Sunday, June 22, 2008
MENGURUS MASA DALAM JAMAAH
Sedikit celoteh ingin diutarakan berkenaan pengurusan masa dalam jamaah. Bagi mereka yang berada dalam dunia jamaah, pastinya tahu apa yang dimaksudkan lebih mendalam berkenaan artikel ini.
Menjaga masa sangat penting. Nabi ada berpesan, al Qur'an turut merincikan, dan kata-kata hukamak menguatkan. Memang tidak dinafikan.
Beberapa teman merungut tentang petugas sepenuh masa yang kurang menjaga masa. Untuk menghuraikan isu ini, kita tidak perlu berjela-jela. Bukan mencari helah dan alasan, tetapi perlukan kefahaman. Mereka selalu membandingkan petugas jamaah sepenuh masa dengan petugas pegawai jabatan sama ada kerajaan atau swasta.
Umum mengetahui kerja jamaah menuntut pengorbanan dan komitmen bukan pada satu amanah. Bagi yang iltizam, keluar pagi balik pagi adalah rutin biasa. Kerja jamaah jadualnya luar biasa. Siang di pejabat, petang urusan di luar, malamnya pula bermesyuarat. Mingguannya dipenuhi dengan pelbagai rencam aktiviti, dari bengkel ke demosntrasi. Murabitun tidak mengharap upah lebih masa, cukup sekadar kefahaman dan belas ihsan bagi sesiapa yang memahami.
Memanglah kerja pejabat seperti di agensi swasta jadualnya padat. Tetapi masa tertumpu pada jam 9.00 pagi ke 6.00 petang sahaja. Kerja lebih masa ada elaun, yang memotivasikan kerja. Malam hari, tiada siapa berani ganggu, itulah masa privasi. Petugas ini memang mampu menjaga masa kerana jadual kerja mereka hari-hari begitu.
Renungilah, menyamakan masa bekerja jamaah dengan kerja profesional yang lain itu bagus. Tetapi, kerja jamaah terlalu mencapah. Dua, tiga bahkan puluhan tugas di luar skop perlu dihabisi. Berbanding kerja kosporat, kerja secara spesifik telah ditentukan. Tidak timbul soal kelewatan masa bekerja. Dan lagi, kerja sebegini telah dibayar imbuhan yang lumayan. Kerja jamaah, lebih sikit dari budak pejabat yang pencapaian akademik tidak seberapa.
Semudah itu kita berhukum, tetapi tidak semudah itu kita memahami insan lain. setegar itu kita berprinsip, tetapi tidak selembut hati kita menerima kedhaifan orang lain. Yang keluk itu kendi, yang merah itu saga, yang elok itu budi, yang indah itu bahasa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment