Saturday, June 21, 2008

USUL TIDAK PERCAYA SAPP: PAK LAH BERSTRATEGI ATAU DUNGU

Nampaknya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) gagal mendengar aspirasi rakyat. Pak Lah gagal mendengar keluh kesah dan rintihan dari rakyat terbanyak. Setelah dilanda Tsunami Politik dalam Pilihanraya umum ke 12 8 Mac 2008 lalu, Pak Lah merasakan imej dan kredibilitinya tidak terjejas langsung. Dengan selamba melangkah ke Istana Negara, mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri, dalam keadaan unid popular di semenanjung Malaysia tidak sampai 50%.

Kemudian Pak Lah berdegil lagi. Dilantiknya Menteri Kabinet dari suku sakat dan kegemarannya, umpama mengatur bidak catur mengikut sesuka hati. Kesannya, dua orang Menteri Kebinet meletak jawatan kerana hanya diberi jawatan Timbalan Menteri sedangkan mereka layak ke jawatan menteri penuh. Inilah keistimewaan perangai Pak Lah.

Barangkali Pak Lah tidak mendapat gambaran sebenar isu dari bawah (rakyat) ke pengetahuannya. Mungkin pasukan penasihat 25% beliau memberikan berita yang elok sahaja ke halwa telinganya. ataupun mungkin beliau mewarisi sifat diktator Hitler, yang pekak badak dan buat bodoh sahaja. Banyak rungutan rakyat yang disampaikan kepada beliau, dengan selamba beliau kata, saya tidak tahu menahu. Apa jenis Perdana Menteri macam beliau ini yang serba tidak tahu.

Apabila rakyat penyokongnya (UMNO) mengadakan Mesyuarat Agung luar biasa, beliau pantas mencantas. Tidak bersetuju ahli-ahli mengkritiknya. Apabila diajukan pelan peralihan kuasa, atau meminta beliau berundur secara terhormat, beliau menolak mentah-mentah. Kesian, MT-MT UMNO dan ahli-ahlinya, cara macam mana nak sedarkan perdana menteri yang naik secara belas kasihan ini pun tidak ketahuan.

Dalam kemelut mencari pengaruh, tindakan beliau sekali lagi mencemar imej beliau dan BN. Disahkan oleh Menteri, Dato' Shahrir Samad bahwa minyak petrol akan dinaikkan menjelang Ogos, tidak semena-mena Pak Lah umumkan menaikkan harga Petrol secara tiba-tiba. Naik banyak pula tu. 70 sen kenaikan tanpa disediakan alternatif bagi mengurangkan beban rakyat. Menaiklah pula rantaian barang-barang keperluan. Rakyat meluap kembali. Saya kira tidak ada ceruk ruang yang rakyat menaruh simpati dan sokongan kepada PAk Lah. Maka terkulat-kulatlah Dato' Shahrir Samad dan gerombolan menteri menangkis amarah rakyat dan bebal memberikan alasan kenaikan harga barang. Sampaikan meminta rakyat tukar cara hidup.

Rakyat hidup cara yang tidak berubah. Sejak dulu makan nasi berulamkan jantung. Naik pengangkutan awam seperti biasa. Tiada pula kereta bertukar-tukar setiap tahun seperti Pak Menteri. Mana ada mimpi nak melancong seperti Menteri. Kena bayar tol setiap hari, naik pula harga beras, tarif eletrik, air dan lain-lain. Nak ubah cara hidup macam mana lagi?

Kini rakyat memberi signal lagi. SAPP tidak tertahan dilayan seperti anak tiri. Mereka tegar mengusulkan undi tidak percaya pada Pak Lah. Kini setiap hari Dato' Yong Teck Lee jadi sasaran fitnah media secara luar biasa. Nak tegur macam mana lagi, Perdana Menteri yang bebal. Mungkin tunggu kebangkitan rakyat satu juta di jalan raya, baru Pak Lah membuka mata dan berkata "rupanya rakyat tidak mahukan aku lagi agaknya".

No comments: