Friday, March 19, 2010
SIAPA PEMIMPIN UMNO YANG HIDANGKAN ARAK DI MAJLIS ULANGTAHUN PERKAHWINANNYA?
Saya bersyukur kerana PAS selama ini tidak terpalit dengan maksiat dan amalan mungkar seperti ini. Biarlah UMNO dengan segala macam maksiatnya, yang pasti, rakyat akan membuka mata.
Semoga rakyat melihat bahawa benarkah UMNO yang dianggap hero dalam isu Islam seperti kalimah Allah, tetapi dalam masa yang sama pemimpinnya bergelumang dengan rasuah, arak dan wanita.
Berikut saya petik ucapan YB Saifuddin Nasution di Parlimen...
"Saifuddin also alleged that he has been cautioned by a senior Umno MP, who is also a cabinet minister, to stop exposing embarrassing details about Umno and BN.
The senior minister was apparently upset that Saifuddin's remark in the Dewan Rakyat yesterday that an top Umno leader had served liquor at his wedding anniversary.
Saifuddin also told the Dewan Rakyat that during an Umno-organised trip to the US, a party leader was found asleep inside a casino after he failed to rejoin the tour group."
Thursday, March 18, 2010
APABILA PENGKHIANAT MULA DEDAHKAN RAHSIA BEKAS PARTINYA SENDIRI
Dalam Islam juga, pemurtad wajib dihukum bunuh kerana keluar Islam. Soalnya kenapa begitu keras gesaan tindakan kepada golongan mengkhianati perjuangan? Ini kerana mereka dikhuatiri akan membocorkan rahsia jemaah / organisasi.
Sebegitu yang terjadi kepada Dato' Seri Zahrain Hashim. kategori apa yang kita nak berikan kepada Zahrain ini? dan apakah hukuman yang setimpal kepada beliau??
Petikan dari berita...
KUALA LUMPUR - Ucapan sulung Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghangatkan Persidangan Dewan Rakyat.
Malah, kurang lima minit selepas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap bermula 5.05 petang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan apabila Zahrain mula mengaitkan Anwar dengan kegagalan Pakatan Pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan melalui perancangan 16 September.
Katanya, mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agon:g sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada Pakatan Pembangkang membentuk Kerajaan Persekutuan.
:“Malah, Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri keenam,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12.
Pada waktu itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu.
Zahrain kemudian menyambung ucapannya dengan mendakwa kononnya Panglima Angkatan Tentera juga menyokong peranca- ngan pembangkang itu dan kata-kata itu menjadikan Dewan lebih gamat.
Dalam suasana kecoh itu, Zahrain meneruskan pendedahan mengenai kepincangan dalam perjuangan Pakatan Pembangkang yang disifatkannya perjuangan peribadi Anwar.
Pada ketika itu, Anwar bertindak keluar Dewan dan kedengaran Ahli Parlimen BN berteriak ‘pengecut’ dan ‘berani, tunggu’ sebagai mendesak Anwar tidak keluar Dewan dan sebaliknya mendengar pendedahan kenapa Zahrain keluar PKR.
Zahrain kemudian mengulangi dakwaannya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP adalah ditaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.
Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai 'raksaksa pelbagai wajah' ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.
Beliau mendedahkan antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada DAP sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagaimanapun menangguhkan ucapan Zahrain pada pukul 5.30 petang bagi membolehkan persidangan disambung semula hari ini.
Anwar ketika ditemui di luar dewan bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung tindakan beliau keluar daripada dewan.
Malah, beliau turut mempertikaikan kenyataan Zahrain yang mendakwa pemimpin PR diarahkan untuk berkumpul di Dewan Rakyat pada 16 September untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.
“Ternyata beliau telah dipergunakan oleh parti kerajaan, beliau marah kerana ada orang yang mempersoalkan syarikat, beliau kena jawab
“Saya tidak keluarkan arahan, ternyata beliau hanya mempergunakan isu ini untuk menjatuhkan PR,” katanya.
KESIAN NASJIB : GUNAKAN AGUNG UNTUK PUJI DIRI SENDIRI
KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.
“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.
Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.
“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”
Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau.
“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” kata Anwar.
Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut.
“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.
“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita,” kata Anwar lagi.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada perdana menteri itu bukanlah bermakna memperkecil titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menurut beliau, konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.
Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan titah ucapan tersebut.
Tindakan Najib itu tegasnya sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi raja berpelembagaan yang selama ini dilaksanakan di Parlimen.
Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan serupa di Dewan Rakyat yang mulia itu.
“Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang,” tegas Anwar.
Tuesday, February 16, 2010
SIBUK DAN BERARAK MAULIDUR RASUL, TAPI TERLIBAT RASUAH
Umno beriya-iya marah kat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana membatalkan perarakan Maulidru Rasul SAW. Hebatlah kononnya UMNo ni memperjuangkan Islam. Dalam isu kalimah Allah merekalah kononnya paling kedepan. dalam isu sambutan Maulidur Rasul SAW merekalah yang menyambutnya. Hakikatnya Islam tidak diamalkan pun. Rasuah masih terpalit pada pemimpin-pemimpin UMNO. Nak buat yang sunat, yang haram tak ditinggalkan... Kesian UMNO!! SU politik Nor Yakcob letak jawatan | ||
|
jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.
Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.
Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.
Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.
Friday, February 12, 2010
KES LIWAT ANWAR: BUKTI BAHAWA TUDUHAN TERHADAP ANWAR ADALAH REKAAN SEMATA
1. Kes Anwar ke dua menjadi rujukan. Kalaulah kes yang pertama (1998) Mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah, maka apakah mungkin Anwar akan 'ulangi' kesalahannya dalam keadaan beliau tidak bersalah pada kes pertama?
2. Kalau kes kedua ini beliau tidak didapati bersalah (saya yakin sebaliknya), beerti kes pertama dan kedua adalah rekaan semata-mata. Maka mengapakah UMNO sebegini bodoh merekayasa kes ini untuk mengaibkan beliau? Apakah rakyat mahu mempercayai UMNO sekali lagi???
3. saya ingin cadangkan kepada pencinta keadilan, mari kita lakukan solat hajat dan membaca Yasin selama 40 hari dan malam, secara berjemaah dan dengan niat tertentu, iaitu sekiranya Saiful bersalah maka tunjukkanlah sesuatu ke atas beliau. Ini kerana beliau telah mengaibkan serta menjatuhkan maruah Anwar, keluarga beliau, parti PKR dan secara tidak langsung kepada PAS, serta umat Islam seluruhnya. Kali ini kita mohon biarlah Allah tunjukkan segalanya terhadap Saiful (sekiranya beliau bersalah).
4. Sebaliknya, kita perlu memohon juga, kalau Saiful itu benar dan Anwar bersalah, maka mudahkanlah mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas kesalahannya.
BALA DIDALAM BAHAYA
Saya terbaca artikel di Malaysia Today, dikarang oleh penulis berani dan kontroversi, siapa lagi kalau bukan Raja Petra Kamaruddin.
1. Bala dalam bahaya. Kalaulah ada sekumpulan manusia yang boleh menyelinap dan mencari maklumat, disamping menyelamatkan saksi penting kes Altantuya, iaitu Bala, bukankah baik..
2. Saya mengharapkan agar ada orang lagi seumpama Raja Petra, yang berani menongkah arus mendedahkan segala-galanya, dan sanggup ambil risiko, termasuk dibunuh.
3. Harapnya penulis blog seperti Wan Ji, Zainulfakar, Adukateruna, Tulang Besi, Penarik Beca, dan lain-lain mampu menghalakan semboyannya ke arah PM melalui kes Altantuya ini. Carilah maklumat sebanyak mungkin, dan dedahkanlah semahu mereka. Ini lebih bermanfaat dari menyerang dalaman parti sendiri.
4. Harapnya juga pendedahan ini disambut oleh peguam-peguam dalam dan luar negara. Rugi kes sebesar ini didiamkan saja, dan membiarkan rejim terus berkuasa dalam keadaan menjarah rakyat dan menzalimi umat.
Dipetik dari blog Malaysia Today.
BALA MULA DIBURU
ASP Suresh, jika anda memutuskan untuk menerimanya, misi anda adalah mencari Balasubramaniam a/l Perumal, si penyiasat persendirian di Chennai, India, yang mana anda perlu membungkamnya dengan apa cara sekalipun. Jika anda ditangkap ataupun dikesan, kerajaan Malaysia akan menafikan sebarang kaitan dengan anda. DVD ini akan musnah dengan sendirinya dalam sepuluh saat.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Adakah kata pembuka di atas seakan adegan pembuka dari filem Mission Impossible? Saya harap macam tulah sebab memang tulah yang dimaksudkan. Beberapa hari yang lalu, ASP Suresh bertolak ke Chennai, India bagi memulakan misinya. Misinya adalah mencari Bala dan ‘menjinakkannya’.
Siapa pula yang menghantarnya ke sana? Perdana Menteri Najib Tun Razak ataupun KPN Musa Hassan? Mmm… perkara ni tak pula diberitahu pegawai polis dari Bukit Aman yang menjadi orang dalam saya. Ini kerana mereka sendiri tak pasti siapa ‘bos’ sebenar ASP Suresh sekarang. Tetapi jika orangnya adalah KPN Musa Hassan, maka dah tentu ASP Suresh pergi ke sana atas alasan tugas rasmi, dan diberikan kebenaran untuk meninggalkan negara ini. Namun jika dia tidak ke sana secara rasmi dan tidak pernah diberikan kebenaran untuk ke sana, iaitu dia sebenarnya bercuti, maka dia kini menjalankan misi solo. Ini bererti bahawa PM Najib menghantarnya ke India tanpa pengetahuan KPN Musa.
Saya yakin jika KPN Musa tidak menghantar ASP Suresh ke India, malah tidak diberitahu pun mengenai perkara itu, maka dah tentu dia naik sheikh apabila membaca artikel ni. Tentu menarik sekali melihat reaksi KPN Musa terhadap berita ni, yang mana dia hanya tahu mengenainya selepas membaca Malaysia Today.
Ya, ada orang di tampuk kuasa di Putrajaya yang makin gelabah. Mana taknya, ada masalah yang belum selesai berkenaan bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Nasir Safar - yang mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman, iaitu bahawa pendatang awal Cina adalah pelacur, manakala pendatang India pula adalah pengemis - dia kini telah dikenalpasti sebagai lelaki misteri yang memandu Proton Saga biru di depan rumah Razak Bgainda pada hari Sirul dan Azilah menangkap Altantuya dan kemudiannya membunuhnya.
Tetapi ada seorang lagi yang juga berada di situ pada hari itu, iaitu tak lain tak bukan, Balasubramaniam a/l Perumal. Jadi, mereka perlu cepat-cepat mendapatkan Bala sebelum SPRM sempat mengambil keterangannya. Ini kerana jika SPRM dapat mengambil keterangan Bala dan Bala menyatakan bahawa lelaki yang memandu Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar (Pegawai Khas Najib ketika itu), maka pecahlah segala tembelang.
SPRM ingin bertemu dengan Bala bagi mengambil keterangannya. Itu kata mereka dalam surat mereka kepada peguamnya. Tetapi mereka ingin berjumpa dengan Bala di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Memang bodohlah kalau kita turutkan permintaan tu. Ini kerana berjumpa di situ samalah seperti berjumpa di Bukit Aman.
Sebenarnya, Singapura dan Malaysia mempunyai 'perjanjian khas’. Senang saja nak tangkap Bala. Malaysia hanya perlu meminta polis Singapura menahan Bala sebaik saja dia mendarat di negara itu dan seterusnya menyeberangi Tambak Johor bagi menyerahkannya kepada polis Malaysia. Malah, perintah mahkamah ataupun ekstradisi tidak perlu dipohon. Polis Malaysia hanya perlu meminta polis Singapura menahan Bala ‘bagi pihak mereka'.
Inilah yang dilakukan polis Singapura bagi menangkap Mas Selamat. Mereka hanya meminta polis Malaysia menangkapnya dan menahannya di Kamunting, yakni 'bagi pihak Singapura'. Jadi, Mas Selamat kini ditahan di Kamunting di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri walaupun dia sebenarnya melakukan jenayah di Singapura dan bukannya di Malaysia.
Dalam surat mereka kepada SPRM, peguam Bala menawarkan untuk mengadakan pertemuan di London. Tetapi SPRM tidak membalas surat itu. Mereka masih ingin bertemu dengan Bala di Singapura, sepertimana yang diminta dalam surat pertama mereka. Jadi, kita sekarang menghadapi jalan buntu. SPRM ingin bertemu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, sementara peguam Bala berkeras supaya pertemuan itu diadakan di London.
Selain itu, dalam surat mereka kepada peguam Bala, SPRM juga menyertakan lain-lain terma dan syarat. Antaranya adalah mereka mahu segala surat-menyurat dan perhubungan dicop sebagai “RAHSIA”. Dengan demikian, ia tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi, jika ada individu mendedahkan kandungan mana-mana surat itu dan memaparkannya di Malaysia Today, maka tindakan itu dianggap menyalahi OSA, dan individu itu boleh ditangkap dan didakwa.
Di samping itu, SPRM ingin bertemu dengan Bala tanpa kehadiran mana-mana peguam, selain enggan membenarkan rakaman video dilakukan bagi sesi pengambilan keterangan Bala itu. Kedua-dua syarat ini ditolak. Peguam Bala berkeras agar sekumpulan peguam hadir semasa sesi berkenaan dan juga sesi itu mesti dirakam.
Bala akan memberitahu SPRM tentang peranan ASP Suresh sebagai orang tengah dalam rundingan tersebut, pertemuannya dengan adik PM Najib, ugutan mereka terhadap keluarganya berserta dengan tawaran RM5 juta sebagai habuan supaya dia tidak mendedahkan sebarang perkara, dan peranan yang dimainkan oleh dua orang kakitangan PM Najib dalam keseluruhan episod itu - ADC-nya Musa Safri dan Pegawai Khasnya, Nasir Safar. Disebabkan itulah maka SPRM tidak mahu peguam Bala hadir semasa sesi itu ataupun sesi itu dirakam. Mana taknya, segala pendedahan Bala akan membawa kesan buruk kepada PM Najib dan keluarganya.
Kini, kita dilanda kebuntuan. Kedua-dua belah pihak enggan berganjak. Nampaknya, SPRM hanya akan dapat mengambil keterangan Bala apabila mereka mengikut syarat-syaratnya, dan bukan syarat-syarat SPRM. Jadi, apa kesudahannya? Perkara ni tak boleh dibiarkan berlarutan. Ini kerana lambat laun, SPRM terpaksa menjelaskan kepada rakyat sebab mereka belum bertemu dengan Bala bagi mengambil keterangannya. Keadaan sekarang menggambarkan bahawa SPRM seakan tidak mahu bertemu dengan Bala lantaran takut dengan pendedahan yang akan dilakukan oleh Bala. Ini tentunya tidak menimbulkan kesan yang baik bagi PM Najib.
Nah, pada saat itulah ASP Suresh dihantar bagi melaksanakan 'Mission Impossible' beberapa hari yang lalu. Misinya adalah menjejaki Bala dan cuba memujuknya agar tidak bertemu dengan SPRM. Mmm… untuk menghilang buat selamanya, dah tentu Bala memerlukan wang. Jadi, ASP Suresh telah dibenarkan untuk menjanjikan bayaran berjumlah RM5 juta kepada Bala, yang mana ia akan dibayar secara ansuran, iaitu RM50,000 sebulan. Pembayaran itu akan dibuat oleh Deepak Jaikishan, Penjual Permaidani/Tukang Catut Rosmah Mansor.
Tetapi mereka gagal mempertimbangkan unsur-unsur yang sangat penting dalam memastikan kejayaan rancangan ini. Salah satu dari elemen penting itu adalah RPK dari Malaysia Today. RPK tahu apa yang sedang berlaku dan dia tidak boleh dibeli. Lagi satu unsur yang sangat penting adalah Bala sendiri. Mereka mengandaikan bahawa Bala berada di Chennai dan bahawa dia boleh dibeli. Oh ya, elemen penting yang ketiga adalah Bukit Aman. Sampai sekarang, mereka masih belum tahu identiti orang dalam saya di Bukit Aman. Disebabkan itulah saya tahu tentang misi ASP Suresh ke Chennai sebelum pun dia sempat mendarat di India.
Mmm… saya memang suka benda-benda risikan macam ni. Mereka sedang berusaha mencari saya dan mengenalpasti ‘penaja’ saya, sedangkan sesetengah daripada ‘penaja/pembantu’ saya berada di Bukit Aman sendiri. Merekalah yang memberitahu saya tentang perkembangan terkini di tingkat-tingkat teratas ibu pejabat polis. Malah sebelum sesuatu rancangan dilancarkan, saya dah pun tahu.
Saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada ASP Suresh. Makanlah Roti Chennai banyak-banyak. Kemudian baliklah dan beritahu ketua-ketua kau bahawa kau gagal menjumpai Bala.
Sehingga kita bersembang lagi, selamat tinggal ASP Suresh, di mana jua kau berada.KARTUNNYA DEMOKRASI MALAYSIA
1. Kalau begitulah keputusan mahkamah, maka apa perlu kita bersusah payah nak dapatkan majoriti dua pertiga ahli parlimen untuk perintah Malaysia. Bukan juga perlu untuk adakan sidang dewan (Parlimen) dan dapatkan undi tidak percaya. Ia hanya perlukan persetujuan Sultan (YDP Agung). Kuasa undi dua pertiga sudah tidak valid lagi buat masa ini.
2. Mandat rakyat tidak penting. Yang paling berkuasa ialah duit. Lepas ni, kalau nak balas dendam, belilah pula wakil rakyat BN. Mereka ni lagi mudah untuk dijual beli. Lepas tu isytihar kuasa jadi MB atau PM.
3. Nak pecat MB atau PM sekarang menjadi semakin mudah. Isytihar saja bahawa MB atau PM sudah tidak mendapat kepercayaan, lepas tu ambil alih Pejabat PM atau MB. Buat kenyataan media. Jangan lupa bawa bersama Ahli Parlimen atau ADUN yang sudah dibeli itu.
4. Halau keluar Speaker DUN atau Speaker Parlimen sesuka hati. Kalau berdegil, arahkan Bentara Dewan, angkat Speaker beramai-ramai. Bayangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia diperlakukan demikian.. Pasti heboh seantero alam. Tapi kalau mereka berbuat demikian, halal pula..
5. Kes ini menjadi rujukan dan tertawaan dunia. Dengan Perlembagaan di tangan, hakim-hakim Mahkamah Rayuan masih mampu menafikan keadilan menurut Perlembagaan, apakah yang boleh kita harapkan dalam kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim? Bagaimana pula dengan kes-kes berprofil tinggi yang lain.. Sanggupkah hakim-hakim ini membicarakan kes melibatkan Najib Tun Razak dan Altantuyanya??
6. Mahkamah Malaysia telah menjadi salah satu alat dan komponen Barisan Nasional. Ia pelengkap sebuah kekuatan ampuh BN. Dengan media, polis, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, SPR, SPRM, Imigresen dan lain-lain maka tiada apa yang mampu menggugat kekuasaan Najib. Hanya Allah mampu meruntuhkan keangkuhan beliau.
7. Dengan cara ini, rakyat semakin meluat dengan UMNO-BN. Buatlah Juara Rakyat ke, Juara demokrasi ke, 1Malaysia, tetapi dengan kezaliman ini jelas membuka mata rakyat yang celik dan berpengetahuan. Hanya kepala pengat yang berkepentingan sahaja yang terus mendiamkan diri! Terima kasih UMNO, kerana menzahirkan wajah sebenar mereka..
8. Dengan kezaliman ini juga, rakyat baru melihat siapa diri UMNO sebenar. Merekakah yang berjuang menegakkan kalimah Allah atau menentang hukum Allah, menentang keadilan dan menyembunyikan kebenaran.
Friday, February 5, 2010
SAMBUNGAN KES LIWAT II
2. Tiba-tiba Saiful dapat bertemu Najib dan menceritakan perihal dia diliwat. Katanya nak mohon biasiswa. Biasiswa apa kalau belajar pun sekerat jalan je. Bukankah itu suatu pembohongan?
3. Bagaimana kalau saya hari ini, aturkan pertemuan dengan Najib untuk memohon biasiswa kerajaan. Mahukah Najib meluangkan masa bertemu dengan saya? Atau perlukah saya mengaku diliwat Anwar baru boleh akses dengan Najib?
4. Mohon biasiswa seharusnya bertemu dulu dengan pihak lain dulu, Kementerian Pendidikan Tinggi ke, Ketua Setiauaha Kementerian ke, Pengarah PTPTN ke atau lain-lain.. Tetapi yang dijumpanya adalah TPM masa itu, bukankah pelik insan ini? Pasti dia mempunyai suatu keistimewaan tertentu yang membolehkan beliau bertemu dengan Najib..
KES LIWAT ANWAR II : MENGIMBAU KEMBALI REFORMASI TAHUN 1998
Pusingan pertama, saksi pertama yang juga merupakan 'mangsa' liwat tampil memberikan kesaksian. Dengan bangganya menunjukkan wajahnya di kaca TV, sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana mangsa rogol atau liwat sebelum ini. Dan dengan bangganya menunjukkan aksi bagaimana dia diperlakukan (diliwat) oleh DS Anwar.
1. Ceritanya agak kelakar, mungkin telah disusun teks dan skripnya dihafal lama.
.. Disuruh Saiful ambil dokumen, kemudian Anwar berterus terang mahu mengajaknya melakukan hubungan seks, kemudian dia (Saiful) merasa marah dan takut, apabila disergah dengan sepatah perkataan 'what?', lalu direlakan dirinya diliwat- masuk bilik, tukar baju kepada tuala mandi sahaja dan akhirnya dipeluk dari belakang, kemudian diliwat..
Katanya Saiful marah dan enggan membiarkan dirinya di'perkosa', tapi mengapa hanya disergah dengan sepatah perkataan 'apa?' terus menjual maruahnya? Mana ada manusia yang mengaku dirogol sanggup dirogol hanya kerana disergah oleh seorang tua?? Anwar bukannya bersenjata pun, hanya seorang tua yang hanya menjadi majikannya sahaja. Lagipun apa kuasa Anwar? Anwar bukannya PM yang mempunyai kuasa ke atas SB dan Polis.
Bukankah Saiful ternyata lebih gagah dari Anwar sendiri.. Saya lebih percaya kiranya Saiful mengaku dia yang meliwat Anwar.
Kalau marah, kenapa sanggup masuk ke bilik dan tukar pakaian? Tak logik akal langsung manusia bernama Saiful ini, melainkan kejadian ini dilakukan atas dasar suka sama suka. patutnya beliau lari dari situ, bukan masuk bilik dan tukar pakaian.
Kalau marah, mengapa tidak larikan diri sahaja dan berhentilah kerja atas takutkan ancaman. Kenapa setelah diliwat baru berhenti kerja?
2. Saiful beriya-iya menceritakan tempat dan lokasi dirinya diliwat. Saya anggap dirinya sudah tidak bermaruah. Saya belum pernah bertemu dengan mangsa rogol di mana-mana pun, sanggup mendedahkan identiti dirinya di khalayak (pesalah seperti Azilah Hadri dan Sirul Azhar pun sampai sekarang tidak pernah dipamerkan wajahnya di khalayak). Kemudian bangga menceritakan lokasi diliwat. Ini menandakan akhlak dan maruahnya sudah tiada lagi. Mungkin dilakukan sedemikian adalah kerana niat, sama ada untuk mendapatkan kuntungan berbentuk material ataupun untuk memalukan Anwar sendiri.
3. Persoalan dan kesalahan yang saya anggap paling besar Saiful ialah, mengapa beliau tidak berani ke Mahkamah Syariah, kalau dirinya anggap benar. Beliau sanggup bersumpah atas nama Allah di Masjid WP, tapi tidak berani untuk ke Mahkamah Syariah. Sedangkan dalam Islam, beliau tidak wajib bersumpah, yang wajib bersumpah menafikan adalah tertuduh. Dan lagi, yang wajib bersumpah adalah dalam kes suami isteri sahaja, bukan Saiful. Nampak sangat beliau jahil.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al Qaradawi dan Jumhur Ulama' (termasuk 6 orang ulama' besar dunia seperti Dr Wahbah Az Zuhaily), hukuman dikenakan ke atas Saiful kerana gagal kemukakan 4 orang saksi. Beliau wajib di qazaf kerana memfitnah orang lain tanpa bukti dan saksi.
Air mani, DNA, tilam, CCTV, bulu, dan lain-lain anggota badan bukanlah boleh dijadikan hujah besar dalam Mahkamah Syariah kerana Islam melihat ini boleh dimanipulasikan. Saya melihat kiranya umat Islam yang celik pasti akan melihat kebenaran. Tiada yang lebih indah melainkan hukum Islam. Mengapa Saiful tidak berani membawa kes ke mahkamah Syariah dan memilih mahkamah sivil, kalau dia benar-benar beriman??
4. Saya bukanlah pengkagum Anwar, tetapi siapa sahaja yang dianiaya wajib dibela. Saya melihat riak kegirangan Anwar bersama isteri dan keluarganya sepanjang prosiding perbicaraan. Biasanya kalau berlaku skandal seperti ini kepada tokoh besar negara, pasti rumah tangga akan goyah. Isteri sudah pasti tidak akan bersama suami kerana curiga dengan suaminya. Dr Wan Azizah sudah pasti mengenali suaminya lebih dari Saiful sendiri. Mereka bahagia dengan 6 anak. lihatlah seperti Bill Clinton, hampir-hampir rumah tangganya dengan Hillary ranap. tengoklah kepada Tiger Woods, isterinya menuntut cerai kerana skandal seks suaminya. begitulah juga dengan John Terry, captain England sekarang yang dalam keadaan retak menanti belah.
5. Setelah konspirasi pertama terhadap Anwar gagal (akhirnya dibersihkan oleh Mahkamah), kini berlaku lagi kes serupa terhadap Anwar. Janggal kalau ia berlaku sekali lagi kepada Anwar. Bodoh dan bebal sangatkah Anwar kalau kes yang pertama dulu dia merengkok dalam penjara enam tahun lamanya. Kini diulang episod merogol dan meliwat pembantunya. Saya dan ramai orang tidak berfikir begitu. Kalau Anwar sejahat itu, sudah pasti dicarinya gigolo tepi jalan untuk lepaskan nafsunya.
6. Kalau Anwar kaki peliwat, sudah tentu mangsanya adalah Ezam, Azmin, Nik Nazmi, Saifuddin Nasution dan lain-lain juga. Tetapi tidak kedengaran mereka mendedahkan tembelang Anwar. Mereka masih setia bersama PKR dan Anwar. Ezam masuk PKR kerana sebab lain, bukan kerana mendakwa diliwat. Peliknya kalau Anwar memilih Saiful seorang sahaja, hebat sangatkah Saiful hingga Anwar berselera dengan dia seorang sahaja? Dulu dituduh dengan Azizan Abu Bakar, pemandu beliau. Tidak ada riak pada wajah Azizan seorang yang berwatak menarik untuk Anwar tiduri.
7. Mungkin boleh jadi benar kisah Saiful dan benar-benar beliau diliwat. Tetapi akhirnya kita perlu berhukum dengan hukum Allah yang namanya Islam. Ayuh, Saiful mari kita buktikan secara Islam dan sebagai seorang beriman.
8. Saya merasakan, teori konspirasi ini dirancang sedemikian rupa buat menutup kes besar yang lain. Kebetulan masa terjadi kes tersebut ketika PRK Permatang Pauh, ia adalah usaha menyekat kemaraan Anwar yang mendakwa telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen (waktu itu), oleh kerana takutkan hilang kuasa, maka pihak tertentu rancang konspirasi ini.
Mungkin, boleh jadi, sebagai usaha untuk menutup misteri pembunuhan Altantuya? Hanya Anwar berani dedahkan dan heret pihak yang memegang kuasa ke muka pengadilan. Barangkali, sebagai usaha selamatkan diri, maka disibukkan Anwar dengan kesnya sendiri. Dengan harapan Altantuya bakal dilupai orang.
Wednesday, February 3, 2010
Alfatihah..
Moga Dicucuri rahmat ke atas rohnya. Yakinlah insan yang berjuang untuk ISlam tidak akan disia-siakan oleh Allah swt. Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat meninggal dunia | | |
Harakahdaily |
Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM. Allahyarhamuha adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing. Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Al-Fatihah |