Membicarakan topik Muzakarah UMNO-PAS ada baiknya. Biasalah, dalam apa-apa hal pun, pro dan kontra tetap ada.
Yang sayangkan parti dan merasakan bahawa mereka telah berkorban segalanya untuk jemaah ini, pasti merasa kelat menerima keputusan pimpinan PAS untuk bermuzakarah dengan UMNO.
Sebaliknya, sesetengah yang melihat sebahagian sudut "kononnya perpaduan Melayu dan Islam" pula beria-ia menyokong. Mereka berpegang pendapat, mengapa tidak? Kalau Islam yang diperjuangkan menjadi taruhan, kenapa kita tidak sahut cabaran?
Saya mengambil sikap mendiamkan diri. Setuju tidak, sanggah pun tidak. Cuma ada beberapa sudut penting yang perlu diperhatikan sehalus-halusnya.
Saya melihat muzakarah penting. Sebagai usaha dakwah kita perlu terjun ke medan dan lapangan. Kebetulan mad'u kita hari ini ialah pemimpin UMNO. Saya bersetuju bermuzakarah. Tetapi biarlah dalam keadaan yang jelas hala tuju dan
tahu matlamatnya. Dalam hal ini, biarkan semua rakyat melihat persembahan muzakarah ini, seperti mana debat Anwar-Shabery Cheek kelmarin.
Supaya pendokong PAS serta rakyat tidak canggung dan curiga agenda pertemuan ini, ia perlu dihebahkan. Inipun sekiranya pimpinan ikhlas mahu bermuzakarah.
Adapun, kalau tujuannya untuk bergabung atau untuk bekerjasama dengan menarik diri dari Pakatan rakyat, saya sangat menentang. Saya utarakan beberapa isu untuk dinilai.
1. Melihat kepada sudut masa. Soalnya, kenapa sekarang UMNO terhegeh-hegeh dengan PAS? 50 tahun mereka mendera PAS, kenapa sekarang, dalam keadaan nazak, mereka mencari bantuan hayat kepada PAS? Bukankah ini menunjukkan UMNO ada sesuatu yang mereka terdesak untuk dipertahankan.
2. UMNO sanggup mempertaruhkan Islam. Baik. Syariat Islam diberikan kepada PAS untuk dilaksanakan kiranya PAS bersama BN. saya melihat tanpa perlu bergabung pun, kalau jelas UMNO ikhlas hendakkan Islam, apa perlu mereka mencari PAS? laksanakan sekarang, dan kami bersedia menjadi mata dan telinga rakyat.
3. Sesetengah yang frust dengan Pakatan Rakyat dan memilih jalan bersama UMNO. Soalnya, baikkah UMNO berbanding dengan Pakatan? Apa sejarahnya UMNO sangat baik dan taat terhadap ISlam? Kalau hari ini juak-juak UMNO nak adakan konsert dan kita telah ditakdirkan bersama UMNO, mampukah kita mencegahnya? Dalam isu konsert Protes pun kita tak tertangan, manakan mampu menangani isu Jom Heboh yang menjadi budaya UMNO? Jangan lupa pulak, UMNO ada sekutunya. MIC, MCA, Gerakan, PPP, SAPP dan berbelas lagi yang menunjanginya. Apa besa MCA, Gerakan dan DAP? Hendak ke mereka terima negara ISlam? MIC lebih baik ke dari PKR. Siapa jamin.
4. Beranikah kita mencegah kemungkaran di dalam UMNO kiranya PAS bergabung dengan UMNO. Di hadapan kita Perdana Menteri, sebelahnya Timbalan Perdana Menteri, kiri dan kanan gerombolan UMNO yang ada track record rasuah, jenayah, kaki betina, kaki botol, pembunuh, dan lain-lain. Ada berani nak bawa kes rasuah Pak lah ke BPR? sanggup heret Najib ke mahkamah kes kapal selam dan Altantuya? Mampu nak bersuara menutup mulut Khairi dan geng budak nakalnya? berani bongkar kes rasuah menteri-menteri UMNO BN yang berbakul-bakul itu?
5. Paling tidak pun, Pakatan Rakyat berjuang untuk negara yang bebas dari rasuah, telus, dan berkebajikan, Bukankah itu fasa di dalam siasah Syar'iah? Dalam hal ini kita perlu berlaku jujur bahawa kemenangan PAS juga dibantu oleh undi bukan Islam. Dan lagi, PAS tiada apa pun di Perak dan Selangot. Hanya enam kerusi untuk jadi MB. kita perlu renung kelemahan diri kita sebelum melihat keluar. Kalau benar nak laksanakan Siyasah Syariyah (menurut tafsiran sesetengah orang-hudud) buktikan kita mampu menang dengan majoriti besar seumpama di Kedah dan Kelantan. Lagipun usia kerajaan Pakatan Rakyat belum sampai 1 tahun. Berilah masa sedikit. Tidak adil terus berhukum segala kelemahan ini hanya dengan menilai 3-4 bulan pemerintahan.
6. Hakikat jangan dinafikan, UMNO lebih tegar dari segalanya. Kerana politik mereka sanggup membunuh. Political assasination dan political animal adalah sinonim dengan budaya mereka. PAS pernah ditendang keluar dengan begitu hina pada tahun 1978. Tidak mustahil kala mendapat mandat besar dalam PRU 13, mereka sinis kepada PAS.
7. Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim (dituduh liwat dan ditangkap sedemikian rupa) memungkin pimpinan PAS wajar renung semasak-masaknya. Idea bergabung dengan UMNO adalah idea singkat ke Putrajaya dengan mudah, tetapi penuh dengan ranjau dengan perangkap. sahabat ditangkap dan dihadapkan sedemikian rupa, adakah seorang sahabat sanggup meninaggalkannya dan mencari musuh sahabat kita sebagai teman baru?? fikirkanlah.
8. Akhir sekali, saya melihat kocakan di bawah lebih besar andai tidak ditangani dengan segera. Kalau betul bergaung dengan UMNO, separuh ahli parti akan lari, manakala 50% pengundi bukan Islam hilang, selebihnya 50% pengundi PAS beralih arah. Tika itu, kita kembali merudum, dan siapa kita untuk UMNO pertahankan. Agreement, perjanjian, akujanji... Apa peduli mereka pada PAS.
Betapa ramai ahli PAS yang sayangkan partinya dan pimpinannya. Mereka sanggup bergolok gadai demi mempertahankan Islam. Sekerat jalan, kita beralih arah, dan memungkiri persahabatn ini (Pakatan Rakyat). Kitalah yang dilihat sebagai petualang yang tidak berprinsip, manakala sejarah mengenang PAS sebagai parti yang tidak pernah setia dalam persahabatan! Hargailah pandangan di bawah, kerana mereka juga ada nilai berjihad di jalan Allah!
No comments:
Post a Comment