Mahkamah Rayuan telah buat keputusan. Dan memberikan kemenangan pelik kepada Zambry 5-0. Saya membaca blog dan rumusan dari Prof Aziz Bari, seorang pakar undang-undang dan Perlembagaan, saya setuju dengannya seratus peratus.
1. Kalau begitulah keputusan mahkamah, maka apa perlu kita bersusah payah nak dapatkan majoriti dua pertiga ahli parlimen untuk perintah Malaysia. Bukan juga perlu untuk adakan sidang dewan (Parlimen) dan dapatkan undi tidak percaya. Ia hanya perlukan persetujuan Sultan (YDP Agung). Kuasa undi dua pertiga sudah tidak valid lagi buat masa ini.
2. Mandat rakyat tidak penting. Yang paling berkuasa ialah duit. Lepas ni, kalau nak balas dendam, belilah pula wakil rakyat BN. Mereka ni lagi mudah untuk dijual beli. Lepas tu isytihar kuasa jadi MB atau PM.
3. Nak pecat MB atau PM sekarang menjadi semakin mudah. Isytihar saja bahawa MB atau PM sudah tidak mendapat kepercayaan, lepas tu ambil alih Pejabat PM atau MB. Buat kenyataan media. Jangan lupa bawa bersama Ahli Parlimen atau ADUN yang sudah dibeli itu.
4. Halau keluar Speaker DUN atau Speaker Parlimen sesuka hati. Kalau berdegil, arahkan Bentara Dewan, angkat Speaker beramai-ramai. Bayangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia diperlakukan demikian.. Pasti heboh seantero alam. Tapi kalau mereka berbuat demikian, halal pula..
5. Kes ini menjadi rujukan dan tertawaan dunia. Dengan Perlembagaan di tangan, hakim-hakim Mahkamah Rayuan masih mampu menafikan keadilan menurut Perlembagaan, apakah yang boleh kita harapkan dalam kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim? Bagaimana pula dengan kes-kes berprofil tinggi yang lain.. Sanggupkah hakim-hakim ini membicarakan kes melibatkan Najib Tun Razak dan Altantuyanya??
6. Mahkamah Malaysia telah menjadi salah satu alat dan komponen Barisan Nasional. Ia pelengkap sebuah kekuatan ampuh BN. Dengan media, polis, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, SPR, SPRM, Imigresen dan lain-lain maka tiada apa yang mampu menggugat kekuasaan Najib. Hanya Allah mampu meruntuhkan keangkuhan beliau.
7. Dengan cara ini, rakyat semakin meluat dengan UMNO-BN. Buatlah Juara Rakyat ke, Juara demokrasi ke, 1Malaysia, tetapi dengan kezaliman ini jelas membuka mata rakyat yang celik dan berpengetahuan. Hanya kepala pengat yang berkepentingan sahaja yang terus mendiamkan diri! Terima kasih UMNO, kerana menzahirkan wajah sebenar mereka..
8. Dengan kezaliman ini juga, rakyat baru melihat siapa diri UMNO sebenar. Merekakah yang berjuang menegakkan kalimah Allah atau menentang hukum Allah, menentang keadilan dan menyembunyikan kebenaran.
No comments:
Post a Comment