Wednesday, January 7, 2009

PRK KUALA TERENGGANU: PAS DAPAT KEMENANGAN MORAL PERTAMA, TETAPI JANGAN LUPA DIRI

Semalam saya sempat menghadiri perarakan calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu, Haji Abdul Wahid Endut. Di luar jangkaan apabila beribu bahkan puluhan ribu turut sama berarak mengiringi calon. Paling mengkagumkan apabila Kelab Penyokong PAS dari kaum India dan Tionghua turut sama memeriahkan majlis disamping komponen Pakatan Rakyat turut sama hadir. Paluan alat muzik mereka menyemarakkan keadaan. Saya anggarkan kira-kira 20-40 ribu lautan manusia berkumpul bagi menyatakan sokongan. Jalan menjadi sesak teruk. Bahkan rezeki bagi pengusaha keropok lekor pula dimana-mana perhentian kami mencari makanan istimewa Terengganu ini menemui kehampaan apabila semua kedai telah habis bekalan!

Sementara survey saya di pihak UMNO tidak sampai 10 ribu orang berarak sama mengiringi calon mereka. Nampak agak sedikit kelebihan sebagai kemenangan moral pertama bagi PAS dalam pusingan awal ini. Lepas ini selama 11 hari kedua-dua parti, PAS dan UMNO akan berentap bagi memenangi undi rakyat. Calon Bebas pula bertindak sebagai pengacau dan perosak undi salah satu calon. Takpelah, dah namanya demokrasi.

Tahniah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang sanggup mengambil cuti berkampung di Kuala Terengganu semalam. Namun sebagai ingatan jangan pula kita mendabik dada dan bersikap 'over confidence' kerana umumnya kita tahu UMNO akan menggunakan segenap cara bagi memenangi PRK ini. Ini adalah battle ground sebenar bagi BN. Kalah mereka kali ini, akan menjatuhkan moral penyokong mereka, sementara wibawa Najib sebagai bakal PM akan tercalar. Parti komponennya menunggu masa dan ruang yang sesuai bagi menarik diri dari BN. Kemenangan pula amat berharga bagi meningkatkan imej dan meningkatkan merit mereka.

Sementara PAS pula inilah masa menguji kekuatan sokongan rakyat. Adakah benar kemenangan PRU ke 12 disebabkan oleh faktor Anwar Ibrahim dan PKR atau memang PAS punyai kekuatannya sendiri. Kalah akan menguji kesetiaan ahli dan pimpinannya, menang pula meningkatkan keyakinan terhadap PAS sendiri. Semuanya terletak ditangan pengundi Kuala Terengganu. Dan semuanya bergantung kepada keampuhan jentera masing-masing. Selamat berjuang kepada jentera dan pengundi Kuala Terengganu...

No comments: