Jumaat 9 Januari 2009, Kota Metropolita Kuala Lumpur digempur oleh kelompok demonstran. Sekurang-kurangnya 3 kedudukan strategik di pusat bandar di tawan sekelompok demonstran. Semuanya mensasarkan pada satu sahaja musuh, Israel.
Di Masjid Tabung Haji dan Kdutaan Amerika, PAS dan beberapa NGO seperti JIM dan lain-lainnya menaan jalan raya utama. Yang saya pasti posisi ini paling ramai sertai. Hampir 10,000 (barangkali) bangkit meluap-luap membenci Israel. Apalagi yang boleh dilakukan oleh rakyat selain demonstrasi? Di Masjid Negara, UMNO dipelopori Dr Ma'amor Osman, Tun Dr Mahathir, dan Dato' Mukhriz Mahathir juga menganjurkan protes yang sama. Di Masjid Kampung Baru, sekelumit rasa oleh UMNO Bahagian Titiwangsa menghimpunkan sejumlah kecil penunjuk rasa. Biarlah, semuanya bebas meluahkan perasaan.
Bagi kami PAS, ini adalah sejumlah ratusan demonstrasi yang dianjurkan. Ratusan memorandum juga dihantar dan entah apa-apa lagi sebagai mesej perpaduan dan benci kezaliman. Cukupkah sekadar itu? Bagi rakyat yang tiada apa-apa kuasa, inilah kemampuan kita. Tetapi bagi penguasa, mereka memegang saham besar di atas setiap titisan darah rakyat Palestin. Semoga isu Palestin mampu membuka mata hati kita semua tentang persoalan jihad dan perjuangan mendaulatkan Islam..
No comments:
Post a Comment