Perbicaraan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim baru bermula. Ia mengingatkan kita gelombang reformasi yang melonjak tahun 1998 dulu, dan kebetulan Anwar kini difitnah lagi dengan tuduhan yang serupa.
Pusingan pertama, saksi pertama yang juga merupakan 'mangsa' liwat tampil memberikan kesaksian. Dengan bangganya menunjukkan wajahnya di kaca TV, sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana mangsa rogol atau liwat sebelum ini. Dan dengan bangganya menunjukkan aksi bagaimana dia diperlakukan (diliwat) oleh DS Anwar.
1. Ceritanya agak kelakar, mungkin telah disusun teks dan skripnya dihafal lama.
.. Disuruh Saiful ambil dokumen, kemudian Anwar berterus terang mahu mengajaknya melakukan hubungan seks, kemudian dia (Saiful) merasa marah dan takut, apabila disergah dengan sepatah perkataan 'what?', lalu direlakan dirinya diliwat- masuk bilik, tukar baju kepada tuala mandi sahaja dan akhirnya dipeluk dari belakang, kemudian diliwat..
Katanya Saiful marah dan enggan membiarkan dirinya di'perkosa', tapi mengapa hanya disergah dengan sepatah perkataan 'apa?' terus menjual maruahnya? Mana ada manusia yang mengaku dirogol sanggup dirogol hanya kerana disergah oleh seorang tua?? Anwar bukannya bersenjata pun, hanya seorang tua yang hanya menjadi majikannya sahaja. Lagipun apa kuasa Anwar? Anwar bukannya PM yang mempunyai kuasa ke atas SB dan Polis.
Bukankah Saiful ternyata lebih gagah dari Anwar sendiri.. Saya lebih percaya kiranya Saiful mengaku dia yang meliwat Anwar.
Kalau marah, kenapa sanggup masuk ke bilik dan tukar pakaian? Tak logik akal langsung manusia bernama Saiful ini, melainkan kejadian ini dilakukan atas dasar suka sama suka. patutnya beliau lari dari situ, bukan masuk bilik dan tukar pakaian.
Kalau marah, mengapa tidak larikan diri sahaja dan berhentilah kerja atas takutkan ancaman. Kenapa setelah diliwat baru berhenti kerja?
2. Saiful beriya-iya menceritakan tempat dan lokasi dirinya diliwat. Saya anggap dirinya sudah tidak bermaruah. Saya belum pernah bertemu dengan mangsa rogol di mana-mana pun, sanggup mendedahkan identiti dirinya di khalayak (pesalah seperti Azilah Hadri dan Sirul Azhar pun sampai sekarang tidak pernah dipamerkan wajahnya di khalayak). Kemudian bangga menceritakan lokasi diliwat. Ini menandakan akhlak dan maruahnya sudah tiada lagi. Mungkin dilakukan sedemikian adalah kerana niat, sama ada untuk mendapatkan kuntungan berbentuk material ataupun untuk memalukan Anwar sendiri.
3. Persoalan dan kesalahan yang saya anggap paling besar Saiful ialah, mengapa beliau tidak berani ke Mahkamah Syariah, kalau dirinya anggap benar. Beliau sanggup bersumpah atas nama Allah di Masjid WP, tapi tidak berani untuk ke Mahkamah Syariah. Sedangkan dalam Islam, beliau tidak wajib bersumpah, yang wajib bersumpah menafikan adalah tertuduh. Dan lagi, yang wajib bersumpah adalah dalam kes suami isteri sahaja, bukan Saiful. Nampak sangat beliau jahil.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al Qaradawi dan Jumhur Ulama' (termasuk 6 orang ulama' besar dunia seperti Dr Wahbah Az Zuhaily), hukuman dikenakan ke atas Saiful kerana gagal kemukakan 4 orang saksi. Beliau wajib di qazaf kerana memfitnah orang lain tanpa bukti dan saksi.
Air mani, DNA, tilam, CCTV, bulu, dan lain-lain anggota badan bukanlah boleh dijadikan hujah besar dalam Mahkamah Syariah kerana Islam melihat ini boleh dimanipulasikan. Saya melihat kiranya umat Islam yang celik pasti akan melihat kebenaran. Tiada yang lebih indah melainkan hukum Islam. Mengapa Saiful tidak berani membawa kes ke mahkamah Syariah dan memilih mahkamah sivil, kalau dia benar-benar beriman??
4. Saya bukanlah pengkagum Anwar, tetapi siapa sahaja yang dianiaya wajib dibela. Saya melihat riak kegirangan Anwar bersama isteri dan keluarganya sepanjang prosiding perbicaraan. Biasanya kalau berlaku skandal seperti ini kepada tokoh besar negara, pasti rumah tangga akan goyah. Isteri sudah pasti tidak akan bersama suami kerana curiga dengan suaminya. Dr Wan Azizah sudah pasti mengenali suaminya lebih dari Saiful sendiri. Mereka bahagia dengan 6 anak. lihatlah seperti Bill Clinton, hampir-hampir rumah tangganya dengan Hillary ranap. tengoklah kepada Tiger Woods, isterinya menuntut cerai kerana skandal seks suaminya. begitulah juga dengan John Terry, captain England sekarang yang dalam keadaan retak menanti belah.
5. Setelah konspirasi pertama terhadap Anwar gagal (akhirnya dibersihkan oleh Mahkamah), kini berlaku lagi kes serupa terhadap Anwar. Janggal kalau ia berlaku sekali lagi kepada Anwar. Bodoh dan bebal sangatkah Anwar kalau kes yang pertama dulu dia merengkok dalam penjara enam tahun lamanya. Kini diulang episod merogol dan meliwat pembantunya. Saya dan ramai orang tidak berfikir begitu. Kalau Anwar sejahat itu, sudah pasti dicarinya gigolo tepi jalan untuk lepaskan nafsunya.
6. Kalau Anwar kaki peliwat, sudah tentu mangsanya adalah Ezam, Azmin, Nik Nazmi, Saifuddin Nasution dan lain-lain juga. Tetapi tidak kedengaran mereka mendedahkan tembelang Anwar. Mereka masih setia bersama PKR dan Anwar. Ezam masuk PKR kerana sebab lain, bukan kerana mendakwa diliwat. Peliknya kalau Anwar memilih Saiful seorang sahaja, hebat sangatkah Saiful hingga Anwar berselera dengan dia seorang sahaja? Dulu dituduh dengan Azizan Abu Bakar, pemandu beliau. Tidak ada riak pada wajah Azizan seorang yang berwatak menarik untuk Anwar tiduri.
7. Mungkin boleh jadi benar kisah Saiful dan benar-benar beliau diliwat. Tetapi akhirnya kita perlu berhukum dengan hukum Allah yang namanya Islam. Ayuh, Saiful mari kita buktikan secara Islam dan sebagai seorang beriman.
8. Saya merasakan, teori konspirasi ini dirancang sedemikian rupa buat menutup kes besar yang lain. Kebetulan masa terjadi kes tersebut ketika PRK Permatang Pauh, ia adalah usaha menyekat kemaraan Anwar yang mendakwa telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen (waktu itu), oleh kerana takutkan hilang kuasa, maka pihak tertentu rancang konspirasi ini.
Mungkin, boleh jadi, sebagai usaha untuk menutup misteri pembunuhan Altantuya? Hanya Anwar berani dedahkan dan heret pihak yang memegang kuasa ke muka pengadilan. Barangkali, sebagai usaha selamatkan diri, maka disibukkan Anwar dengan kesnya sendiri. Dengan harapan Altantuya bakal dilupai orang.
No comments:
Post a Comment