Monday, November 30, 2009

DOA BALA : APA MASALAHNYA?

Melenting puak-puak UMNO bila Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengancam untuk membacakan doa timpa bala ke atas Perdana Menteri - Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah menarik balik royalti minyak di Kelantan kepada wang ehsan.

Maka di buatlah wawancara dengan kononnya orang awam bagi membidas tindakan Tok Guru Nik Aziz itu. 'Ramai' yang marah dan terkejut, kononnya doa meminta bala tidak ada dalam ajaran Islam. Dalam wawancara tersebut adalah seorang hamba Allah itu menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw sendiri berdoa agar Allah membuka pintu hati kaumnya yang sesat, seperti didoakan Nabi dalam peristiwa di Thaif (bukan doa minta bala).

Hakikatnya tidak ramai yang celik agama atau faham keadaan sebenar tentang Islam. Agaknya mungkin ramai pesimis atau berpandangan serong terhadap jihad perjuangan dalam Islam. mungkin ramai mentafsir jihad hanya dari sudut ekonomi, melawan hawa nafsu dan tidak ada agenda jihad itu adalah mengangkat senjata terhadap musuh Allah. Mungkin ramai menafsirkan perjuangan jihad di Palestin sebagai sia-sia atau kejam!

Justeru tidak wajar ada yang mempertikaikan doa minta bala yang dibacakan oleh Tuan Guru Nik Aziz. memanglah banyak tempat Nabi Saw mendoakan kebaikan umat Islam, tetapi pernahkah mereka yang jahil agama ini semak sejarah bahawa Nabi Muhammad Saw sendiri pernah mendoakan kutukan serta bala terhadap musuh Allah swt. Tak perlu saya ulas satu persatu pada peristiwa manakah Nabi memanjatkan doa tersebut. Saya yakin, sekiranya mereka yang jahil membuka lembaran sirah, akan ketemukan doa minta bala oleh Nabi saw. Bahkan, Nabi-nabi terdahulu pun pernah meminta bala agar dimusnahkan kaum yang tidak beriman. Jangan pula berdalih mengatakan kaum itu memang tidak beriman, sedangkan Najib beriman!

Soalnya, kenapa Tok Guru Nik Aziz mahu menadah tangan mendoakan keburukan kepada Najib? Apakah salah Najib? Isu yang dimuntahkan sekarang ialah sikap Najib yang jauh dari sifat kemanusiaan dan keadilan. Minyak yang mengalir keluar dari bumi Kelantan, menghalir menyusur tanah jajahan Kelantan. Wajar atau tidak Kelantan mendapat royalti? Kalau ada emas mengalir dari tanah kita sendiri, masuk ke dalam rumah dan kemudiannya diambil oleh kerajaan, tidak wajarkah kerajaan membayar pampasan kepada kita? Ini isunya yang ditenggelamkan oleh media BN.

Kelantan berhak mendapat royalti. Seperti mana Terengganu sebelum diperintah oleh PAS, mereka mendapat royalti. Selepas itu, berlaku kezaliman yang teramat nyata dan kerajaan merampas hak kerajaan Terengganu yang ditukar kepada wang ehsan. Siapakah pemilik wang ehsan? kerajaan negerikah atau Ketua UMNO Bahagian?

Di kelantan, UMNO sengaja mahu mencari pasal dengan menukar wang ehsan. Yang berkuasa nantinya ialah Ketua UMNO Bahagian, dan ditangannyalah diagihkan wang ehsan itu yang sepatutnya dimiliki oleh kerajaan negeri Kelantan. Kalau wang tersebut boleh dimilik peribadikan, maka akan berlakulah pengagihan yang tidak adil. Yang sokong UMNO pasti akan dapat lebih, manakala yang membangkang, sama ada mendapat hampas atau tidak dapat langsung!

Sudah tentu Tok Guru Nik Aziz selaku pemerintah kerajaan Kelantan merasa teraniaya. Tindakan Najib jelas menganiaya kerajaan negeri kelantan. Maka tidak wajarkah Tok Guru Nik Aziz menadah tangan meminta bala kepada penzalim kerajaan Kelantan. kerana Tok Guru mengadu kepada Raja Segala Raja, Yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa. Kelantan tidak ada kuasa untuk mendesak kerajaan UMNO memberikan royalti, maka pengaduan ini dihadapkan kepada Allah.

Kalau Najib tidak mahu didoakan keburukan, maka berlaku adillah. Apabila adil maka ramai yang akan sayang dan mendoakan kebaikan untuk beliau. Begitu juga pengampu-pengampu UMNO, kalau mahu didaoakan kebaikan maka laksanakan keadilan, antaranya lepaskan semua mangsa tahanan ISA. Kerana mereka yang ditahan tanpa bicara adalah mereka yang dianayai, dan doa orang yang dianaya pasti akan dimakbulkan ALLAH!

BTN ADALAH ALAT INDOKTRINASI UMNO-BN

Sama ada UMNO mahu menafikan atau tidak, BTN telah sedia lama menjadi alat propaganda atau indoktrinasi UMNO-BN.

Ramai yang telah menghadiri kursus BTN dan sedia menjadi saksi sekiranya mahu. Bertahun-tahun BTN adalah tempat untuk melepaskan kemarahan terhadap pembangkang terutama pemimpin PAS. Yang baru, individu seperti Anwar Ibrahim menjadi ikon menanam kebencian dengan menanam bibit fitnah ke atas peribadinya.

Dirinya dianggap sebagai manusia jelek yang melakukan perkara keji (termasuk kes liwat beliau). Manakala Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS pula dianggap sebagai manusia songsang yang terpesong dari ajaran Islam. Tanyalah siapa sahaja yang pernah dimangsai oleh kursus BTN, pasti rela hati dan ikhlas menjawab persoalan ini (bagi mereka yang jujur).

Nah, sekarang kerajaan Selangor menghukum BTN yang telah lari dari matlamat asal kewujudannya (matlamat asalnya sebagai memupuk semangat patriotisme, kini bertukar kepada semangat patriotik UMNO).

Saya amat berharap kerajaan Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan mana-mana negeri lain melakukan perkara yang sama. Biarlah BTN dihapuskan sama sekali. Kalau betul-betul kerajaan mahu memupuk semangat patriotisme, maka modul dan kursus tersebut perlu dikaji seadil-adilnya. Tanamkan semangat cintakan negara, bukan cintakan UMNO yang sudah reput!

Tuesday, November 24, 2009

SPR SEDAYA UPAYA NAK MENANGKAN UMNO, TETAPI GAGAL..

Kesian SPR.. gagal menarik hati tuannya bernama UMNO. Seboleh-boleh nak menangkan UMNO, tapi tak berjaya. Cuba lagi. masih ada Mahkamah Rayuan untuk bersidang. berhujahlah, dan pertahankan bermati-matian. Kami sekadar memerhati, sebuah demokrasi yang hampir rebah ditarah..





SPR gagal tangguh perintah kosongkan Kota Siputeh
Nov 23, 09 3:30pm
kemaskini 6.22pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.

Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan.

Jika ia tidak mendapat perintah itu, SPR perlu mengeluarkan writ menjelang Rabu ini bagi mengadakan satu pilihan raya kecil di situ.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin berkata beliau bersetuju dengan Sulaiman Abdullah, peguam utama bagi Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bahawa SPR gagal meyakinkan mahkamah berhubung isu keadaan luar biasa bagi mewajarkan permohonan itu dibenarkan.

Katanya, alasan mengenai implikasi kewangan yang dinyatakan oleh peguam kanan persekutuan Datuk Kamaruddin Md Said, yang mewakili SPR, tidak boleh ditakrif sebagai satu keadaan luar biasa.

"Mengikut undang-undang, menguruskan pilihan raya merupakan tanggungjawab biasa SPR dan suruhanjaya ini tidak merujuk mana-mana undang-undang kes untuk menyokong hujahnya," kata Alizatul.

Pada 17 Nov lepas, SPR mengemukakan permohonan itu setelah Alizatul membuat keputusan sehari sebelumnya bahawa kerusi berkenaan kosong kerana mendapati penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada BN gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti.

Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.

Dalam penghakimannya hari ini, Alizatul berkata tanpa unsur keadaan luar biasa, mahkamah tidak dapat membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu.

Abu Hassan turut hadir pada prosiding hari ini. BERNAMA

Thursday, November 19, 2009

Serapkan pekerja kontrak di Jabatan Kerajaan sebagai pekerja tetap

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa kerajaan supaya menyerapkan lebih 60 ribu pekerja yang berstatus kontrak di negara ini secara tetap dalam jabatan kerajaan seperti mana yang disarankan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS).

60 ribu pekerja kontrak ini sedang mengisi perjawatan kosong sedia ada yang sepatutnya diisi dengan kakitangan tetap. DPPWP melihat bahawa ini adalah kerugian kerana kerajaan masih mengajikan kakitangan kontrak yang sepatutnya diserap masuk sebagai kakitangan tetap bagi memenuhi kekosongan perjawatan yang sedia ada.

Isu pekerja kontrak yang berkhidmat di jabatan kerajaan adalah isu besar yang perlu ditangani segera. Ini kerana seramai 60,000 pekerja ini mengalami nasib yang tidak menentu kerana status mereka yang tidak tetap.

Bagi kakitangan tetap pihak Kerajaan memberikan masa maksimum selama 5 tahun untuk mengesahkan jawatan mereka sedangkan bagi kakitangan kontrak peringkat pengurusan dan profesional gred 52 ke bawah serta kumpulan sokongan kontrak maksimum mereka adalah 5 tahun.

Jika pegawai kontrak ini berkebolehan sekalipun, kontrak mereka tetap akan ditamatkan selepas 5 tahun dan ini adalah satu kerugian besar bagi sumber tenaga utama Kerajaan.

Kerajaan boleh menyerapkan pekerja-pekerja kontrak ini ke dalam jabatan kerajaan secara berperingkat-peringkat setiap tahun dengan melihat kepada prestasi kerja mereka. DPPWP mencadangkan status pekerja kontrak diberikan maksimum 3 hingga 5 tahun untuk diserapkan sebagai pekerja tetap sekaligus memberikan mereka peluang untuk mendapat hak dan kelayakan sama seperti pekerja tetap lainnya seperti kenaikan gaji, elaun, pesaraan dan bonus tambahan serta kemudahan lainnya.

DPPWP juga mencadangkan sekiranya khidmat pekerja kontrak ini ditamatkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pekerja ini diberikan imbuhan yang selayaknya seperti Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau lain-lain imbuhan mengikut tempoh mereka bekerja.

Dengan cara ini, pekerja ini akan mendapat motivasi yang positif untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh serta kehidupan mereka akan lebih terjamin. Prestasi kerja akan bertambah dan ia mampu meningkatkan produktiviti negara. Nasib pekerja kontrak ini akan lebih terbela sekiranya kerajaan benar-benar melihat dan melaksanakan slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan". Kerana setiap warga kakitangan kerajaan juga rakyat Malaysia dan mereka juga patut diutamakan sebagaimana slogan Perdana Menteri itu.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Wednesday, November 18, 2009

MAHKAMAH BATAL KEPUTUSAN SPR. SAH SPR SUDAH JAUH MENYELEWENG

Akhirnya mahkamah keluarkan keputusannya. Dan sama sekali bercanggah dengan keputusan SPR. Mahkamah Tinggi arahkan DUN Kota Seputih dikosongkan. Maka bermakna batallah keputusan serong SPR sebelum ini.

Tak semena-mena SPR pula yang sibuk melenting tak tentu pasal. Kenapa sibuk sangat SPR nak mengambil alih kuasa Speaker? Sudah tiada kerja ke SPR? atau menjaga kepentingan pihak tertentu?

Tindakan SPR untuk mengkaji keputusan Mahkamah Tinggi jelas menunjukkan SPR sudah memihak. Dan mereka berpihak kepada UMNO-BN. Kini jelas-sejelasnya. SPR tidak perlu berdalih dan beralasan. Seluruh dunia kini tahu bahawa SPR adalah parti komponen BN ke 15!


Sumber : berita

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan perlu sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan penangguhan pelaksanaan perintah bagi diadakan pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Siputeh di Kedah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR sedang menunggu proses undang-undang dan keputusan itu dijangka diketahui Jumaat ini.

"SPR menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

"Pada ketika ini, kami tidak akan mengadakan mesyuarat (mengenai mengadakan pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kompleks Dewan Undangan Negeri yang baru di sini hari ini

Friday, November 13, 2009

PENDEDAHAN SENSASI YANG BAKAL MENGGEMPARKAN NEGARA!

Raja Petra Kamarudin menulis lagi. kali ini lebih berani dan sensasi. Setiap pembaca pasti ingin membaca fakta dan kenyataannnya. Soalnya mana beliau dapat maklumat sebegini detail? Biarkan. Yang penting, ia adalah persepsi yang bakal membentuk informasi. Dan kalaulah informasi ini berkembang, bukankah jawatan Perdana Menteri dalam bahaya?? Nantikan, dan saksikanlah...



Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Masih Ingat tentang Cerita Si Penjual Permaidani (Carpetman) merangkap Tukang Catut (Bagman) merangkap Jantan Jalang (Toyboy)? (Remember the Carpetman cum Bagman cum Toyboy story?)



[Raja Petra] Masih Ingat tentang Cerita Si Penjual Permaidani (Carpetman) merangkap Tukang Catut (Bagman) merangkap Jantan Jalang (Toyboy)?
at 8:20 AM

Deepak Jaikishan ditugaskan untuk memastikan bahawa bekas pegawai polis yang juga penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terus berdiam diri. Adakah anda masih ingat pada Bala? Dialah individu yang menandatangani Akuan Bersumpah yang mengaitkan Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Adakah masih ingat pada cerita yang kami terbitkan pada 8 Oktober 2009, dengan judul “The Carpetman who is Rosmah’s Bagman and much more?” Nah, jika anda dah lupa, berikut adalah butirannya:

Saya bertemu dengan Carpetman lebih daripada setahun yang lalu. Dia meminta untuk bertemu melalui seorang kenalan. Ini kerana dia bimbang apabila mendapat tahu bahawa saya akan mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah Bagman untuk Rosmah. Tapi bukan fasal tu dia menggelabah. Sebenarnya, dia mula naik risau kerana pendedahan yang akan saya lakukan bukan hanya menyabitkannya sebagai Tukang Catut, tetapi juga Jantan Jalang si Rosmah. Hubungan saya dengan Rosmah hanya hubungan niaga biasa, kata Si Penjual Permaidani. Saya tak pernah tidur dengan Rosmah. Jadi, tolong jangan dedahkan kepada umum bahawa saya adalah Jantan Jalang Rosmah. Gambaran yang ingin Si Penjual Permaidani wujudkan adalah bahawa hubungannya dengan Rosmah hanya setakat di bilik mesyuarat dan tidak sampai ke bilik tidur. Tetapi lain pula kata Mumtaz Jaafar. Eh, siapa pula Mumtaz Jaafar? Ah, kalau saya mula bercerita tentangnya, maka saya juga perlu menceritakan tentang hubungannya dengan Saiful, iaitu orang yang menuduh bahawa Anwar Ibrahim meliwatnya. Kalau saya mula cakap fasal tu, maka saya terpaksa pula menyentuh tentang pertuduhan Liwat 2 pula. Jadi, tak payahlah kita panjangkan cerita. Mari kita kembali ke kisah Si Penjual Permaidani, iaitu Tukang Catut dan juga Jantan Jalang Rosmah. Seluruh negara hanya menumpukan perhatian pada hubungan luar nikah Najib Tun Razak. Ni dah jadi berita basi yang semua orang dah tahu. Semua orang tahu tentang Najib yang ditangkap khalwat dengan Ziana Zain di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson. Bahkan, Isa Samad mempunyai foto Najib yang hanya memakai tuala, sementara si Ziana bersenang-lenang di atas katil. Isa menyerahkan foto itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad (inilah sebabnya Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang. Takkan dia dah lupa bahawa Isa pernah cuba menjatuhkannya dengan menggunakan foto tu?). Okey, mari kita kembali ke topik asal. Seperti yang saya katakan tadi, semua orang tahu tentang hubungan luar nikah Najib. Tetapi ramaikah yang tahu bahawa Rosmah cukup berkenan dengan pemuda ala Bollywood? Nak jadi datuk? Senang saja. Kalau mereka menurut segala kehendaknya, maka gelaran datuk memang dalam tangan. Kalau anda nak tahu, si Si Penjual Permaidani ni jauh lebih tampan daripada Shahrukh Khan (eh, tapi sekarang dah jadi Datuk Shahrukh Khan, bukan?) – malah lebih muda. Sebenarnya, dah lebih daripada setahun saya mendiamkan saja cerita ni. Tetapi masa sudah tiba untuk ia didedahkan. Tetapi selain itu, ada perkara lain yang juga perlu didedahkan. Ish… ish… Deepak Si Penjual Permaidani ni memang nakal. Tetapi dia nakal pun nakal bersebab. Semua ‘kenakalannya’ adalah atas perintah Rosmah. Peranan Carpetman dan ‘khidmatnya’ pada Rosmah akan didedahkan sedikit demi sedikit. Hari ini bukan masanya untuk kami berbuat demikian. Jadi nantikanlah episod seterusnya alkisah Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang perempuan yang syok sendiri sebagai Wanita Pertama Malaysia.

(Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini).

Okey, dengan mukadimah di atas, maka tibalah masanya untuk kita meneruskan hikayat Deepak Jaikishan, iaitu Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang ‘Wanita Pertama’. Kami akan mendedahkan tentang kenakalannya. Ah, cukup nakal.

Deepak Jaikishan ditugaskan untuk memastikan bahawa bekas pegawai polis yang juga penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terus berdiam diri. Adakah anda masih ingat pada Bala? Dialah individu yang menandatangani Akuan Bersumpah yang mengaitkan Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Beberapa jam selepas Bala mendedahkan Akuan Bersumpahnya semasa sidang akhbar pada 3 Julai 2008, dia terus hilang. Keesokan harinya, dia memfailkan Akuan Bersumpah kedua yang bercanggah dengan Akuan Bersumpahnya yang pertama. Kemudian, dia sekali lagi hilang… hilang tanpa meninggalkan kesan.

(Baca PI Bala missing, says nephew, dalam The Star, 5 Julai 2008).

Sebenarnya, saya juga telah pergi ke Rawang untuk bertemu dengan anak saudara Bala, iaitu R. Kumaresan, sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan di atas.

Ramai yang tidak tahu bahawa ketika Bala sedang mengadakan sidang akhbar sejurus sebelum makan tengah hari pada 3 Julai 2008, beberapa orang anggota keselamatan sudah pun berada di depan rumahnya di Rawang. Mereka kemudiannya menculik keluarganya.

Ketika Bala sedang makan tengah hari, seorang individu yang bernama ASP Suresh menelefonnya dan ingin berjumpa dengannya. Bala juga diberitahu bahawa jika dia enggan untuk berjumpa, keselamatan keluarganya menjadi taruhan. Sebenarnya, pada masa tu, Bala sedang makan tengah hari bersama dengan saya. Jadi, saya tahu apa yang sedang berlaku, terutamanya apabila wajahnya tiba-tiba pucat dan dia mulai panik. Mereka juga memutuskan untuk menjerat saya kerana mereka tahu bahawa saya pun tahu tentang peristiwa tersebut.

Selepas Bala memfailkan Akuan Bersumpahnya yang kedua (yang bercanggah dengan Akuan Bersumpah yang pertama), mereka terus melarikannya ke luar negara dan menyembunyikannya di India. Bagi memastikan Bala tidak membocorkan rahsia, maka Deepak membayar RM50,000 sebulan kepadanya.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Bala tiiada pilihan lain. Pilihlah yang mana satu ‘idaman hati’: RM50,000 sebulan dan ‘bersara’ di India ataupun mengalami nasib yang sama seperti Altantuya? Malah dia juga perlu memikirkan tentang keluarganya – jadi, lebih baik ambil wang daripada terpaksa makan C4.

Selepas semua ‘urusan’ diselesaikan, Deepak menyangka bahawa dia dan ‘Wanita Pertama' dapat hidup bahagia buat selama-lamanya tanpa sebarang masalah.

Sebenarnya, Bala hanya menunggu saat yang paling sesuai untuk pulang paku buah keras. Dia kini mula melawan tauke bagi mendedahkan tentang apa yang sebenarnya berlaku sejak saat dia menandatangani Akuan Bersumpah pertama, diikuti dengan Akuan Bersumpahnya yang kedua, 16 bulan yang lalu.

Hari ini, kami hanya akan mendedahkan sebahagian kecil dari apa yang telah didedahkan oleh Bala. Ya, sebahagian kecil sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang akan didedahkan dalam tempoh sebulan ini; semuanya begitu menghancurkan.

Buat masa ini, biarlah Seri Perdana berdebar-debar. Takkan kita nak biarkan dia orang tidur lena? Selepas kami selesai mendedahkan segala-galanya, maka takkan ada seorang pun rakyat Malaysia yang akan ragu-ragu tentang penglibatan Najib dengan Altantuya.

Sebagai ‘pembuka selera’, lihatlah salinan cek di bawah, yang menunjukkan bayaran yang dilakukan oleh Deepak kepada Bala. Jika Bala menandatangani Akuan Bersumpah yang palsu, seperti yang mereka dakwa, lalu mengapa Bala perlu disembunyikan di India, bahkan dibayar RM50,000 sebulan?

Mana tidaknya… sebenarnya, Akuan Bersumpah pertama Bala adalah benar. Disebabkan itulah Bala perlu ‘dihilangkan’ dari Malaysia.

Ya, tak lama lagi, Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang akan menghadapi masalah yang cukup besar. Jadi, nantikan pendedahan yang seterusnya, yang mana kami akan terus menconteng arang ke muka petualang.

Tidurlah wahai Putrajayaku sayang, di mana jua kau berada.

Sunday, November 8, 2009

SYABAS YB TUAN GURU DATO' SERI PRESIDEN PAS!

Syabas YB Tuan Guru Presiden PAS. Walaupun diasak, dikritik, dikecam, dihina dan difitnah dengan pelbagai tohmahan, tetapi ketegasan dan kecekalan kepimpinan YB Tuan Guru Presiden PAS sangat dikagumi.

Inilah masa ujian yang paling hebat buat kepimpinan YB Tuan Guru Presiden PAS serta kepimpinan PAS yang lain. Kepada mereka, kita sandarkan harapan dan doa semoga mereka terus tabah menghadapi gelombang yang melanda.

Sumber: berita

Hadi tidak akan letak jawatan Presiden Pas
Nov 7th, 2009 | By Admin | Category: Akhbar OnLine, Berita, DAP Melayu

KUALA LUMPUR 7 Nov — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian.

“Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah…saya tidak akan membuang baju amanah ini,” katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti PAS di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini.

Beliau berkata sebagai pemimpin, seseorang itu perlu bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih.

“Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

“Walaupun ada teguran yang keras…suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama…kita pemain profesional, bukannya pemain kampung,” katanya.

- BERNAMA

Monday, November 2, 2009

PENDAFTARAN PELAJAR PASTI BARU DI IBNU KHALDUN




Saya menjemput ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak berumur 4,5 dan 6 tahun di sekitar Kuala Lumpur (Setapak) untuk menghantar anak saudara ke PASTI Ibnu Khaldun, Tmn Sri rampai, Setapak Jaya, Kuala Lumpur.

Kami mnyediakan kemudahan pelajar:-
1. Kelas berhawa dingin.
2. lokasi yang strategik (sebelah jalan utama).
3. Guru yang terlatih dan berpengalaman.
4. kelas 2 sesi - pagi dan petang (pagi dari jam 8.00 - 11.00 pagi) (petang dari jam
2.00 - 5.00 petang).
5. Perkhidmatan transit disediakan.
6. Pakej Kelas pengajian Iqra'
7. Pengangkutan disediakan.

Untuk dihubungi:-
1. Suhaimi - 019 6039187
2. Shahir - 019 2153225
3. Faizal - 017 3128646

BEKAS MUFTI PUN PERLU TAULIAH?



Kelakar bila membaca berita isu tangkapan ke atas Dr Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis. Kononnya alasan penangkapan beliau kerana beliau tidak memiliki tauliah. Kalaulah bekas Mufti kerajaan Malaysia sendiri dianggap tidak bertauliah, gamaknya siapa pula yang layak memiliki tauliah? Berapa ramai ustaz atau ulama' di Selangor yang ada tauliah? Sedangkan masjid, surau serta pejabat-pejabat yang memerlukan kuliah, tazkirah serta ceramah jumlahnya beribu di negeri Selangor ini. Kalau ikutkan panduan JAIS, pastilah tidak ada yang mampu mengisi setiap ruang masjid dan surau di Selangor ini kerana terlampau banyak. Sedangkan yang memiliki tauliah berapa kerat je.

Patutlah ramai umat Islam jahil. Rupanya mengajar kena ada tauliah. Itupun tak boleh ajar ilmu yangt sebenar. Cukup mengajar ilmu fardhu ain semata.. Sehinggakan orang yang meluluksna tauliah (dulu Dato' Ismail Kamus) sendiri diharamkan ceramah kerana tidak ada tauliah, kini bekas mufti menerima nasib yang sama..

Kalaulah alasan Dr Asri tu pengamal ajaran Wahabi, soalnya, sesatkah Wahabi? Di Arab Saudi pengamal Wahabi bersepah sehingga menjadi anutan Imam Masjidil Haram Mekah. Tidak ada Qunut, tidak ada zikir selepas solat, tidak ada bismillah sebelum Fatihah, tidak ada tahlil, tapi Mufti Besar negara mana pun tidak pernah mengatakan Wahabi itu sesat. Yang bercelaru ahli-ahli dan pengikut yang ramai, sedangkan ulama'-ulama' sunni yang lain tidak pernah bertelagah pun. Bahkan, pengikut atau pemimpin Syiah di Malaysia tidak pernah pun ditangkap kerana amalan Syiah mereka. Tiba-tiba pula Dr Asri ditangkap atas alasan menyebarkan fahaman Wahabi. Lucu betul Malaysia ini!


Sumber dari berita.

Bekas Mufti Perlis Ditahan Semasa Adakan Ceramah

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.

Menurut beberapa saksi, Asri ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Hulu Klang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

– BERNAMA

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Bekas Mufti Perlis didakwa mengajar tanpa tauliah

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.

Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan.

Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais.

Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor.

Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.

Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.

Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.