Saturday, August 29, 2009
DEMO KEPALA LEMBU: SAH, PERANGAI MACAM LEMBU!
Gempar semalam sekumpulan kecil kira-kira 50 orang berarak ke bangunan SUK dengan membawa kepala lembu. Kononnya mereka adalah penduduk seksyen 23 yang berang dengan tindakan mahu membina kuil di tempat mereka.
Bagi saya, itulah yang dinamakan kejahilan. Kalau itu puak-puak yang ditaja oleh UMNO, memanglah perangai mereka persis seperti lembu. Tidak ada hujung pangkal, tiba-tiba membantah. Berarak membawa kepala lembu. Sedangkan tahu atau tidak mereka ini isu sebenar. Benarkah kuil akan dibina di penempatan mereka?
Menghina agama lain adalah bercanggah dengan agama Islam. marah macamana sekalipun, jangan memperleceh agama dan anutan lain. Walaupun kita tahu, Islam adalah tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya, tetapi Rasulullah saw melarang keras umat Islam menghina agama lain. Tidak boleh dipecahkan rumah ibadat mereka, tidak boleh membunuh sami dan paderi mereka. Ini ajaran Rasulullah saw. Kaum Hindu ada hak untuk membina rumah ibadat mereka, dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kalau ini tindakan desperate untuk rampas kuasa di Selangor, maka tindakan ini memperlihatkan kegelojohan dan kebodohan mereka. Rakyat takkan terkesima untuk turut serta dengan tindakan mereka. Dan kalau ini mengndang kemarahan kaum lain, sehingga mencetuskan pergaduhan, maka yang perlu disalahkan ialah mereka inilah!
Yang peliknya, kalau Pakatan Rakyat mengadakan himpunan, walau sekecil manapun, penuh pihak Polis, FRU, SB dan lain-lain pegawai keselamatan merempuh dan menangkap peserta himpunan. Dalam kes himpunan semalam, walaupun ianya sangat merbahaya yang boleh mencetuskan pergaduhan kaum, polis, FRU dan lain-lain tidak mengambil tindakan langsung. Bahkan tidak langsung terlihat kelibat mereka. Nampak sangat ia macam di taja oleh UMNO.
Oleh itu kesimpulan yang boleh dibuat, kalau nak tahu demonstrasi itu ditaja oleh UMNO atau tidak, lihatlah pada tindakan pihak polis. Kalau tidak bertindak apa-apa, atau kalau polis tidak kelihatan seperti semalam, maknanya itulah demonstrasi tajaan UMNO. Saya bukan tuduh, tetapi agak sahaja daripada pengalaman selama ini! Alangkah amannya kalau demonstrasi itu dianjurkan oleh UMNO, tanpa tindakan polis. Agak-agak apa respons pihak polis dari insiden ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment