Thursday, January 22, 2009
BUSH PRESIDEN KULIT PUTIH PALING HITAM DALAM SEJARAH AMERIKA
Akhirnya 'Presiden Perang' itu pencen jua. Beliau meinggalkan seribu luka yang ditanggung Presiden sekarang, Obama.
Era rejim Bush adalah era malang bagi sejarah Amerika Syarikat. Di awal pemerintahannya, titik hitam rakyat Amerika sudah tertanda. Bangunan yang menjadi mercu tanda Amerika Syarikat, World Trade Center habis ranap runtuh menjadi nisan. Siapa percaya Al Qaeda menjadi dalang utama seperti dakwa Bush? Akhirnya terbongkar sebuah penipuan, komplot WTC hasil buah tangan orang dalam Pentagon dan kakitangan Bush sendiri (dari kalangan Zionis Israel). Rakyat Amerika Syarikat menjadi mangsa kekejaman perancang-perancang licik Bush.
Selain kegagalannya membangunkan ekonomi Amerika, Bush gagal menangani mangsa ribut Katrina. Dikatakan beribu juta dollar Amerika Syarikat habis namun masih gagal membangunkan semula kawasan berlaku bencana. Di akhir legasinya, krisis ekonomi yang menelan syarikat gergasi dalam sekelip mata. 70 Billion dollar masih belum mampu merancang sekonomi Amerika Syarikat yang merudum jatuh. Kini kesan kegawatan ekonomi terus dirasai di dunia ketiga. Syarikat bagak dan gergasi semakin mengecil dan longlai. Jutaan warga hilang pekerjaan. Inilah penangan Bush di penghujung senja.
Bush mahu dikenali dengan Presiden Perang. Era pemerintahan buruknya, 2 negara Islam telah dijajah. Bermula dengan Afghanistan, dengan alasan memerangi al Qaeda dan Usamah bin Laden. Sehingga kini Al Qaeda gagal ditawan dan bayang Usamah gagal dijejak. Bumi Afghanistan habis ditarah umpama padang jarak padang tekukur.
Kemudian dengan kerakusannya, beliau menyerang Iraq pula. Alasan bodoh Bush adalah untuk menghapuskan senjata pemusnah yang didakwa dimiliki Saddam Hussein. Akhirnya Saddam Hussein ke tali gantung dan ribuan warga sivil (awam) menjadi korban penjajah Amerika. Inilah catatan hitam bagi Bush.
Beliau sekali lagi mengundang kontroversi dengan memberikan veto terhadap mana-mana resolusi PBB berhubung serangan Israel ke atas negara umat Islam. Di Lebanon, Israel memerangi Hizbollah dan orang awam menjadi mangsanya. Bush mengambil sikap memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap Israel. Kini Gaza, dengan sikap yang sama Bush seakan menjadi bapa angkat kepada Israel. Apa sahaja tindakan ganas Israel, direstuinya, meski dunia membenci.
Di akhir usianya sebagai Presiden, catatan hitam Bush diserikan dengan insiden baling kasut oleh wartawan Iraq. Insiden itu menjadi semakin popular, dan para demonstran yang menyertai mana-mana perhimpunan tidak akan melupakan 'kasut di muka Bush' sebagai penyeri demonstrasi. Begitulah hinanya seorang Presiden yang digeruni oleh seluruh dunia. Dihinakan dengan balingan kasut seorang wartawan.
Bush mengambil sikap meluaskan lagi musuh persengketaannya. Cuba, Venezuela, Iran, Korea Utara dan banyak negara lagi mengambil sikap dingin membeku terhadap Bush. Hanya negara pengampu sahaja yang mahu berbaik dengan Amerika Syarikat kala ini. Harapnya, Obama mampu mengubah senario ini dan bersahabat dengan banyak negara.
Kini Bush telah pergi meninggalkan sejuta memoir hitam untuk dilupakan. Bush akan dikenang sebagai musuh Islam nombor wahid dan sejarah beliau ditulis orang sejahat dan sezalim dengan Firaun, Haman, Namrud, Raja Abrahah, Abu Jahal, Abu Lahab, Adolf Hitler dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment