Tuesday, July 8, 2008

HIMPUNAN PROTES, PROTES HIMPUNAN!

6 Julai 2008. Tercatat dalam serajah demokrasi Malaysia. Himpunan Protes yang dijadualkan begitu baik, setelah dipinda beberapa kali, untuk menghimpunkan sejuta rakyat bagi membantah kenaikan harga minyak.

Ya, inilah tempat amarah rakyat disalurkan. Maka promosi diperhebatkan meliputi pelbagai perkara. Dari poster, banner, banting, risalah, ceramah dan lain-lain. Tidak kurang ribuan pemuda PAS dan Keadilan dikerahkan bagi mengawal selia majlis.

Hari dijanjikan berkunjung tiba. Pemuda PAS awal lagi memberi amaran, kiranya ada unsur yang tidak menepati piawaian syarak, pemuda PAS nekad boikot. Lantaklah nak jadi apa pun, yang penting kita jaga hak Allah, bukan nak cari populariti atau kepentingan.

Tak semena-mena terpacul konsert yang dijanjikan untuk dibuang. Menjijikkan, sampai tunjuk punggung! Nak memprotes harga minyak atau nak meraikan kenaikan harga minyak? Untuk makluman, pemuda PAS ambil keputusan boikot program ini dari jam 2.30 petang lagi! Kesian pemuda-pemuda PAS yang ikhlas turun dari jauh- sejauh Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang- hampa dengan apa yang berlaku.

Semua rakyat berharap ada sesuatu tindakan yang boleh membuka mata Pak Lah yang sering tertidur itu, tapi bila berhimpun di stadium- pekik sekuat mana pun siapa yang peduli? polis, FRU dan tentera yang siap berkawal senyum sengih melihat himpunan protes kunun cara baru ini.

Awal lagi peserta canggung, bila jadual program dilanjutkan dari pagi ke malam. Tapi bila penganjur degil dan mahu meneruskan budaya baru demonstrasi, inilah akibatnya.

Akhirnya, Himpunan Protes bertukar menjadi program 'Memprotes Himpunan'. kemuncaknya adalah malam untuk Anwar Ibrahim mempersembahkan sketsa epik cerita barunya. Hilang sudah episod lompat parti, kini cerita liwat menjadi isu sensasi!

Apapun Pengerusi Protes renungkanlah. Jadikan iktibar. Demonstrasi tetap demonstrasi. Campur adukkan dengan konsert- jadilah konsertrasi! jangan salahkan rakyat kiranya rakyat hilang keyakinan pada kamu...

No comments: