Sama ada UMNO mahu menafikan atau tidak, BTN telah sedia lama menjadi alat propaganda atau indoktrinasi UMNO-BN.
Ramai yang telah menghadiri kursus BTN dan sedia menjadi saksi sekiranya mahu. Bertahun-tahun BTN adalah tempat untuk melepaskan kemarahan terhadap pembangkang terutama pemimpin PAS. Yang baru, individu seperti Anwar Ibrahim menjadi ikon menanam kebencian dengan menanam bibit fitnah ke atas peribadinya.
Dirinya dianggap sebagai manusia jelek yang melakukan perkara keji (termasuk kes liwat beliau). Manakala Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS pula dianggap sebagai manusia songsang yang terpesong dari ajaran Islam. Tanyalah siapa sahaja yang pernah dimangsai oleh kursus BTN, pasti rela hati dan ikhlas menjawab persoalan ini (bagi mereka yang jujur).
Nah, sekarang kerajaan Selangor menghukum BTN yang telah lari dari matlamat asal kewujudannya (matlamat asalnya sebagai memupuk semangat patriotisme, kini bertukar kepada semangat patriotik UMNO).
Saya amat berharap kerajaan Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan mana-mana negeri lain melakukan perkara yang sama. Biarlah BTN dihapuskan sama sekali. Kalau betul-betul kerajaan mahu memupuk semangat patriotisme, maka modul dan kursus tersebut perlu dikaji seadil-adilnya. Tanamkan semangat cintakan negara, bukan cintakan UMNO yang sudah reput!
No comments:
Post a Comment