Saturday, June 14, 2008

PERLAKSANAAN GAJI 2 KALI SEBULAN: REAKSI PELBAGAI

kerajaan Mengumumkan untuk memberi gaji bulanan kepada kakitangan awam 2 kali sebulan. Cadangan ini nampak baik dan melegakan. Hasrat kerajaan adalah untuk melegakan kakitangan awam ketika pertengahan bulan (biasanya bagi orang seperti saya-seminggu selepas gaji dah habis simpanan). Bagi yang bergaji tinggi, mungkin perlaksanaan ini tidak memberi bekas ke atas pendapatan mereka. Mereka tiada masalah untuk membayar semua hutang bulanan atau menanggung keluarga.

Bagaimana mereka yang berpendapatan rendah agaknya? Kalau ini benar-benar berlaku, pastinya yang sesak adalah pekerja kelas rendah dan menengah. Gaji sebulan di bawah par RM1,500.00 pasti terasa sedikit bila terima dua kali sebulan. dengan RM750 sekali dapat, bagaimana nak menyelesaikan masalah sewa rumah (paling kurang RM 500 sekarang), kereta (biasanya RM300-500 sebulan), nursery anak (kalau seorang RM 200 seorang anak), itu tak masuk perbelanjaan rumah dan dapur.

Yang pasti bila perlaksanaan ini benar berlaku, sistem pengurusan keluarga pasti berubah. Kerajaan pula mesti menetapkan sistem pembayaran bank (sama ada kereta, rumah, dan lain-lain) supaya bank menerima bayaran pada tarikh 15 haribulan. walaupun demikian, dengan purata pendapatan RM750 untuk tempoh dua minggu, ditolak dengan bayar hutang (sewa dan lain-lain) berapa agaknya seorang pekerja menyimpan untuk keperluan rumahnya?

Apapun, semua ini memerlukan pengurusan yang betul. Bagi keluarga yang tidak mampu atau tidak pandai mengurus, sama ada pembayaran sebulan sekali mahupun sebulan dua kali, keadaannya tetap sama. Kalau pengurusannya betul, pembayaran gaji setiap hari atau mingguan pun mampu diuruskan. Semua ini terpulang kepada diri, dan pengumuman kerajaan ini sekali lagi telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai. setengahnya bersetuju (terutama orang seperti saya), dan ramai pula yang menentang. kita tengok nanti bagaimana jadinya kepada pekerja di negara kita beberapa bulan akan datang.

No comments: