Tuesday, July 8, 2008

KHAIRY JAMALUDDIN INSAN SOMBONG ELIT ZAMAN MODEN

Setiap zaman ada tokohnya. Di dalam Al Qur'an, Allah merakamkan cerita beserta tokohnya. Bukan apa, untuk dijadikan teladan. Nabi Musa contoh insan terpilih yang cekal dakwah menyelamatkan akidah umatnya. Lawannya Firaun sang penguasa yang bongkak haloba. Akahirnya mati dalam keadaan hina.

Pembantunya si wazir Haman. Mewarisi setiap zaman Menteri penasihat 25% yang keji. Mulanya Firaun cuba bertaubat, tetapi dipujuk rayu oleh penasihat ini, Firaun kekal dalam kekafiran.

Nabi Ibrahim muncul sebagai bapa para Nabi. dari zuriatnya lahir Nabi Muhammad saw. Baginda bertentang mata dengan penguasa bernama Namrud, Dirakamkan kisah kedua tokoh ini sebagai teladan buat kita.

Tidak kurang tokoh wanita Mariam. Seorang yang suci, beliaulah ibu kepada Nabi Isa as. Sepertinya, nama-nama besar disetiap zaman seperti Khadijah ra, Aisyah ra, Ummu Salamah ra dan lain-lain lagi.

Semuanya ada cerita dalam setiap zaman mereka. Ketua Pemuda syurga dianugerahkan buat Hassan dan Hussin, cucu Nabi saw. Ketua wanita Syurga milik Fatimah, anak Nabi Muhammad saw.

Kemudian lahir pula pemuda-pemuda yang harum namanya di sebut zaman berzaman- Salahuddin Al Ayyubi, Sultan Muhammad Al Fatih, Ulama' besar Imam Syafie, Imam Hambali dan lain-lainnya.

Tidak kurang nama yang dibenci ibu bapa menamakan anak-anak mereka. Contohnya - Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi, seorang yang kejam dan zalim terhadap rakyatnya. Mustafa Kamal At tartuk, pemusnah tamadun Islam era moden dan mendirikan negara sekularisme. begitulah silih berganti. Yang pasti, setiap ketika ada wajah yang mencorakkan dunia, sama ada berwarna putih kebaikan atau hitam kejahatan.

Kini muncul seorang pemuda yang bercita-cita besar. Wawasan politiknya jauh, menjadi Perdana Menteri semuda 40 tahun. Menggunakan batu loncatan menggunakan tiket mertuanya, kini beliau meniti setangga demi setangga menuju puncak. Siapa berani larang, siapa berani halang. Budaya UMNO- halang kita cantas. Budaya UMNO mengajar bukan apa kita nak makan lepas ini, tetapi siapa kita nak telan selepas ini.

Melihat gelagatnya di Parlimen, sidang media, ucapan-ucapan beliau di mana-mana majlis menimbulkan kebencian yang meluap-luap. Gaya intonasi yang sombong. Mengaku bijak dalam semua bidang. Menggunakan pengaruh mertuanya mendapatkan kuasa dan pengaruh. Lebih dari itu, beliau seorag yang biasa. Tiada istimewa apa-apa pun. Karisma, dimana letaknya pada seorang ini?

Selamba mengkritik siapa sahaja- tidak kira usia, pangkat dan kedudukan. Macam beliau ni serba boleh. Walhal dijadikan boleh. Pada saya, kalau saya dilimpahi nikmat sedemikian, cara yang sama saya boleh naiki takhta. Apa bezanya?

Inilah insan sombong elit zaman moden. Khairi Jamaluddin di kelas atasan, belum pernah merasa hidup susah. Orang begini, ujiannya mudah. Susahkan dia. Kemudian lihatlah bagaimana beliau menjadi cacing kepanasan...

Saya membayangkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan. Tulah utama kena pada Khairi Jamaluddin. Kemudian mari kita saksikan beliau berdikit-dikit dalam kemelut rakyat Malaysia sama sepetrinya berikhtiar hidup. Kala itu, agak-agaknya... macamana keadaan dia ni ye?

No comments: