Friday, August 21, 2009

SUATU PENDEDAHAN YANG MENGGEMPARKAN SPRM!

Menggemparkan. Begitulah pendedahan sekelompok petugas SPRM mengenai pembabitan bos mereka dalam rasuah dan mungkin kes pembunuhan Teoh Beng Hock.

Sepatutnya ia menjadi tajuk headline mana-mana akhbar rasmi negara hari ini. Sama ada Pegawai tinggi tersebut disiasat, ataupun Raja Petra Kamaruddin yang memuat turun surat tersebut perlu disoal siasat, ataupun pegawai-pegawai SPRM perlu disiasat.

Patutlah segala macam rasuah yang membabitkanpemimpin UMNO disenyapkan, atau tidak diambil tindakan. Sebaliknya apabila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, secara cepat dan melulu mereka bertindak.

Dengan pendedahan ini, maka hilanglah sudah integriti SPRM. Tidak ada maknanya lagi SPRM sebagai sebuah pasukan penguatkuasa yang berkuasa membanteras rasuah. Kita mungkin tidak dapat lupakan bagaimana Ketua Pengarah BPR (sebelum menjadi SPRM) yang dikaitkan dengan rasuah. Akibatnya beliau terpaksa pencen awal. Kini ia menjadi lagi, dan membabitkan pegawai tinggi SPRM. Apa lagi yang kita boleh harapkan dari agensi membanteras rasuah, kalau pemimpin SPRM sendiri terlibat dengan rasuah?

Kerajaan UMNO, kalau betul dengan slogannya Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan - wajar menyiasat perkara ini dengan telus. Ambil tindakan tegas dengan menggantung tugas pegawai SPRM terbabit. Heretnya ke mahkamah sekiranya perlu. Kita tidak mahu ada anasir yang memburukkan negara atau 'pengkhianat' berada dalam agensi kerajaan sekarang.




No comments: