Saya meletakkan syarat untuk bekerjasama dalam gabungan UMNO-PAS sebagai renungan kita bersama:-
1. Dakwa Najib di mahkamah. kalau benar dia bersalah jatuhkan hukuman seperti orang lain. Tiada kasta dan pilih bulu. Rosmah ke tali gantung (kerana dituduh membunuh).
2. Dakwa menteri-menteri yana korup dan dituduh rasuah. Hadapkan mereka ke muka pengadilan sama seperti banduan lain. Tiada kasta dan pilih bulu.
3. Berikan jawatan Perdana Menteri kepada Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Timbalannya boleh beri kepada Pak Lah. Ini jaminan supaya mereka tidak cantas seperti yang berlaku kepada Timbalan-Timbalan Perdana Menteri yang lalu.
4. bebaskan Anwar Ibrahim dan dakwa dia (sekiranya bersalah) seperti insan lain. Jika tidak tuntutan qazaf wajib dilaksanakan kepada Syaiful Bukhari.
5. Hapuskan ISA tanpa syarat dan bebaskan semua tahanan serta diberikan ex gratia.
6. Laksanakan Syariat Islam tanpa syarat. Hapuskan arak, judi, riba, laksanakan hudud. No compromise.
7. Turunkan harga minyak petrol dan diesel kepada harga asal sebelum dinaikkan dan berikan subsidi kepada rakyat.
8. Laksanakan seperti di dalam Manifesto PRU 12.
Hanya 8 syarat utama. selebihnya adalah pilihan dan syarat tambahan. Saya mengharapkan, kalau UMNO tidak penuhi 8 syarat ini... tidak perlulah berunding dengan mereka. Tiada faedahnya. Lebih baik kukuhkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat dan siapa tahu ISlam mampu menjadi pemerintah dengan sepenuhnya syariat Islam melalui kesabaran kita semua. Insyaallah, Allah tidak memungkiri janji.
No comments:
Post a Comment