Bekas Perdana Menteri Malaysia mencipta satu lagi kejutan. Kali ini benar-benar menggemparkan UMNO-BN. Beliau menggambarkan calon BN-UMNO di Kuala Terengganu sebagai calon yang buruk. Nampaknya berhempas pulaslah media BN untuk menangkis tohmahan bekas ketua mereka. Apa pula strategi mereka bagi menafikan kata-kata bekas bos mereka.
Saya terfikir kadang-kadang mudah bagi Allah swt untuk memberikan kemenangan bagi Islam. Tidak perlu Allah swt menghantar tentera Ababil (burung yang menghancurkan tentera Abrahah), tidak perlu menghantar wabak penyakit seperti di zaman Nabi Musa a.s., apatah lagi menghantar para Malaikat (seperti berlaku dalam Perang Badar), tetapi cukup Allah swt melepaskan pimpinan mereka sendiri 'berbolok' dan berbalah sesama mereka. Mereka berbalah dan bergaduh yang akhirnya memudahkan perjuangan Islam.
Pengakuan Tun Dr Mahathir ini wajar dijadikan point untuk menghala serangan kepada BN. Kalau dalam PRU ke 12 tempohari, Pakatan Rakyat mendapat 'boost' dengan iu pengakuan Tun Dr Mahathir yang mengaku menzalimi Anwar Ibrahim tanpa sebab, kali mungkin boleh di VCD kan dan ditayangkan buat tontonan khalayak khususnya pengundi BN dan atas pagar. Entahlah, mungkin strategi ini berkesan. Semuanya bergantung kepada kebijakan strategi 'think tank' jentera PRK Kuala Terengganu.
Sumber dari Tranungkite.
"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai “benar-benar pilihan yang sangat buruk”.“Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya,” kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini.
“Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri,” Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.
Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.
Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.
PAS mencalonkan Mohd Abdul Wahid Endut, pilihan yang disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak
No comments:
Post a Comment