Tuesday, January 27, 2009

BANDINGAN MAJLIS PERKAHWINAN GADIS PALESTIN DENGAN MASYARAKAT MALAYSIA.

Sengaja saya memilih mengambil posting dari Tranungkite berkaitan dengan perkahwinan seorang gadis Palestin. Sungguh simple, bersahaja, dan biasa-biasa saja. Tiada majlis resepsi seperti artis-artis kita. Mungkin faktor peperangan di Gaza sebagai alasan kita, tetapi pasangan ini memilih bersederhana kerana mahukan keberkatan hasil dari perkahwinan. Alangkah baiknya kalau gadis-gadis Malaysia memilih cara hidup seperti ini. Pasangan pengantin Palestin ini bukannya orang biasa, tetapi orang kenamaan. Keluarga terhormat dari gerakan Hamas. Sudah tentu 'barokah' dan menghayati pengertian jihad sudah menjiwai masyarakat di bumi jihad itu. Lebih dari itu gadis ini bercita-cita melahirkan anak-anak pejuang yang mati syahid suatu hari nanti. Beliau juga berharap suatu masa akan syahid di bumi Israel (dengan membunuh tentera Israel. Alangkah beruntungnya suami yang mendapat isteri memahami persoalan jihad seperti ini.

Bandingkan dengan kita. Cuba lihat majlis keraian masyarakat kita. Saya cukup mual bila melihat suatu majlis perkahwinan yang gilang gemilang baru-baru ini. Ini rupanya menjadi trend artis dan selebriti terkenal. Berfoya dan bermewah-mewah yang melampau. Apa kesannya? Beberapa tahun kemudian tersiar artis-artis bercerai, rumahtangga porak peranda. Bukan setakat artis, lihat pula orang-orang kenamaan kita. Dimanakah majlis keraian mereka? Di hotel-hotel terkemuka, restoran taraf lima bintang, di banglo-banglo mewah. Berapakah belanja majlis mereka? Puluhan ribu ringgit hangus hanya untuk merayakan suatu hari bersejarah dalam hidup mereka.

Saya kesal juga melihat tren ini turun ke kampung-kampung. Orang kampung tak kurang rangginya. Majlis besar-besaran dengan kugirannya, joget lambaknya, karaokenya, resepsi tiga hari tiga malamnya, persalinan mewahnya dan macam-macam lagi yang pernah saya lihat.

Kemudian kita tanya pula, apakah hasrat pengantin? Nak lahirkan anak-anak yang hebat, yang popular, yang terkenal, menjadi pujaan ramai. Maklumlah mak bapak artis. Belum pernah saya dengar di Malaysia, ada orang kenamaan, artis atau selebriti yang bercita-cita nak lahirkan anak-anak yang berjihad di jalan Allah yang kemudiannya mati syahid di jalan Allah. Mungkin suasana kita yang aman menyebabkan kita juga turut terkesima dengan keseronakan dunia. Yang saya dengar pasangan yang nak lahirkan mujahid Islam ialah orang-orang yang ditarbiyyah secara haraki, ada usrahnya, ada program tapisan yang diikutnya. Alhamdulillah.

Semoga masyarakat kita sedar dan ada sedikit roh jihad dalam jiwa kita supaya kita tidak dihinggapi penyakit wahan - iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Sekian adanya..



Dipetik dari Tranungkite (posting Selasa, 27 Januari 2009).



Kahwin utk lahirkan pejuang Palestin

Aida al-Qaddumi, 22 tahun, anak Palestin berkahwin minggu ini selepas beberapa minggu Gaza diserang tentera Yahudi. Tiada keraian, tiada majlis resepsi, tiada tajaan astro untuk perkahwinannya.

"Saya kehilangan abang dan beberapa sepupu. Kebanyakan keluarga kehilangan anak," Katanya.

Perkahwinan beliau adalah semata-mata untuk menambahkan bilangan 'pejuang' dan hanya mahukan beliau mati sebagai seorang 'syahid' di Israel.

Tiga minggu serangan maut Israel terhadap Semenanjung Gaza memaksa perkahwinan beliau yang sepatutnya berlangsung 7 Januari lalu ditangguhkan, tetapi tidak sedikitpun mengubah keinginan itu. Pengantin perempuan itu, sebaliknya tetap ke sebuah salun kecantikan di daerah tengah bandar, Rimal untuk dandanan rambut dan solekan sempena hari bersejarahnya Khamis lalu.

Manakala, pengantin lelaki, Fadel al-Ghul, yang juga adik Menteri Kehakiman Hamas menjemput beliau beberapa jam selepas itu.

Kedua mereka bersetuju sebagai menghormati kematian lebih 1,300 penduduk Palestin di Gaza untuk tidak mengadakan sebarang acara keraian mengikut tradisi mereka sempena perkahwinan kedua pasangan itu.


Selain angka kematian yang dahsyat itu, dewan perkahwinan yang sepatutnya disewa untuk majlis keraian pula musnah akibat bedilan bom Israel.

Di salun, Aida ditemani rakannya yang bertudung litup dari kepada hingga hujung kaki yang hanya duduk di satu sudut. Pengantin perempuan mengenakan gaun labuh dihiasi labuci perak dengan wajahnya ditutup.

Dengan suara perlahan, Aida menyatakan rasa gembira untuk berkahwin, tetapi sedih dengan kehancuran dan kematian yang berlaku.

Kuarters Shujaiya yang menjadi tempat tinggal beliau adalah kubu kuat Hamas yang menjadi sasaran utama serangan tentera Israel. Berpuluh-puluh penduduk kebanyakannya adalah orang awam terbunuh, manakala puluhan rumah musnah.

Mengikut adat tempatan, pasangan baru itu akan tinggal di rumah keluarga suami di daerah Nasser.

"Ketika serangan, beberapa bangunan di sekeliling kami dibom. Syukur kepada Tuhan, rumah kami tidak kena bom. Kami tinggal dalam ketakutan setiap hari," kata Aida.

Ketika ditanya impian kehidupan beliau, Aida hanya berkata: "Kehidupan saya di tangan Tuhan." Bagaimanapun setiap kali menyebut Israel, wanita itu meninggikan suaranya.

"Mereka adalah pembohong. Tiada senjata di masjid atau sekolah, tetapi mereka masih mengebom di sana. Mereka membunuh kanak-kanak. Seluruh dunia melihat gambar, tetapi langsung tidak berbuat apa-apa," katanya.

Israel mendakwa, pejuang Hamas bersembunyi di kalangan penduduk awam untuk melancarkan roket dan menyimpan senjata di masjid.

Aida berkata, anak beliau akan dibesarkan untuk menghormati Islam dan diajar dengan cara berkenaan supaya dapat memasuki syurga dengan mudah.

"Saya mahukan anak saya menjadi pejuang di jalan Allah. Jika saya diberi peluang, saya akan mati ketika satu operasi di Israel," katanya.

Fadel, 35, tiba tidak lama selepas itu memakai sepasang sut gelap. Beliau bekerja selama beberapa tahun dengan sebuah pertubuhan kebajikan utama yang ditubuhkan oleh pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin pada 1970-an.

Menentang Israel adalah satu tugas, kata Fadel. "Kami tinggal di tanah kami, tanah yang dipenuhi pejuang. Mereka mahu membunuh kami tetapi kami akan bunuh mereka terlebih dulu.

"Ketika operasi mereka akan memusnahkan bangunan, masjid dan rumah tetapi mereka tidak akan dapat memusnahkan kumpulan yang membawa penentangan.

No comments: