Saturday, June 14, 2008
MEMOBILISASI RAKYAT 1 JUTA 5 JULAI
Dalam demonstrasi tadi (13 Jun 2008) Pengerusi - YB Salahuddin mengumumkan akan mengadakan himpunan raksasa 1 juta rakyat pada 5 Julai 2008. saya menerima arahan dan pengumuman tadi dengan hati bercampur-campur. Memang gembira dapat mengerahkan 1 juta rakyat, satu peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara!
Tapi bayangkan sekiranya ia benar berlaku. Saya membayangkan Kuala Lumpur akan lumpuh. Perhimpunan 100,000 rakyat pada 11 November tahun 2007 itupun menyebabkan sebahagian rakyat Kuala Lumpur sesak dan padat, manakan pula satu juta berhimpun.
Persoalan yang perlu dibangkitkan:-
1. Dimana lokasi untuk menghimpunkan seramai umat itu? seorang teman syorkan dibuat banyak check point, seperti Himpunan Bersih tempohari. Berkumpul dan berlarak (bahasa Kelantan bermakna berarak) dari beberapa lokasi dan bertemu di masjid Negara. Saya kira itu satu pandangan yang baik. Kita memikirkan pasti ada sekatan polis untuk membatalkan perhimpunan seperti ini, jadi cadangan ini dianggap baik. saya merasakan tempat-tempat seperti Dataran Merdeka, Sogo, Kampung Baru, KLCC, dan lain-lain perlu diambil pertimbangan oleh pimpinan. Namun masih belum menjawab persoalan, tempat sebesar manakah yang dapat menampung sejuta umat? Mungkin Putrajaya (Dataran Masjid), mungkin juga KLCC (taman), atau Dataran Merdeka.
2. Bagaimana menggerakkan rakyat?
Ini soalan cukup menarik. Saya nak kongsi pengalaman Himpunan Bersih. Beberapa bulan dan minggu sebelum Himpunan, semua aktiviti menyedarkan rakyat dibuat. Kami menjelajah ke pelusuk taman, kawasan perumahan, pasar, LRT, buat roadshow, hit and run dan pelbagai lagi. Tidak silap saya sebanyak 1 juta poster dihasilkan yang menghasilkan 100 ribu rakyat. Oleh itu, pesan saya, kalau nak menghimpunkan sejuta rakyat, barangkali dua juta risalah perlu dikeluarkan. anggapan saya mungkin himpunan ini jejak sasaran kerana ia menyentuh langsung dengan perut rakyat. Mana rakyat yang tidak marah dengan kenaikan minyak ini?
Nak menggerakkan rakyat, perlu disedarkan diri mereka. Kita perlu bergerak sampai ke pintu-pintu rumah mereka supaya mereka sedar dan tahu himpunan ini. saya kira meletakkan sasaran setiap cawangan atau perumahan rakyat satu kereta sudah mencukupi. satu taman bawa 5 orang maksimum, kali 5000 taman di sekitar Lembah Klang berapa agaknya? mungkin ini boleh memenuhkan lokasi perhimpunan tersebut.
ataupun mungkin menggerakkan keluarga pendokong himpunan protes ini. seorang pendokong wajib membawa 5 orang ahli keluarganya. kalau aktivis PAS + PKR + DAP = mungkin 100000 orang menggerakkan 5 orang setiap seorangnya, saya yakin angka sejuta akan tercapai. Tambah lain-lain manusia yang sedar tetapi tidak termasuk kelompok di atas.
Apapun, yang pentingnya gerakan menggerakkan kebangkitan rakyat perlu cepat dan berterusan. Inilah mesej paling ampuh mengejutkan rejim yang bongkak dan bodoh sombong ini. semoga sejuta rakyat menjadi satu sejarah perjuangan menegakkan keadilan di negara ini tercatat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment