Monday, September 14, 2009

DR CHUA SOI LEK DAN SUBRAMANIAM BAKAL MENYERTAI PR?

Dato' Subramaniam bakal menyusul langkah padah seperti yang diterima oleh Dr Chua Soi Lek, dua minggu lepas. MCA telah memecat Dr Chua Soi Lek atas 'lakonannya' dalam video lucah bersama teman wanitanya dua tahun lepas. Malang Chua, sudahlah jatuh, tangga bertimpa pula.. Beliau telah meletakkan jawatannya dalam kabinet sejak insiden memalukan itu, dan kini satu-satunya jawatan dalam parti turut terlucut. Dan sejak itu, MCA ribut bergelora, bagaikan puting beliung yang menghentam bahtera. Presiden MCA turut goyang dan mungkin akan turut menerima nasib yang sama seperti bekas Timbalan Presidennya.

Dalam pada itu, MIC pula kalut. Dato' Subramaniam yang menawarkan diri bertanding orang nombor dua dalam MIC, telah diugut akan diambil tindakan. Beliau telah pun kalah, tetapi dendam Samy Vellu ke atas penentang-penentangnya tidak berkesudahan. selepas ini akan ada tindakan disiplin yang lebih tegas menimpanya termasuk dipecat. Malanglah kamu wahai Subra!

Nampaknya kedua-dua parti komponen terbesar BN dalam bahaya. Kesan dan akibatnya mungkin akan terpecah bahkan akan hilang dalam lipatan sejarah. Kalau itu benar terjadi maka UMNO akan menjadi satu-satunya parti tanpa komponen yang menyokongnya. Tatkala itu, mampukah UMNO berdiri segah hari ini, ataupun ia turut sama rebah. Dalam pada mereka sibuk menghentam Pakatan Rakyat, bahtera BN yang semakin nazak. Bukan Pakatan Rakyat yang berpecah, tetapi BN yang bercerai.

Tidak ada platform yang terbaik buat kedua-dua bekas pemimpin besar komponen BN itu, melainkan dalam Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh dato' seri Anwar Ibrahim dilihat lebih jauh terkehadapan berbanding BN. Dan di dalam PKR masih ada ruang buat kedua-duanya berpencak di gelanggang politik, seperti yang dilalui oleh Dato' Dr Chua Jui Meng sekarang. Rakyat sekarang sudah muak dan jemu dengan parti yang berasaskan perkauman seperti UMNO, MIC dan MCA. Rakyat mahu melihat parti yang berteraskan parti berbilang bangsa seperti PKR atau parti yang meletakkan Islam seperti PAS sebagai dasar perjuangannya berada di depan sekarang. Selamat berhjirah Dato' Subra dan Dato' Chua...

No comments: