Di Indonesia Pengebom Bali telah dilaksanakan hukuman mati. Keadilan barangkali telah tertegak. Seramai 202 orang yang mati dalam kejadian tahun 2002 memang tidak boleh dimaafkan. Maka berlakulah penghukuman tersebut.
Di Malaysia, pengebom seorang wanita Mongolia masih belum dilaksana. Berbanding, 202 orang, nilai seorang yang mati tidaklah semahal mana. Kesnya masih berjalan dan khalayak berharap keadilan dapat ditegakkan.
Bezanya, pengebom Bali bersama perancang atau pengarah telah menjalani hukuman. Di Malaysia, dua orang pengebom dipanggil bela diri dan seorang yang mengarahkan bunuh bebas berleluasa. Inikah keadilan? Jawapannya inilah keadilan ala Malaysia.
Mungkin ramai yang mahu bertanya. Budak sekolah pun boleh menjawab rasanya. Dua orang UTK dituduh membunuh. Kerja mereka saban hari adalah menjaga pemimpin negara. Mereka pula adalah polis. Apakah bodohnya dua orang polis menjaga orang kenamaan melakukan kerja membunuh?
Soalan kedua. Apa kaitan Altantuya dengan mereka? Apa kepentingan Altantuya dengan mereka? Kalau betul Altantuya mengacau majikan mereka, kerja mudah mereka ialah menghalang dan menghalaunya. Kenapa mereka sampai membunuh? Bukankah kerja membunuh itu seolah-olah mahu menghapuskan kesan dan bukti supaya dia (Altantuya) tidak datang lagi menganggu hidup majikan mereka?
Soalan ketiga. Siapa yang arahkan bunuh? Kalau bukan Razak Baginda, siapakah orang itu? Mustahil pegawai polis dengan senang membunuh seseorang, yang orang itu pula ada kaitan dengan orang kenamaan? Mesti ada arahan tertentu. Seorang komando akan sanggup melakukan apa sahaja , kalau arahan itu dari orang atasnya. Takkanlah pula kerja UTK ini ambil risiko membunuh tanpa sebab dan arahan. Kalau begitu, kenapa mangsanya Altantuya dan bukan orang lain?
Saya rasa semua rakyat Malaysia akan bertanya soalan ini dan ramai yang tahu apakah jawapan disebalik episod ini. Sama-sama kita tunggu siapa pula menjadi kambing hitam ketiga dan siapa pula yang bebas terlepas.
No comments:
Post a Comment