Alhamdulillah, terlerai sudah semua kekusutan selama ini dan terjawablah seribu persoalan. Kini keyakinan rakyat kemampuan PAS menarik minat anak muda serta membawa gelombang kebangkitan tsunami hasil dari PRu ke 12 terhadap perjuangan Parti Islam tertua di Malaysia ini terjawab sudah. Tepat jam 9.0 malam Sabtu 18 Januari 2009 keputusan tidak rasmi diperolehi menunjukkan kemenangan berpihak kepada PAS melalui calonnya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
Memang kemenangan awal sudah dijangkakan. Melihat kepada kekuatan jentera UMNO berkempen serta sambutan pengundi terhadap program-program PAS, sudah ada agakan awal PAS memenangi pertarungan ini. Cuma dibimbangi campurtangan pengundi hantu yang dijelmakan melalui pasukan polis yang didatangkan secara sah dengan tiba-tiba. Syukur, semua perencanaan itu tidak terlaksana. Dan lagi, gelombang kedua yang dibawa oleh pengundi luar yang balik ke lubuk masing-masing memberi kemenangan berlipat gali ganda.
Majoriti 2673 bukan suatu angka yang kecil bagi sesebuah pilihanraya kecil. Terlebih lagi calonnya adalah PAS. Bagi PAS sejak bertahun menyertai pilihanraya, kalah adalah perkara biasa dan menang sesuatu yang luar biasa. Namun dengan berkat kesungguhan jentera yang datang dari segenap pelusuk negara, bekerja tanpa meminta upah, komitmen tinggi, iltizam, ikhlas yang disinomimkan dengan ungkapan jihad 'beramal kerana Allah' adalah senjata utama kekuatan jentera PAS. Memang dari tinjauan saya ke beberapa pos seluruh parlimen Kuala Terengganu, petuga PAS bekerja dari subuh hingga lewat dinihari brgantian tanpa merungut. Semua kawasan dan negeri berkubu dan bekerja mengikut arahan. Sementara lawatan ke pos UMNO kebenyakannya malap dan suram. Ramai petugas yang duduk melepak dari bekerja. Dan bekerja menanti upah yang turun dari poket pemimpin-pemimpin mereka.
Usai keputusan, saya dan teman-teman pimpinan mengarak meraikan kemenangan di pusat bandar. Ternyata apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan. Yang mengarak panji dan bendera PAS sambil melaungkan takbir keliling bandaraya adalah anak-anak muda. Bermotosikal, berkonvoi tanpa rasa malu untuk mengucapkan takbir dan menyokong PAS. Fenomena yang mengharukan. Saya membayangkan pada hari ini, 50 tahun yang lepas bagaimana sakitnya sebuah perjuangan menegakkan Islam melalui liku-liku dan denai yang sangat mencabar. Hari itu, yang menyokong PAS adalah para alim ulama', dan beberapa kerat golongan yang 'mengaji' sahaja. Nak harapkan anak muda, mereka segan dan benci kepada kelahiran PAS.
Pada hari ini pemuda dan remaja tanpa segan silu mengaku menyokong PAS. Dimana-mana sama ada pemuda, perempuan yang bertudung dan tidak bertudung, lepasan universiti atau kaki lepak di tepi jalan, mahupun kepada bangsa Cina dan India yang berterang-terangan menyokong PAS.
hari ini saya berbangga menjadi sebahagian anak muda yang menyokong Parti Islam SeMalaysia. Biarlah sejarah memahat nama PAS sebagai parti Islam yang menuju ke kemuncak kejayaannya. Dan biarlah rakyat melihat bahawa Islam, walau apapun akan tetap dipelihara oleh Allah swt.
Lebih manis dari kemenangan ini bahawa diberitakan Hamas di Palestin sedang berjuang menuju titik kemenangannya. Kejayaan sudah menjelma tatkala Ehud Olmert mengumumkan gencatan sejata sebelah pihak tanpa persetujuan Hamas. Menandakan Israel telah terdesak untuk tidak menyerang lebih jauh dan ternyata mereka gagal menawan Hamas. 20 hari peperangan ini memakan korban tentera Israel yang agak banyak. Dunia pula sedang menunjukkan kemarahan mereka. Roket Hamas juga tidak mampu untuk ditangkis. Maka Israel diisytihar akan menuju kehancuran.
Apapun, tahniah buat pengundi Kuala Terengganu. Anda layak dinobatkan sebagai wira dalam sebuah pertarungan senget seperti ini. Kepada jentera perbanyakkan rasa syukur atas kejayaan ini, dan buat YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, laksanakan amanah ini sebaiknya. Kini rakyat memberikan harapan buat anda. Juga tahniah buat mujahidin Briged Al Qassam, Jihad Islam dan lain-lain pasukan jihad. Andalah mujahid umat zaman ini. tatkala pemimpin Arab bacul dan ketakutan, anda bangkit menentang sebuah kezaliman tidak peri kemanusiaan!
No comments:
Post a Comment