Razak Baginda telah bebas dari sebarang pertuduhan, tanpa membela diri. Beliau yang dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya selamat dari sebarang penghakiman, namun kedua-dua 'kulup' yang dituduh membunuh di arah membela diri.
Mahkamah telah membuat keputusannya. Keadilan dikatakan telah ditegakkan. Razak Baginda bebas kerana tiada bukti pembabitan beliau dalam pembunuhan tersebut. Walaupun seluruh rakyat Malaysia mempersoalkan siapakah dalang yang bermain wayang disebalik pembunuhan tersebut. Hingga kini tidak ketemui sutradara sebenar tragedi pembunuhan Altantuya.
Yang lebih tragis, apabila sang pendakwa raya yang berlagak seakan bebas dan jujur, juga telah masuk ke kandang pihak pembela. Suspek yang diragui dilepaskan oleh mahkamah dalam keadaan kontroversi, kemudiannya dilepaskan tanpa rayuan untuk merujuk kembali kes tersebut. Bukankah aneh? Biasanya dan lazimnya, dalam kes-kes berat seperti ini, pendakwa raya seakan tidak mahu melepaskan tertuduh. Paling tidak kalau terlepas dari hukuman mandatori, pasti dijerat dengan pelbagai penghukuman lain. Sepatutnya jadi begitu. Ini kes bunuh. Kes seberat ini tidak patut dijadikan 'mainan politik' pihak tertentu. Biarkanlah ia berpijak di bumi kebenaran.
Altantuya dibunuh, dan mayatnya dibiarkan bersepai tanpa pembelaan. Bapa dan keluarganya telah hilang airmata untuk ditangisi. Rohnya tiada mampu berbicara kerana dipisahkan dengan dua alam yang berbeza. Siapa pula yang akan membela kematian Altantuya? Kenapa sebegitu undang-undang dan penghakiman di Malaysia?
Mungkin lepas ini ramai lagi pembunuh bersiri yang terlepas dari penghukuman, asal saja ia berprofil tinggi. Dan hakim-hakim serta peguam bela, pendakwa raya atau sesiapa saja yang ada kaitan dengan mahkamah bebas menjadikan kamar mahkamah tempat bermain sandiwara politik kelas atasan. Biarkanlah, inilah keadilan Malaysia.
No comments:
Post a Comment