Sunday, January 4, 2009

DEBARAN PRK KUALA TERENGGANU SEMAKIN DIRASAI!

Telah terputuslah sudah calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu. Dikatakan YB Abdul Wahid Endut bukanlah pilihan utama PAS. Tetapi itulah ketentuan Allah yang mengatasi segalanya. Setelah berpulas mesyuarat diadakan akhirnya PAS telah memutuskan Abdul Wahid Endut dipilih bagi berdepan dengan Wan Ahmad Farid.

Atas kertas segalanya boleh terjadi. Boleh jadi menang atau sebaliknya. Semuanya atas iltizam petugas-petugas parti yang ikhlas dan tidak kenal jemu. Apapun keputusannya, sebagai ahli parti kita menyambut keputusan Presiden PAS dengan berlapang dada. Yang penting adalah gerak kerja kita semua perlulah fokus, ikhlas, bersungguh-sungguh, dan berkorban apa sahaja. Inilah jihad awla sebagai pendahuluan bagi mendirikan Islam.

Puak UMNO pula akan menyerang dan menghentam sehabis daya. Tidak cukup media, digunakan jentera kerajaan tanpa rasa berdosa. Pelbagai isu dari pembangunan kepada hudud digunakan. Buatlah apa pun PAS akan tetap berdiri teguh tanpa undur.

Kini debarannya semakin dirasakan. tarikh keramat 6 Januari 2009 adalah langkah awal penentuan jatuh tersungkur atau bangkit PAS dalam PRK ini. Buat semua petugas dan pencinta kebenaran, doakan kejayaan PAS di Kuala Terengganu..

No comments: