuat kenyataan bahawa semua urusan mengendalikan perhimpunan kali ini diserahkan kepada polis.

Hasilnya, seluruh bandaraya Kuala Lumpur dikepung dan tidak ada sebarang kenderaan yang dibenarkan masuk sejak tengahmalam sebelum 9 Julai.

Namun, pelbagai pihak menganggar lebih 100,000 penyokong Bersih berhimpun di ibunegara walaupun mendapat tentangan ganas dari pihak keselamatan.

Seorang peserta, Baharudin Ahmad, 58 tahun telah meninggal dunia. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur dan Najib sendiri mendakwa ia berpunca dari sakit jantung tetapi keluarganya berkata, Allahyarham, seorang bekas tentera yang segar bugar mustahil terkena komplikasi jantung.

Keluarganya juga berkata, jenazah Allahyarham menunjukkan tanda empat tulang dadanya patah manakala tiga batang giginya turut patah.

Di samping Baharudin, 1697 peserta ditahan sepanjang operasi polis itu termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga.

Kesan dari itu, Mathhias yang menyebut dia adalah bekas setiausaha politik PM sebelum ini berkata, jika pilihan raya diadakan tahun ini, BN tidak akan berjaya mendapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen mahupun mengambil balik empat negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Yang lebih teruk lagi, beliau menjangkakan PM akan dihalau keluar enam bulan selepas itu.

(Polis menembak gas pemedih mata kepada peserta perhimpunan yang menuntut agar pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil)

Bagi menghadapinya, Matthias memberikan tiga cadangan untuk Najib:

1) Arahkan para penasihat politik beliau menonton siri TV “The Three Kingdoms” dan belajar asas-asas strategi politik.

2) Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa jiwanya untuk “Enlarged Ego Syndrome” (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

3) Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.

Bagi Mathias, perhimpunan 9 Julai 2011 menimbulkan tujuh persoalan untuk dijawab oleh Najib:

1) Mengapa para pakar "Strategi lautan biru" gagal menjangkakan dengan tepat apa akan berlaku dalam Bersih 2.0 dan membuat langkah awal?

2) Kenapa pasukan keselamatan kebangsaan gagal menjangka apa berlaku dalam Bersih 2.0 dan bila PM dan menteri kabinet ditaklimatkan tentang demonstrasi itu?

3) Kenapa kerajaan BN membenarkan agen provokasi Perkasa mengambilalih tugasnya dalam mengendalikan Bersih dan diikuti oleh Pemuda Umno yang tidak matang?

4) Mengapa Najib flip-flop dalam keputusannya membenarkan perhimpunan di stadium dan memberikan kebenaran kepada polis untuk bertindak sepenuhnya?

5) Apa yang menyebabkan agen propaganda BN merasa dengan menyekat seluruh ibu negara akan menyebabkan rakyat marah kepada pembangkang bukannya kerajaan BN?

6) Adakah penilaian dibuat terhadap kesan dari tindakan keras terhadap demonstrasi Bersih 2.0. Adakah ia berjaya mengekalkan penyokongnya atau menghalau keseluruhan 40 peratus pengundi atas pagar dari BN?

7) Adakah dikenalpasti objektif yang hendak dicapai dengan pendekatan kasar menghadapi Bersih dan bagaimana ia boleh menambahkan lagi sokongan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang?

Friday, July 8, 2011

kenyataan media

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

SEMUA PIHAK DIMINTA HORMATI PANDANGAN SUHAKAM

( 8 Julai 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa pihak polis dan kerajaan Malaysia menghormati pandangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sebagai badan bebas yang memantau hak-hak asasi di Malaysia. Jika tidak, DPPWP meminta kerajaan memansuhkan sahaja SUHAKAM kerana suara mereka tidak lagi didengari.

Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataannya berkata kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Beliau juga mengingatkan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat pula terkandung dalam Perkara 19 UDHR.

DPPWP mengingatkan kerajaan bahawa Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan aman dan dijamin oleh pemimpin-pemimpinnya. Tidak ada agenda tersirat disebalik himpunan ini melainkan untuk menyambut semangat kebebasan berhimpun dan bersuara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Dalam menjunjung titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, BERSIH 2.0 sanggup berkompromi untuk adakan himpunan di Stadium Merdeka.

Oleh itu, DPPWP mendesak kerajaan dan pihak polis agar menghormati titah ucapan DYMM serta pandangan SUHAKAM agar membenarkan himpunan diadakan secara aman di Stadium Merdeka esok. DPPWP sanggup memberi kerjasama untuk memastikan keselamatan orang awam, peniaga, serta lalulintas berjalan lancar pada masa tersebut. DPPWP juga mendesak kerajaan agar membebaskan semua tahanan BERSIH 2.0 dan tidak melakukan tangkapan lagi bagi menghormati peserta Himpunan BERSIH yang bertindak mengikut lunas Perlembagaan. Selain itu, DPPWP mendesak kerajaan agar mendakwa semua tahanan yang ditangkap di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dibebaskan atau didakwa di mahkamah secepat mungkin.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



SAJAK BERBISA DARI SASTERAWAN NEGARA...

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Wednesday, June 29, 2011

Kenyataan Media...

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

PM DAN TIMBALAN HIDUP MEWAH KETIKA RAKYAT DISURUH BERJIMAT

(28 Jun 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa terkejut dan kesal di atas tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Jumlah ini termasuk termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

DPPWP mempersoalkan mengapakah kerajaan sanggup membelanjakan berjuta ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin-pemimpin negara? Dalam keadaan bebanan kos sara yang hidup yang meingkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan Timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat.

Dalam keadaan demikian, patutkah kerajaan menarik balik subsidi yang sepatutnya dimiliki rakyat sedangkan kehidupan pemimpin negara dalam keadaan serba selesa. Nilai RM 49 juta jika diagihkan untuk pendidikan rakyat, mampu memberi biasiswa percuma ribuan mahasiswa setiap tahun. Bagaimanakah negara dapat melahirkan rakyat yang bertaqwa, berdisiplin, berhemah, berjimat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi diri mereka sendiri jika pemimpin negara sendiri hidup dengan mementingkan kepentingan diri mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat.

DPPWP meminta agar kerajaan mengkaji balik kos perbelanjaan kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidak semestinya kena banyak belanja jika inginkan keselesaan buat pemimpin negara. Banyak lagi keperluan mendesak untuk negara diperlukan dengan nilai sebanyak itu.

Akhirnya, DPPWP mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa rakyat sentiasa melihat mereka. Sikap ‘cakap tak serupa bikin’ amat dibenci oleh rakyat dan jangan sampai rakyat menghukum mereka dalam PRU ke 13 nanti.

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

UNGGUN BERSIH.. SUNGGUH MENIKAM KALBU!

Wajah inilah yang menggetar dan menggrunkan pemimpin UMNO BN. Sedangkan dirinya yang sudang dimamah usia, masih mampu memberi bekas terhadap pemimpin UMNO.

Yang paling digentarkan oleh UMNO adalah pena lembut serta lisan serak basahnya tatkala mengalunkan segumpal sajak yang begitu terkesan di dalam diri.

Sajak itulah nantinya mungkin akan membarakan semangat rakyat untuk bangkit menyuarakan keadilan. Ya, 9 Julai 2011, akan dipenuhi rakyat terbanyak, bagi menyahut panggilan suara keramat itu, yang lahir dari sajak ringkas penuh makna. Syabas, Pak Samad. Engkaulah pejuang rakyat sejati..

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Friday, June 24, 2011

AKHIRNYA DATUK T BERSALAH JUGA..

Terang dan tersuluh.. Kesemua trio Datuk T hari ini di mahkamah mengaku bersalah dan bertanggungjawab di atas sebaran dan penyiaran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin negara.

Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.

Bagaimana mereka tidak bersalah jika menyebarkan video seks (baca : lucah) kononnya pemimpin negara untuk tatapan umum. Bayangkan kanak-kanak, remaja, ibu bapa, ahli agama, akademik, dan golongan terpelajar semuanya boleh menonton video ini secara percuma.

Dan bagaimana mereka menyabitkan tuduhan ini ke atas tubuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku video seks berkenaan, sedangkan tidak ada saksi yang melihat secara 'live' perbuatannya, dan hanya bersandarkan kepada video semata-mata. Dan lebih teruk dari itu, penghasilan video itu penuh dengan kontroversi?

Semoga mereka insaf dan sedar bahawa perbuatan mereka salah... Buat Trio Datuk T, bertaubatlah dan mohon maaflah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

INSYAALLAH.. KAMI SEMUA AKAN SAHUT SERUAN MU PRESIDEN!

Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang telah mengarahkan semua ahli PAS turun ke Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Dengan seruan ini, maka menjadi WAJIB lah bagi semua ahli PAS yang mengaku mendapat tarbiyah dan wala' kepada kepemimpinan PAS untuk hadir. Biarpun apa dugaan dan rintangan yangt mendatang, tidak ada dalih dan alasan untuk kita gagal hadir dalam Himpunan itu nanti.

Insyaallah.. demi menyahut seruan itu, kami rela menyiapkan diri kami untuk hadir dalam Himpunan BERSIH 2.0.

Wednesday, June 8, 2011

PEMAIN BERJILBAB DIHALAU KELUAR . PEMAIN BOGEL DIRAIKAN!

Hairan apabila dunia akhir zaman yang semakin terbalik posisinya. Apabila membaca artikel ini, saya beranggapan bahawa dunia sudah hilang peradaban serta ketamadunannya. Apa nak jadi pada insan yang dberi akal dan pemikiran?

Dosa apakah mereka sehingga dihalau keluar hanya kerana mereka beramal dengan ISlam. Bagaimana pula dengan wanita yang berlari keliling padang dalam keadaan berbogel atau separuh bogel?


Pemain Bolasepak Wanita Iran dihambat keluar di Amman.

Oleh Ust Saiful Bahri

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.

Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam."
"Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab." Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.


Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam.


Ish mana pergi Masyitah ni? Senyap aje dok makan gaji Menteri. Apa dia buat? Takkan makan gaji buta aje!.. Apa agaknya kata Masyitah jika ditanya pandangan beliau. Apakah harus wanita membuang pentup kepala pemain tersebut dan mendedahkan aurat demi meneruskan permainan untuk mengharumkan nama Negara. Sebelum ini beliau pernah berfatwa harus apabila Malik Mydin yang berenang menyeberangi Selat Inggeris terpaksa meninggalkan solat demi mengharumkan nama Malaysia Boleh. Bagi beliau meninggalkan solat itu perkara kecil dan remeh berbanding nama Negara.


Apakah tindakan kekal untuk berpakaian sebagai muslimah dan kekal menjaga maruah yang dipilih pemain bolasepak wanita Iran itu satu tindakan bodoh? Bagi setengah orang mungkin Ya. Tetapi itulah nilai yang dipertahankan oleh pihak Iran. Syabas dan tahniah diucapkan. Yang banggang tu… si pembantah tu ingat dari Negara kapir. Tetapi dari Negara Bahrain yang rakyatnya pakai jubbah siang & malam. Dan kenapa pula perlu disyaratkan membuka aurat untuk para pemain? Yelah!!! Sukan seperti ini dirangka undang-undang dan peraturan oleh Yahudi & Nasara. Ada matlamat dan kehendak mereka. Bagi mereka yang sanggupmengikuti kehendak mereka, maka terkorbanlah nilai-nilai agama Islam itu sendiri. Sama seperti Negara Eropah hari ini. Mereka mengenakan denda kepada yang mengenakan jilbab tetapi tidak bagi yang berbogel.

TAHNIAH KEPIMPINAN BARU DPPP SESI 2011-2013

Ucapan syabas dan tahniah di atas line up baru Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2011-2013 yang dilihat lebih kompeten dan dinamik bagi mengharungi cabaran mendatang.

Memetik kata-kata Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang bahawa kabinet PAS Pusat kali ini adalah kabinet pilihanraya, begitulah juga saya melihat kabinet Pemuda sesi ini.

Semoga kepimpinan kali ini mampu memacu pemuda dalam "Memimpin Kebangkitan Anak Muda"

Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]

1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah

Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]

1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ]
9. Herman Samsudee [ Pengarah Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]

Sunday, June 5, 2011

GULA-GULA PILIHANRAYA BN SUDAH BERMULA!

Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk meronda seluruh Kuala Lumpur bagi meninjau 'rakyat' dan mengagih-agihkan peruntukan khas kerajaan. Ibarat Santa Claus yang datang memberikan hadiah kepada masyarakat menjelang Hari Natal, begitulah lagaknya pemimpin negara menjelang pilihanraya.

Ini adalah petanda besar bahawa pilihanraya umum bakal berlangsung tidak lama lagi. Jangkaan saya mungkin sebulan dua lagi Perdana Menteri akan bubarkan parlimen. Dan inilah salah satu kepelikan di Malaysia, yang hanya Perdana Menteri sahaja tahu tarikh pilihanraya umum. Sedangkan pilihanraya umum adalah hak rakyat untuk menentukan pemimpin dan parti yang mereka pilih. Lebih dari itu parti-parti politik perlu mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya ini.

harapnya rakyat tidak terpedaya dengan janji bermusim pilihanraya ini. Janji pilihanraya buat rakyat merupakan suatu perangkap, kerana selepas PRU biasanya pelbagai polisi yang menjerut leher rakyat bakal dilaksanakan.

Kenaikan harga minyak, makanan, tarif eletrik dan air, serta barang keperluan lain sudah tidak termampu untuk BN sekat. Mereka hanya mampu menahan buat beberapa bulan lagi sehingga musim pilihanraya selesai. Buat rakyat, ambillah gula-gula itu, tetapi jangan sesekali menangkan BN, kerana sudah puluhan tahun mereka menipu rakyat!

KEPIMPINAN BARU PEMUDA MENEPATI CITRA ANAK MUDA

Dewan Pemuda PAS Malaysia baru sahaja melangsungkan Muktamar nya yang ke 52 di Dewan MBSA, Shah Alam. Tema Muktamar yang dipilih tahun ini adalah "Memimpin Kebangkitan Anak Muda".

Seperti mana temanya, begitulah juga proses pemilihannya yang berlangsung dengan aman dan tenang. Menepati telahan ramai, kepimpinan yang lebih popular dipilih oleh perwakilan. Dan pemimpin pemuda kali ini juga lebih heavyweight dan menepati citra anak-anak muda.

Adalah diharapkan kepimpinan baru pemuda yang dipimpina oleh Ustaz Nasrudin Hassan bersama Ustaz Nik Mohd Abduh mampu menjadi ikon dan idola anak-anak muda. Ia juga mampu memimpin anak-anak muda bagi mencipta kebangkitan bagi melakukan perubahan dalam iklim politik di negara kita.

Syabas dan tahniah kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Malaysia...

MUKTAMAR PAS KE 57 : PAS SEMAKIN MATANG MELAYARI BAHTERA PERJUANGAN

Tahniah Parti Islam SeMalaysia (PAS) di atas penganjuran Muktamarnya ke 57 hari ini. Tahniah juga kepemimpinan baru yang berani mengorak langkah meskipun dalam keadaan mabuk menghadapi pilihanraya Umum ke 13.

Dalam keadaan parti-parti lain tidak berani mengadakan pemilihyan dalam kongress dan persidangan agung mereka, PAS tetap meneruskan proses pemilihannya.

Syabas juga pemimpin PAS yang msaih berukhuwwah- tersenyum dan bergurau meskipun kalah dalam pemilihan kali ini. Tiada siapa dapat meneka bahawa akhlak dan peribadi pemimpin PAS begitu tinggi sehingga masih merendah diri setelah menang dalam pemilihan kali ini.

Terima kasih juga kepada amilin dan petugas semua peringkat yang bertungkus lumus menjayakan Muktamar kali ini, berpanas dan berhujan bagi menjayakan Muktamar ini

Monday, January 31, 2011

MUNGKINKAH REVOLUSI DI ARAB AKAN BERJANGKIT KE MALAYSIA

Tidak ada siapa meramalkan bahawa pemimpin negara-negara Arab yang terkenal sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan rejim yang ganas ini bakal tumbang. Tunisia mendahului apabila menumbangkan rejim Zein al Abidin yang memerintah selama 23 tahun. Hosni Mubarak, yang memerintah selama 30 tahun dan terkenal dengan sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, serta bersahabat baik dengan rejim zionis Israel kini menanti saat untuk tumbang. Umat Islam mengingati Hosni Mubarak sebagai diktator yang telah menutup pintu sempadan dengan Gaza sebagai pintuk masuk Mesir ke Palestin sehingga menyebabkan ribuan umat Islam mati kebuluran. Revolusi kini mengakar ke Yaman, Jordan dan menghampiri beberapa negara Arab. Tunisia bagaikan domino pertama yang menumbangkan pemerintah, ia diekori oleh negara-negara Arab yang lain.

Selama berdekad lamanya keadilan dilenyapkan dan demokrasi hanya ditempelkan bagi menunjukkan kepada dunia mereka juga mengamalkan demokrasi. Walhal pilihanraya yang berlangsung, hanya parti mereka sahaja boleh bertanding dengan bebas manakala parti pembangkang ditekan. Bahkan pemimpin-pemimpin pembangkang dipenjarakan, dibunuh, diugut, dibuang negeri dan pelbagai lagi tindakan tidak peri kemanusiaan. Lebih melucukan apabila hanya parti mereka sahaja dibenarkan bertanding dalam setiap pilihanraya. Inilah yang berlaku di Indonesia era Suharto dan kini di negara-negara Arab.

Hasil kekayaan negara diagihkan sesama mereka manakala pemerintahan negara diwariskan kepada anak-anak mereka. Rakyat terus melarat dan merempat sedangkan pemimpin ini hidup bermewah. Rakyat dibiarkan dalam kelaparan, kemiskinan, dan pengangguran. Pelbagai cukai tidak masuk akal dikenakan bagi mengaut keuntungan sebanyak mungkin tanpa mmedulikan rakyat. Kemuncaknya, kemarahan rakyat bagaikan disimbah minyak petrol yang menyala-nyala. Kemarahan rakyat tidak mungkin dipadamkan sehinggalah rejim-rejim ini tumbang dengan hinanya.

Keadaan di Malaysia, meskipun tidak ketara tetapi situasinya hampir sama. Meskipun parti politik bebas bertanding dalam pilihanraya, namun hanya BN diberi tempat yang luas. Setiap pilihanraya berlangsung dalam keadaan yang tempang dan pincang. Undi pos adalah senjata utama bagi memenangkan percuma buat BN. SPR pula dijadikan kuda tunggangan dengan pelbagai peraturan ketat buat pembangkang, bukan BN. Daftar pemilih dimanipulasi sehingga berlaku penyelewengan yang ketara. Sengaja pemerintah tidak melaksanakan sistem celup jari bagi mengelakkan keadilan terlaksana. Manakala jentera kerajaan diperah semaksima mungkin bagi berkempen untuk pihak mereka. Media pula bersikap seolah-olah hanya BN sahaja parti bertanding. Pembangkang dinafikan hak untuk akses di mana-mana media. Lebih dari itu, pembangkang dihinakan sebagai parti yang tidak layak menjadi sebuah parti politik berdaftar yang sah di Malaysia. Pengundi pula ada yang dipujuk dengan pelbagai habuan seperti kain pelikat, beras termasuk wang ringgit. Habis berjuta ringgit duit kerajaan masuk ke poket pengundi.

Kalau dikira tekanan, maka wajarlah Malaysia disamakan dengan negara-negara Arab. Segala macam himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang, kebiasaannya disuraikan dengan gas pemedih mata dan tangkapan-tangkapan. Kebebasan bersuara, berhimpun hampir tiada di Malaysia untuk pembangkang.

ISA dikekalkan sebagai perisai utama kerajaan BN. Mangsanya ramai dari kalangan pemimpin pembangkang. AUKU adalah ugutan utama mahasiswa di kampus-kampus. Telah berapa ratus aktivis mahasiswa pernah menjadi mangsa AUKU ini.

Selain itu, rakyat terus dibiarkan terhimpit dengan kesusahan. Dengan kenaikan harga barang keperluan, harga minyak petrol, tol, menghapuskan biasiswa, pelbagai cukai lain dikenakan. Rumah-rumah rakyat dianggap setinggan dan haram dirobohkan sesuka hati, kemiskinan bandar tidak diubati, manakala dasar gaji minimum tidak dilaksanakan sebagai bukti rakyat dibiarkan kesusahan.

Kekayaan negara diagihkan sesama mereka dan hanya cebisan diberikan kepada rakyat atas nama wang ihsan. Pemerintah pula hidup bermewah dengan membelanja duit rakyat di luar negara. Pemerintahan negara diserahkan secara warisan sesama mereka.

Inilah antara persamaan Malaysia dengan negara Arab. Dalam keadaan demikian, sukar untuk rakyat menghirup udara demokrasi yang bersih di Malaysia. Mungkin hanya dengan revolusi negara akan bebas dari belenggu rejim yang ganas ini. Mungkinkah revolusi di dunia Arab akan menyusul di Malaysia?

TUGAS KITA HANYA BERJUANG, MENANG BUKAN URUSAN KITA..

Telah diumumkan keputusan rasmi PRK DUN tenang malam tadi. Dengan undi sebanyak 6699 oleh calon BN Mohd Azahar Ibrahim berbanding calon yang lebih popular 'Cikgu Mala' hanya sebanyak 2992 undi. Calon BN ini mendapat majoriti sebanyak 3707 undi. Maka sahlah Mohd Azahar Ibrahim sebagai ADUN Tenang.

Bersorak sakanlah media pengampu BN meraikan kemenangan BN ini. seolah-olah Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1, TV 3 dan lain-lain media adalah parti komponen BN. Cara pihak BN menyambut kemenangan pula menyakitkan jiwa pejuang-pejuang kebenaran. Meraikan kemenangan seolah-olah tiada akhirat bagi mereka!

Memang sedari awal telah diduga BN akan menang di Tenang. 'Menang sudah pasti, kalah tidak sekali'. Itu untuk BN. Tenang adalah kawasan tradisi dan tembok kebal mereka. Di Tenang pula ada 'fixed deposit' untuk BN iaitu kawasan felda. Memang sejak merdeka undi felda tidak pernah menghampakan BN. Macam 'pondok' dan madrasah kepada PAS. PAS kuat dikawasan pondok, sekolah agama dan madrasah.

Kerana itu juga PAS membuat strategi meletakkan calon Muslimat. sekruang-kurangnya, itu adalah test market buat Cikgu Mala untuk berhadapan dalam PRu ke 13 kelak. Setidaknya pun, boleh mengurangkan majoriti BN.

Sasaran awal PAS pun, hanya untuk mengurangkan majoriti, bukan untuk menang. Cawangan PAS tidak ada di DUN Tenang. Mungkin lepas ini PAS Johor boleh mencongak untuk menubuhkan PAS di Tenang bagi menguatkan PAS di sana.

PRK di mana-mana pun sebenarnya tidak boleh menjadi ukuran. Ini kerana PAS (Pakatan Rakyat) bertanding di padang yang tidak sama rata. Dengan manipulasi hampir semua jentera kerajaan, media dan dengan dana berjuta ringgit mencurah-curah masuk ke poket pengundi atau kepada pemimpin setempat, mana mungkin Pakatan Rakyat akan mampu bersaing dengan BN (baca : jentera kerajaan). Dengan faktor lain seperti undi pos, ugutan dan juga kempen berat sebelah, membeli undi dan lain-lain, PRK adalah medan BN memebelasah Pakatan Rakyat sesuka hati tanpa rasa malu. Biasanya, mana-mana PRK akan swing 10 peratus undi Pakatan Rakyat kepada BN kerana faktor takut atau kerana pujukan. Dan biasanya yang akan membuat swing adalah pengundi atas pagar. Kerana itulah, undi majoriti kepada BN meningkat hampir seribu orang.

Kepada 'Cikgu Mala' yang cekal dan gigih, tahniah diucapkan. Berada ke tahap ini adalah suatu kebanggaan kita bersama. PAS membuktikan tidak pernah kering dari melahirkan pemimpin muda yang berwibawa. Teruskan momentum ini kerana PRU ke 13 sudah berada di jauh dari sekarang.

Buat petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam tanpa upah dan habuan, tahniah dan syabas diucapkan. Ketekunan mereka menjadi inspirasi buat PAS. Bersabar dan bekerjalah seikhlas dan semampu mungkin. Tugas kita hanya berjuang. Yang menentukan kemenangan adalah ALLAH SWT. Yakinlah, bahawa suatu hari nanti pasti Allah akan membukakan pintu hati pengundi khususnya di kawasan felda untuk menyokong perjuangan Islam. Allah tidak bertanyakan kemenangan kita, yang ditanyakan adalah banyak mana kita bekerja dengan ikhlas!

Sunday, January 9, 2011

EVENT KARPET MERAH AJL JAM 7.30 MALAM?

Dimaklumkan bahawa event Karpet Merah untuk Anugerah Juara Lagu ke 25 berlangsung jam 7.30 malam ini. Event 'Karpet Merah' adalah suatu event besar untuk artis, yang ditiru dari Hollywood. Kononnya semua artis akan disambut dan berjalan di atas karpet merah, dengan pakaian bermacam fesyen.

Kalangan artis dan penganjur seakan tidak sensitif dengan iklim negara Malaysia. Nak meniru Hollywood yang tiada pegangan agama. Sedangkan mereka ramainya beragama Islam. Setidaknya kalaupun tidak mahu bersembahyang, hormatilah waktu solat. Jam 7.30 umat Islam sibuk ke masjid dan surau berdekatan, mereka ini pula adakan majlis maksiat ini. dengan tidak endah halal dan haram, pergaulan yang bebas semacam.. Insaflah.

Kita mengharapkan jangan ada bala hasil dari maksiat segelintir umat Islam yang lupa pada Tuhannya!

BAYANGKAN ALLAH MENGABULKAN DOA 30 RIBU UMAT ISLAM BERHIMPUN..

Seramai 30 ribu umat Islam berhimpun, bermunajat dan bersolat hajat di Stadium Malawati malam ini. Isunya adalah kontroversi pelantikan SUK Selangor, Dato' Khusrin. Ribuan umat Islam menyatakan kebencian terhadap kebiadapan UMNO yang menggunakan Istana bagi membelakangkan kerajaan Selangor yang telah dipilih oleh rakyat.

Mampukah UMNO bersuara menyatakan rakyat seramai ini menderhaka Sultan? Ketahuilah wahai UMNO, menderhakai Allah lebih teruk daripada menderhakai Sultan..

Bayangkan kalau seramai ini bermunajat dan solat hajat, dan kesemua doa umat Islam yang teraniaya di Selangor ini dimakbulkan Allah... Moga kerajaan Selangor kekal dalam dakapan Pakatan Rakyat.