Thursday, December 16, 2010

PARLIMEN KANGAROO

Hari ini Parlimen Malaysia mencatat sejarah kerana berlaku kekecohan yang luar biasa antara Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Puncanya kerana ada usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 6 bulan gara-gara isu APCO yang bahaskannya.

Puncanya lagi kerana sikap double standard dan bias luar biasa oleh Speaker yang tidak mahu membuat ruling dan tidak membenarkan DSAI untuk membela diri. Beliau turut menerima untuk menggantung 3 lagi MP Pakatan Rakyat selama 6 bulan. Azmin Ali, Sivarasa Rasiah dan Karpal Singh adalah mereka yang digantung.

Lepas dari itu kecoh semua MP Pakatan rakyat bangun dengan membantah penggantungan ini. Rupanya BN lebih suka seberapa ramai manapun MP Pakatan Rakyat digantung, untuk menghalalkan tindakan mereka. Belum pernah terjadi kecoh sebegini umpama demonstrasi dalam parlimen.

Speaker pun satu.. Walau semua orang tahu dia orang BN, balance kan lah sedikit.. Jangan jadi orang tergelak dan labelkan Parlimen Malaysia macam Parlimen kangaroo.

Lebih baik gantung semua MP PR dan biarkan sahaja MP BN sahaja di Parlimen. Lepas tu nak bahas dan luluskan apa pun buatlah... Kelakar tengok BN ni....!

Tuesday, December 7, 2010

PERUTUSAN HIJRAH..

Salam Muharram..

Sempena sambutan Awal Muharram 1431, saya mengucapkan Selamat manyambut Hijratul Rasul 1432. Ingatlah usia yang semakin meningkat ini mendekatkan diri kepada kematian, menjadikan diri semakin tua, dan mendekatkan kita dengan hari pembalasan. Maka marilah kita bersama mendekatkan diri kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam dengan segala ketaqwaan kita.

Peristiwa Hijrah Nabi SAW membawa lembaran baru dalam sejarah, dengan membuka jalan kepada kemenangan Islam yang unggul. Selama seribu empat ratus tiga puluh dua tahun Nabi SAW meninggalkan kita, dan masih hijau segar lagi dalam diri kita sirah baginda seakan Nabi SAW masih hidup di kalangan kita.

Hijrah tidak hadir tanpa pengorbanan, jihad, kesabaran, kesetiaan serta sikap optimis terhadap kemenangan Islam. Tuntutan hijrah kita perlu terjemahkan dengan keyakinan dan kesabaran disamping jihad bagi mendaulatkan Islam di bumi tercinta sehingga tertegaklah daulah Islamiyah seperti yang kita idamkan.

Marilah kita bersama bermusahabah terhadap kerja buat selama ini. Banyakkah amalan dan taubat yang kita lafazkan, Al Quran dan hadis yang bertakhta di dalam diri, Sunnah yang kita amalkan, sabar dan ikhlas dalam diri kita, serta sifat mahmudah yang kita pakai sebagai hiasan peribadi diri kita. Ataukah selama setahun ini kita banyak menghabiskan usia dengan perkara yang lagha, banyak melakukan maksiat, kemungkaran, sehingga menjauhkan diri kita dengan Allah swt.

Justeru, kita perlu merasakan kekerdilan ini, wajib kita perbaiki untuk menempuh setahun akan datang. Tahun baru 1432 ini perlu kita persiapkan dengan segala persiapan bagi membina kekuatan diri kita menjadikan diri sebagain insan soleh / solehah disamping berusaha menjadikan masyarakat kita masyarakat yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Semoga tahun baru ini menguubah diri kita dan dijadikan kita sebagai mujahid di jalan Allah swt.

Salam Hijrah 1432.

SETELAH SEKIAN LAMA, BARU KINI KHIR TOYO DIDAKWA?

Setelah sekian lama, barulah kini Dato' Seri Dr Khir Toyo didakwa di mahkamah. Seingat saya, Ahamd Lutfi Othman, Editor Harakah telah lama membongkarkan kes rasuah Khir Toyo, namun kini barulah ianya di bawa ke mahkamah?

Mengapa sebegitu perlahan pendakwaan apabila melibatkan pemimpin UMNO-BN? Apa muslihat Gani Patail selaku Peguam Negara? sebenarnya berpuluh lagi kes rasuah yang dilaporkan, tetapi hanya kes ini sahaja yang sangkut.

Kita mengharapkan agar kes ini benar-benar dibicarakan secara tuntas dan telus. Jangan jadi seperti kes Tan Sri Kasitah Gaddam dan Eric Chia yang terlepas. Harapnya kes beliau dan Dr Ling Liong Sik mampu meyakinkan rakyat bahawa SPRM benar-benar bebas dari pengaruh politik.

Apakah mungkin juga monsoon pilihanraya membuatkan DS Khir Toyo 'dimangsakan' untuk seketika. Yang bakal dijulang rakyat adalah ketelusan Najib membanteras rasuah. Walhal kesnya sendiri (melibatkan Altantuya) masih belum selesai. Lepas pilihanraya nanti, selamatlah Khir Toyo. Sebagai rakyat, mari kita teropong peristiwa ini satu persatu, dan saksikan drama menarik lakonan BN. Saksikanlah benar-benarkah BN membanteras rasuah, atau sekadar kelabui mata rakyat agar dilihat parti yang anti rasuah menjelang pilihanraya...

Wednesday, December 1, 2010

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
KENAIKAN PETROL RON 97: TERIMA KASIH KERAJAAN BN !
(1 Disember 2010)


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasa kesal kerana kerajaan menaikkan harga petrol RON 97 sebanyak 15 sen mejadi RM 2.30 sen seliter mulai hari ini. DPPWP merasakan tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON 97 kali kedua secara terburu-buru boleh menyebabkan kesukaran kepada rakyat dan menjadikan keadaan ekonomi negara dalam keadaan huru hara.

Meskipun harga petrol RON 95 dikekalkan pada harga RM 1.85 sen seliter, namun ia tidak membawa erti apa-apa. Dalam keadaan minyak petrol RON 95 yang dipertikaikan ramai kerana kualitinya dikatakan rendah dan boleh menyebabkan kebakaran kepada kenderaan apabila berlaku kemalangan, apakah pilihan kepada rakyat yang inginkan keselamatan mereka di jalan raya? Terlebih lagi minyak RON 97 adalah lebih berkualiti yang mampu menjaga enjin untuk tempoh masa yang lama berbanding RON 95.
Awal November 2010 yang lalu kerajaan telah menaikkan harga minyak petrol RON 97 kepada 5 sen dan tidak sampai dua bulan kerajaan telah menaikkan lagi harga petrol RON 97 menjadi RM 2.30 sen seliter. Mengapa terlalu cepat kerajaan menaikkan harga minyak tanpa mepedulikan impikasi kepada negara. Apakah kerajaan tidak melihat kepada kesengsaraan rakyat yang tidak tertanggung akibat kenaikan petrol. Bagaimana nasib pekerja kelas menengah dan rendah yang terpaksa menanggung beban akibat kenaikan petrol ini.

Dalam hal ini kerajaan langsung tidak bertanyakan respons rakyat terlebih dahulu sebelum mengumumkan kenaikan petrol. Dalam keadaan rakyat terpinga-pinga mahu mencari jalan keluar dari kemelut ekonomi mereka, kerajaan menghadiahkan satu lagi kenaikan petrol tanpa tanpa pengumuman awal sebagai persediaan. Bagi pemimpin BN, kenaikan ini tidak menjejaskan apa-apa kerana mereka tidak merasakan kesusahan hidup sepertimana rakyat biasa.
DPPWP merasa kecewa kerana kerajaan sanggup berbelanja RM 5 billion untuk membina Menara Warisan sedangkan subsidi minyak untuk rakyat dianggap membebankan kerajaan. DPPWP pasti dengan kenaikan ini akan menyebabkan kenaikan pada harga barang-barang keperluan. Peniaga kecil serta pengguna akan merasa terjejas akibat kenaikan harga barang yang berpunca dari kenaikan harga petrol.

Akhir sekali, DPPWP ‘berterima kasih’ kepada kerajaan yang ‘prihatin’ terhadap rakyat dan DPPWP jamin, isu kenaikan petrol ini akan menjadi bekalan buat rakyat menjelang PRU ke 13 nanti. DPPWP berharap kerajaan akan terus ‘komited’ menaikkan harga barang keperluan demi ‘kepentingan diri’ mereka sesuai dengan slogan ‘rakyat diutamakan’.

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tuesday, November 30, 2010

KETUANAN MELAYU VS KETUANAN ISLAM

Mengamuk sakan juak UMNO dan Perkasa apabila Dr Wan Azizah mempertikaikan ketuanan Melayu dan mahu menggantikan dengan Ketuanan Rakyat. Seolah-olahnya Perjuangan Melayu adalah perjuangan suci dan maksum.

Seolahnya, orang Melayu adalah umat terbaik yang dipilih Allah untuk manusia. Seakannya, umat Melayu lebih mulia dari keturunan Rasulullah saw. sebegitu tinggi segelintir orang Melayu mahu pelihara dan mengangkat umat Melayu melebihi perjuangan menegakkan Islam sendiri. Katanya, Melayu itu automatik Islam di Malaysia. Perlembagaan yang memaktubkan perkara ini. Sedangkan ramai umat Melayu murtad atau tidak beragama, itu Islam kah? Melayu yang menentang Islam, Islamkah? Melayu yang memperlekeh Islam dan undang-undang peraturannya, Islamkah?

Kalau nak dilihat pada dasar perjuangan mereka yang kononnya kuat berslogan memperjuangkan umat Melayu itu, lihatlah apa yang mereka perbuat kepada bangsa Melayu. Siapakah yang memadamkan tulisan jawi dalam silibus pelajaran sekolah? Orang Cina ke Melayu? Yang menghapuskan biasiswa untuk pelajar universiti, yang mahu membuka sistem meritokrasi di universiti, siapakah itu? Siapakah yang menghapuskan rumah-rumah setinggan milik Melayu digantikan dengan kondominium mewah milik bangsa lain. Siapakah yang merampas tanah di Iskandar, Johor lalu membuka pemilikan itu kepada sesiapa sahaja. Siapakah yang menderhakai Raja Melayu lalu menurunkan kuasa raja dan kesultanan Melayu. Siapakah yang mahu menggadai tanah Kampung Baru? Bukankah juak-juak mereka juga yang merampas dan berebut ghanimah harta rakyat yang bernama Melayu?

Jelaslah mereka sedang memainkan episod retorika ketuanan bangsa. Sedangkan mereka lupa, bahawa yang menjadikan manusia ini mulia adalah kerana Islam. Dr Wan Azizah silap sedikit pada slogan yang dimainkan. Patutnya Ketuanan Islam bagi menggantikan Ketuanan Melayu!

Thursday, November 4, 2010

BERMARUAHKAH KEMENANGAN BN DI GALAS DAN BATU SAPI?

Akhirnya BN diisytiharkan menang di Galas dan Batu Sapi. Di Galas BN merampas kerusi yang dimenangi oleh PAS tahun 2008 dulu. Manakala di Batu Sapi mempertahankan kerusi yang pernah mereka menangi

Maka tersenyumlah Najib dan Muhyiddin. Lebih penting lagi Rosmah tersengeh-sengeh. Tidak sia-sia Rosmah menggalas tugas suaminya merasmikan program besar negara. Tidak sia-sia beliau bertemu dengan pemimpin luar negara sebagai menggantikan suaminya. Tidak rugi beliau meminta peruntukan RM 111 juta untuk Permata berbanding hanya RM 95 juta untuk SAR. Tidak ada kesan apa-apa menaikkan harga minyak petrol RM 0.05 sen beberapa hari yang lalu. Semuanya bahkan menaikkan undi BN lagi.

Muhyiddin pula dan BN, tidak segan-segan meratah jentera kerajaan sepuas-puasnya. Habis sekolah, dengn m urid-muridnya, guru-guru, ibu bapa, polis, tentera, pegawai kesihatan, hospital dan pelabagai agensi dikerah bagi berkempen untuk UMNO. Semuanya digunakan semaksimum mungkin tanpa rasa malu dan segan.

Hampir tergelak sekalian rakyat yang cerdik telatah SPR yang diperkudakan. Kalau PAS buat, semuanya ditohmah rasuah, walaupun ianya zakat. Tapi yang dibuat BN, depan mata, sogokan berjumlah RM 250, RM 100, RM 1000 dan pelbagai rasuah wang dianggap sebagai peruntukan kerajaan kepada rakyat. Kesian SPR yang masih hitam dari kebebasan demokrasi.

Di Batu Sapi, apakah keburukan yang tidak dilemparkan oleh BN terhadap pembangkang, khususnya Pakatan Rakyat? Naik jemu kita mendengar pujian melangit media terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan BN. Kononnya hanya BN layak perintah negara. Pembangkang pula - lembaplah, rasuahlah, tidak cekaplah, tidak peduli rakyatlah, tiada wawasanlah dan macam-macam lagi perkataan buruk dilemparkan.

Sekiranya inilah trend kerajaan BN dalam berkempen yang tidak mempedulikan etika dan menjaga kebebasan media, maka sukarlah indeks kebebasan akhbar negara untuk meningkat. Labih jauh lagi, bagaimana Malaysia akan diiktiraf dunia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi yang sebenar.

Apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini. Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan?

Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan ini memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi akan kembali dimenangi dalam Pilihanraya Umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok tahun 2008. Kerana Pilihanraya Kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat!

Monday, November 1, 2010

NAJIB KE ROSMAH PM MALAYSIA?

datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memang Perdana Menteri Malaysia ke enam. Semua orang mengiktirafnya. Tetapi semalam apabila Datuk Seri Mohd Najib diisytiharkan tidak sihat kerana dijangkiti demam cacar 'chicken pox' beliau pun menguzurkan diri dari merasmikan program Karnival Deepavali 1Malaysia di Brickfield.

Yang menghairankan, yang menggantikan Nasjib selaku PM adalah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah lah yang membaca teks ucapan beliau dan seterusnya merasmikan karnival tersebut.

Betulkah protokol di Malaysia ni? Bukankah program-program rasmi negara seharusnya perlu didahulukan pemimpin negara untuk merasmikan. Memanglah Rosmah isteri Perdana Menteri, tetapi beliau tidak ada jawatan utama dalam kerajaan.

Apakah apabila Najib sakit, maka orang nombor dua beliau adalah isterinya sendiri. Di mana Timbalan Perdana Menteri, atau Menteri-menteri kabinet yang lain? Atau mungkin Setiausaha Parlimen, Ketua Setiausaha atau Setiausaha Politik Najib?

Selepas ini, kalau Najib sakit atau uzurkan diri, maka yang akan merasmikan perhimpunan Agung UMNO, yang akan merasmikan program rasmi negara atau menghadiri Perhimpunan PBB bukannya Muhyiddin, tetapi Rosmah....

KELANTAN JUARA BARU PIALA MALAYSIA. TAHNIAH!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Kelantan yang berjaya menjuarai Piala malaysia tahun ini. Memang dari awal telah dijangka Kelantan akan memenangi piala ini. Dengan baarisan bintangnya, serangan agresif sedari awal permainan, ditambah sokongan padu penonton akhirnya Kelantan berjaya memenangi perlawanan ini.

Negeri Sembilan merupakan pasukan juara bertahan, tetapi tahun ini bukan rezeki mereka. Serangan bertali arus menyebabkan akhirnya Negeri Sembilan terkulai layu di tangan Kelantan.

Tahniah, sang juara baru Piala Malaysia. Semoga ia menyemarakkan lagi pengundi PAS di Galas untuk memenangi PRK Galas.

Sunday, October 24, 2010

UMUM BAJET KEMENTERIAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO?

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin isyiharkan peruntukan sebanyak RM 200 juta kepada tabung kebajikan guru-guru melalui Yayasan Guru Tun Hussein Onn. Beliau turut umumkan matapelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013.

Sekali imbas macam tidak ada salahnya pengumuman tersebut. Layaklah Tan Sri Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran untuk umumkan apa-apa sahaja mengenai kementeriannya. Namun soalnya, mengapa isytihar waktu Perhimpunan Agung UMNO? Seolah-olah Kementerian Pelajaran milik orang UMNO sahaja.

Buatlah ketika majlis rasmi kerajaan. Barulah nampak bahawa Kementerian Pelajaran adalah hak rasmi kerajaan. Barulah juga nampak beza antara program parti dan program kerajaan. Walaupun orangnya adalah sama, tetapi suasana dan pangkat berbeza. Program UMNO adalah untuk orang UMNO sahaja, manakala program kerajaan adalah untuk rakyat semua..

BAHANG PRU KE 13 DAH MULA TERASA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dah mula bagi hints hampirnya kepada PRU ke 13. Beliau memberi banyak signal dalam Perhimpunan Agung UMNO yang tamat semalam.

Memang begitulah setiap Perdana Menteri dan Presiden UMNO menjelang PRU. Dalam Perhimpunan Agung UMNO menjadi medan untuk isytihar atau umumkan sesuatu, khususnya tentang PRU. Macam tarikh PRU tu mak bapak dia punya...

Diarahkan UMNO semua pihak bersiap sedia. Diminta Ahli dan pemimpin UMNO bersatu pertahankan Putrajaya dari dirampas pembangkang. Biar berkecai tulang, biar mati hancur badan, dan macammacam lagi ayat keramat buat memotivasikan ahli-ahli mereka.

Diminta juga buat Himpunan besar-besaran di setiap negeri. PM dan TPM pula mulai tahun depan akan turun jelajah bertemu dengan rakyat. Ini semua adalah signal yang cukup jelas bahawa PRU mengejut bakal berlangsung dalam masa beberapa bulan mendatang.

Bagi pihak kerajaan pula, tindakan popular menangguhkan pelaksanaan cukai GST adalah petanda jelas UMNO-BN terdesak mahukan sokongan rakyat. Ini juga adalah isyarat bahawa PRU ke 13 bakal berlangsung.

Bagi pihak kita sebagai rakyat pula, apa hendak ditunggu lagi. Terasa baru hilang lenguh-lenguh kerana berpulun sakan dalam PRU ke 12 yang lalu yang baru sahaja berlangsung 2 tahun. Lepas itu, berderet siri PRK yang jumlahnya sebanyak 12. Justeru tidak ada masa lagi buat kita. Langkah perlu kemas dan laju. Persiapan perlu disiapkan. Perang ini nanti bakal menentukan hayat dan masa depan UMNO, juga kita.

Insyaallah, mari kita doakan PAS juga muncul pemenang dengan hasrat bahawa ISlam akan didaulatkan di bumi ini!

Wednesday, October 20, 2010

MENARA WAWASAN PROJEK PNB RUPANYA, BUKAN KERAJAAN PUNYA....

Najib Tun Razak membuat penafian bangunan Warisan Merdeka yang bakal dibina dengan nilai RM 5 billion dan setinggi seratus tingkat digunakan hasil duit kerajaan - rakyat. Katanya Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan membina bangunan tersebut.

Senangnya seorang Perdana Menteri melepaskan diri dengan menuding jari kepada pihak lain. Sejak bila PNB boleh menundukkan 'kuasa' Najib sehingga Perdana Menteri terpaksa akur dengan kehendak PNB? Lepas ini kalau ada syarikat gergasi lain menawarkan khidmat untuk projek gergasi seperti ini, apakah Perdana Menteri terpaksa menurut sahaja?

Kenapa tidak didahulukan kepada projek yang benar-benar mengena dan menguntungkan rakyat khususnya rakyat bawahan? Mengapa pula PNB tidak diarahkan untuk menyuntik modal kepada projek-projek yang mesra rakyat serta membantu kerajaan membangunkan negara dalam aspek yang lebih kritikal seperti pendidikan, menambah biasiswa, serta projek perumahan rakyat.

PEMUDA PAS KELANTAN MEMBINA MERCU TANDANYA SENDIRI.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan melangkah setapak lagi dengan membeli Bangunan yang dulunya milik UMNO Kota Bharu. Bangunan yang dipunyai oleh Dato' Zaid Ibrahim dibeli dengan harga RM 4.5 juta ringgit.

Semakin gilalah juak-juak UMNO Kelantan dengan pembelian ini. Selama ini PAS dianggap parti miskin yang tidak mampu memiliki premis sendiri. Hari ini PAS membuktikan dakwaan UMNO silap. PAS semakin berkembang dan maju. Ahlinya bertambah-tambah. Dari markaz yang serba daif, kini PAS mampu memiliki bangunan yang berharga RM 4.5 juta. Kita meyakini hasil usaha infak, derma serta berkorban para ahli dan pimpinan mereka mampu untuk mendiami bangunan ini.

Buat bandingan pula dengan UMNO. Bayangkan UMNO Kota Bharu mampu memiliki bangunan semahal ini suaut ketika dulu, bagaimana pula dengan UMNO Malaysia? Berapa nilai PWTC agaknya. Dari mana mereka dapat duit gamaknya. Kerana itulah UMNO naik sawan bila mereka kalah di kebanyakan negeri. Bayangkan pula UMNO kalah keseluruhannya di Malaysia. Sudah tentu kemenangan ini tidak akan diberikan percuma.

Tahniah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Semoga ini adalah satu langkah dari beberapa tapak di hadapan menuju Putrajaya dalam masa terdekat, Insyaallah...

Sunday, October 17, 2010

KERAJAAN TIDAK CUKUP DUIT NAK BAGI BONUS...

Nak tergelak bila mendengar ulasan Najib Tun Razak berhubung bonus yang tidak diberikan, dan hanya digantikan dengan bantuan kewangan khas sebanyak RM 500. Katanya takut rakyat akan berbelanja lebih dari pendapatan. Macamlah rakyat tidak tahu berbelanja. Mungkin beliau menyangka mentaliti rakyat Malaysia macam pelajar Permata Pintar. Beliau dengan sengaja memperbodohkan rakyat. Bonus sepatutnya diberikan sebulan, bukan hanya RM 500.

Munasabahkah kenyatan beliau bahawa sekiranya kerajaan memberikan bonus sebulan ia menyebabkan implikasi perbelanjaan kerajaan sehingga RM3.1 bilion. Patutnya beliau katakan bahawa peruntukan bajet telah habis diberikan kepada sektor lain. Kalaulah bajet keseluruhan berjumlah RM 212 bilion, untuk RM 3.1 bilion untuk kakitangan awam apalah sangat. untuk rakyat memang tidak cukup bajet, tetapi untuk kepentingan kerajaan UMNO-BN, semuanya cukup.

ULASAN BAJET TAHUN 2011

Semalam, Bajet 2011 selamat dibentangkan Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Dengan berkobar-kobar dan bersemangat, Bajet gula-gula (Bajet seluar dalam kata Dato' Mahfuz Omar) dihalakan kepada rakyat. Sah, malam tadi Buletin Utama hampir setengah jam membicarakan Bajet. Bajet rakyatlah, Bajet kebajikan lah, bajet terbaik lah, dan macam-macam pujian melangit.

PM pula di akhir pembentangan bajet memuji dirinya sendiri dan kerajaan pimpinannya. Ibarat seorang ayah yang menyebut-nyebut kebaikan diri sedangkan semua orang tahu itu adalah tanggungjawab seorang ayah. Dan beliau secara bersahaja menyindir dan sinis terhadap pembangkang utamanya Anwar Ibrahim.

Sekali imbas, nampak amat menarik kerana banyak peruntukan diberikan kepada kementerian-kementerian. Tetapi bila diselidik secara mendalam, rupanya yang betul-betul peruntukan untuk rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah serta orang-orang kampung hampir-hampir tiada.

Yang peliknya, peruntukan untuk Permata Pintar diberikan sebanyak RM 111 juta, sedangkan bajet untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta. Kiralah berapa banyak SAR di Malaysia, berbanding dengan Permata yang baru nak didirikan.

Maka ramailah yang mengomel, rupanya ini Bajet RM (Rosmah Mansor). Permata Pintar adalah projek Rosmah, kerana itu beliau mendapat bajet lebih banyak dari SAR.

Yang menjengkelkan lagi, kerajaan umumkan menghapuskan cukai pembelian telefon bimbit sebanyak 10%. Nampak macam hebat, tetapi berapa ramai yang tukar telefon secara kerap? Kebiasaannya telefon bimbit dibeli sekali dalam masa 3 tahun, apa kepentingannya dengan rakyat di kampung-kampung dengan penghapusan cukai telefon bimbit?

Selain itu diumumkan akan turun adalah harga Beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut,pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu. Apalah keperluan sangat kepada rakyat dengan semua barang-barang ini? Yang kita semua harapkan akan turun adalah harga barang keperluan seperti beras, gula, minyak petrol, bahan makanan dan lain-lain, tetapi lain pula yang turun.

PM turut umumkan harga tol tidak akan dinaikkan selama 5 tahun. Ini bermaksud, harga tol akan statik. Ini tidak menyelesaikan masalah pengguna lebuhraya setiap hari. yang kita mahukan harga tol akan dikurangkan dari setahun ke setahun.

Dengan bangganya PM kata akan bangunkan sebuah menara 100 tingkat di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. nilainya RM 5 billion. Mungkin bangunan ini penting bagi insan seperti PM, tetapi tidak kita.

untuk rakyat dan kakitangan kerajaan, adalah sedikit imbuhan RM 500, RM 800 pula untuk guru Kafa, Ketua Kampung, tok batin dan Pengerusi JKKK. Itulah pun sisa dari peruntukan bajet keseluruhan berjumlah RM 212 billion itu.

Begitulah nasib rakyat negara Malaysia di tahun 2011 nanti. Yang dikejar adalah status negara maju tetapi yang menjadi korban adalah rakyat sendiri..

Apalah

Friday, October 15, 2010

ANTARA PENUNDAAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DAN PRU KE 13.

Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa tindakan kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Dato' Seri Anwar cepat menghidu tindakan kerajaan yang mahu meraih populariti dari rakyat dengan pengorbanan besar menangguhkan cukai GST tersebut bagi memberi ruang kepada PRU ke 13.

Kerajaan UMNO-BN sudah mengakui bahawa pelbagai cukai yang dikenakan termasuk GST amat membebankan rakyat. UMNO juga tahu GST adalah peluru yang boleh membunuh masa depan mereka. GST hanya menguntungkan beberapa pihak yang berkepentingan. Tanyalah siapa sahaja. Dari penoreh getah, nelayan, pekebun, sehinggalah pengurus besar di syarikat konglomerat. Semuanya tidak mahu cukai GST ini dikenakan. Akibatnya semua orang akan terkena tempiasnya. Ia langsung berbeza cukai-cukai lain yang hanya khusus untuk golongan sasaran. GST akan terkena kepada sesiapa sahaja yang bergelar pengguna.

Selain itu, Kerajaan dan rakyat Malaysia seakan bermain teka-teki dengan tarikh pilihanraya umum. Sejak sekian lama, kerajaan Malaysia takut untuk mengisytiharkan Pilihanraya Umum. Entah apa yang ditakutinya tidak pula diketahui. Apakah kerana takut pembangkang (Pakatan Rakyat) mempersiapkan diri dengan segala jentera dan persiapan sehingga boleh menjatuhkan UMNO-BN.

Di negara Barat, tarikh pilihanraya umum telah lama diisytiharkan kepada rakyat. Semua pihak boleh bersedia menjelang tarikh tersebut. Bahkan, ia memudahkan perancangan rapi mengikut fasa dari tahun ke tahun. 'Snap' election secara mengejut seperti ini, boleh menyebabkan golongan warga emas sakit jantung kerana terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri kelak.

Kesimpulannya, Rakyat dengan mudah digula-gulakan dengan pelbagai helah dan tipu daya. Kerajaan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi mereka demi meraih undi popular. Bayangkan pula apa akan terjadi selepas dari PRU ke 13, dan bagaimana kiranya UMNO-BN menang besar di seluruh negara. Umpan pengangguhan GST pasti akan menyentap kembali dan rakyat akan menjadi mangsanya untuk kesekian kalinya..

Wednesday, October 13, 2010

ISA MENGGANAS LAGI

ISA masih berbisa dan sedang mengganas. Meskipun pelbagai tuduhan terhadap Pegawai Imigresen seperti rasuah dan penyelwengan kuasa, soalnya wajarkah ISA digunakan terhadap mereka?? Apakah bukti benar mereka lakukan rasuah..

Malang sungguh Malaysia, mahu dibanteras rasuah tetapi laksanakan hukuman dengan secara zalim (ISA). Mengapa tidak didakwa seahaja mereka??..



7 Kakitangan Imigresen Antara 9 Ditahan ISA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, turut ditahan ialah dua warga asing.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi pada Ahad lalu sehingga semalam.

"Polis akan berusaha segala yang mungkin bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara transit untuk warga asing melakukan aktivit jenayah.

"Penahanan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci, bagi membanteras kegiatan sindiket terbabit yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Selasa.

PRK DUN GALAS : PAS PUTUS CALON MALAM INI

Semoga calon PAS akan mampu memnuhi kehendak rakyat di Dun Galas...




KUALA LUMPUR, 13 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, calon PAS yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas nanti diputuskan pada malam ini.

Presiden PAS itu memberitahu, senarai calon telah diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada Dewan Harian PAS yang akan bermesyuarat malam ini.

"Malam ini parti akan putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding, dan kita akan umum pada 22 Oktober nanti.

"Calon yang kita akan pilih bukan sahaja mempunyai ketokohan, malah juga sesuai dengan keperluan lapangan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai PRK Dun Galas itu, beliau berkata PAS mahu turun sebagai underdog berdepan Umno BN.

Beliau berkata, biarpun post mortem Pilihan Raya Umum ke-12 lalu menunjukkan PAS mempunyai kelebihan di Dun itu, namun jentera diharap tidak terlalu yakin.

"Post mortem yang kita buat, undi parlimen bagi Dun Galas kita menang, walaupun Tengku Razaleigh yang bertanding.

"Tapi saya minta PAS jangan over confident, kita mesti meletakkan keyakinan di bawah 50 peratus dan mesti membina sokongan lebih dari 50 peratus," katanya.

Selain itu, beliau juga berharap Umno menghadapi PRK Galas pada 4 November nanti secara demokratik dan profesional.

Ianya termasuk membebaskan media dari membuat liputan sebelah pihak, dan tidak menggunakan jentera kerajaan sebagai jentera Umno BN untuk berkempen.

Menyentuh isu yang akan dibawa PAS pula, beliau yakin isu-isu setempat lebih sesuai dengan suasana Galas di kawasan pinggir bandar Gua Musang.

Bagaimanapun ianya mungkin berubah mengikut kesesuaian masa dan suasana kempen nanti.

"Apa pun kita harap perjalanan pilihan raya ini berjalan dengan baik, dan kita bergantung dengan Allah SWT," katanya.

KU LI MENGGALAS AMANAH BN DI GALAS.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengiktiraf peranan dan pengaruh Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) apabila melantik beliau sebagai Pengarah di PRK DUN Galas. sebelum ini tidak pernah UMNO-BN melantik pimpinan biasa selain Timbalan Perdana Menteri sebagai Pengarahnya.

Mungkinkah ini satu cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti Ku Li? Apabila calon BN kalah nanti, maka yang akan dituding jari pastilah pengarahnya. Silap haribulan, Ku Li akan disingkirkan dan dihinakan.

Ataupun mungkin ini usaha untuk menguji kesetiaan Ku LI terhadap BN. Selama ini Ku Li sibuk perjuangkan isu royalti minyak Kelantan sehingga sanggup sepentas dan berpihak dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Nah, inilah masanya kesetiaan Ku Li dicabar.

Apapun kita tengok nanti pada 4 November 2010 sebagai tarikh penentu. Bagi PAS, menang Galas adalah selangkah lagi tapak ke Putrajaya. Sekiranya kalah, beerti amaran bahawa populariti Najib semakin meningkat. Bagi BN pula, kalau kalah beerti menambahkan lagi parah luka BN setelah diaibkan dalam PRK Sibu. Sebaliknya jika menang, petanda PRU ke 13 semakin hampir!

DARJAH KEBESARAN DATO' IBRAHIM ALI DITARIK BALIK.

Hari ini Sultan Muhammad ke IV telah menarik balik gelaran Dato' dari Ibrahim Ali. Anehnya, Ibrahim Ali yang selama dan sebelum ini kununnya kuat memperjuangkan agenda Melayu ditarik balik gelaran darjah kebesaran Kelantan itu.

Tidak pula dinyatakan alasan penarikan balik gelaran Sultan dari Ibrahim Ali. Tetapi yang pasti tindak tanduk dan tingkah laku Presiden PERKASA tidak digemari oleh Istana Kelantan.

Selepas ini, di Kelantan, tidak perlu rakyat Kelantan terlalu mengagungkan Ibrahim ali dengan darjah kebesaran beliau selama ini. Cukuplah sekadar panggil beliau encik sahaja, sama seperti kita rakyat biasa...

Sunday, August 29, 2010

MANTIK IMAM AL GHAZALI..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau memberikan beberapa pertanyaan yang unik.

Imam Ghazali= Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Iman Ghazali = Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang
Imam Ghazali = "tu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Monday, August 2, 2010

HUKUMAN HUDUD LEBIH SESUAI UNTUK PEROGOL KANAK-KANAK”

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

(2 Ogos 2010)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencadangkan kerajaan agar mengenakan hukuman hudud ke atas perogol kanak-kanak agar keadilan dapat ditegakkan dan bagi mengelakkan masalah jenayah seksual ke atas kanak-kanak dapat diatasi. DPPWP berpendapat, cadangan Karpal Singh yang mahu kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati mirip dengan pelaksanaan hukuman hudud yang disyariatkan Islam.

Dalam konteks ini, DPPWP bersetuju dengan cadangan Karpal Singh dan Dr Chua Soi Lek yang mahukan hukuman yang lebih berat. Mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan. DPPWP berpendapat, hukuman seperti ini terlalu ringan, ketinggalan zaman dan hanya menjadi bahan ketawa penjenayah.

DPPWP percaya pelaksanaan hukuman hudud mampu mencegah bukan setakat jenayah rogol kanak-kanak bahkan semua jenayah yang lain. Ini kerana hukuman hudud dan qisas telah termaktub dalam al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw sebagai sebahagian dari syariat Islam. Ternyata umat Islam terdahulu berjaya kerana mengamalkan hukum Islam ini. Hukuman hudud lebih berkesan dan realistik dengan suasana semasa.

Pelaksanaan hukuman hudud bukanlah suatu kezaliman. Ia mampu memberi ingatan keras kepada pelakunya serta memberi keinsafan dan kesedaran kepada masyarakat yang menyaksikannya. Yang penting semua pihak akan mendapat keadilan sama ada mangsa ataupun pelakunya. Lebih dari itu setiap ahli masyarakat akan sentiasa beringat-ingat agar tidak melakukannya pada masa hadapan!

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Pemangku Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Thursday, July 22, 2010

PARTI MELAYU TERBESAR BUKAN BERERTI TERBAIK!

Tiada siapa menyangkal bahawa UMNO memang parti Melayu terbesar di Malaysia. Tetapi tiba-tiba Dato’ Seri Najib, Presiden UMNO pula yang melaung seakan merasa rakyat tidak yakin bahawa UMNO parti Melayu terbesar di Malaysia. Sama ada Dato’ Seri Najib merasa rakyat tidak yakin, ataupun beliau sendiri tidak yakin bahawa UMNO parti Melayu terbesar di Malaysia.

Memanglah UMNO parti Melayu terbesar, kerana ia bersifat nasionalis. Agenda yang diperjuang dan dilaung-laung sejak dulu, kini dan selamanya hanyalah hidup Melayu. Walaupun pada dasarnya bukan Melayu sangat yang dibelanya, melainkan beberapa kerat pemimpin Melayu yang berada dianjung kuasa.

Sedangkan PAS sejak dulu melaungkan takbir yang membesarkan Allah SWT. PAS berjuang untuk Islam yang termasuk di dalamnya semua kaum dan bangsa sama ada Melayu, Cina, India, Arab, Iban, Kadazan dan lain-lain. Islam adalah adil dan sesuai untuk semua kaum, semua bangsa dan semua zaman. Justeru tidak ada masalah bagi bukan Islam dan kaum lain bernaung di bawah PAS. Kerana itu juga PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari bangsa Cina dan India.

Soal siapa parti terbesar atau tidak bukan menjadi isu utama. Pokok persoalannya adalah UMNO sendiri bergolak. Pemimpinnya bercakaran sesama sendiri. Masing-masing berebut pengaruh dan kuasa. Ahli-ahlinya bercempera. Cawangan dan bahagiannya goyah. Bagaimana mereka boleh berbangga menaungi umat Melayu seramai berjuta orang ini, dalam keadaan organisasinya caca merba.

Yang penting, adakah UMNO parti yang bersih dan selamat untuk rakyat. Bagaimana boleh menjadi bersih sekiranya di dalamnya penuh dengan kefasadan dan kekotoran. Percaya atau tidak, majoriti pemimpin UMNO apabila bercakap soal rasuah dan integriti akan menjadi bahan ketawa dan jenaka rakyat jelata. Yakin atau tidak, rata-rata rakyat Malaysia mempersoalkan pemimpin-pemimpin UMNO sama ada mereka bebas atau tidak dari rasuah. Itu belum masuk dengan pelbagai isu sama ada ketelusan, penyalahgunaan kuasa, dan lain-lain.

Bagaimana UMNO parti yang selamat untuk bangsa Melayu sekiranya bangsanya sendiri menjadi korban pembangunan di bumi mereka sendiri. Yang mendapat habuan hasil pembangunan pesat bukannya umat Melayu yang dibela itu, tetapi taikun-taikun bangsa selain Melayu! Subsidi dipotong, biasiswa dihapuskan, hak istimewa sedikit demi sedikit dicabar dan ditanggal.

Percayalah, agenda perjuangan bangsa adalah agenda lapuk yang sudah ketinggalan zaman. Hari ini rakyat ingin melihat perjuangan berteraskan kepada keadilan, ketelusan, kejujuran dan pembelaan kepada semua tanpa mengira warna kulit. Rakyat sedang melihat masa depan parti politik yang meletakkan keadilan pada semua, tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Bangsa Melayu dijadikan teras untuk diperjuangkan tanpa mengira pangkat atau jawatan politik. Itulah politik realiti yang diimpikan rakyat, bukan diukur pada kecil besarnya jumlah ahli pada parti tersebut!

Thursday, June 24, 2010

TIDAK WAJAR TUAN GURU DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG MENJADI PENGGANAS

Heboh kebelakangan ini ada pihak cuba mengaitkan PAS dengan pengganas, pemimpin seperti YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai individu yang ada hubungan dengan pengganas.
1. Presiden PAS adalah pemimpin PAS sejak tahun 1980an lagi. Daripada menjadi Naib Yang Di Pertua, Timbalan Presiden sehingga kini menjadi Presiden PAS sejak tahun 2002. Beliau juga adalah Ahli Parlimen dan seorang ADUN. Mana mungkin seorang pengganas bergerak atas platform rasmi negara. Semua aktiviti beliau diketahui sama ada dalam negara mahupun luar negara. Jadual beliau sendiri dimaklumkan kepada media.

2. Pengganas tidak bersifat demikian. Seorang pengganas akan bertindak secara senyap-senyap dan tidak berani menzahirkan diri di khalayak. Beliau takut dirinya akan ditangkap. Segala aktivitinya juga tidak akan didedahkan. Ambillah contoh beberapa figur yang dianggap pengganas dan segala aktiviti hidupnya. Sudah pasti amat jauh berbeza dengan peribadi YB Dato’ Seri Presiden PAS.

3. Kalau YB Tuan Guru Presiden PAS seorang pengganas, maka sudah lama negara ini menjadi huru hara. Sudah pasti ada kejadian membakar dan mengebom bangunan sepertimana yang berlaku di Indonesia dan Thailand berlaku. Pengikut PAS dan penyokong YB Tuan Guru Dato’ Seri Presiden PAS ada di mana-mana di Malaysia ini. Boleh dikatakan bukan setakat umat Islam, bahkan bukan Islam pun ramai yang menjadi penyokong beliau. Populariti beliau lebih daripada YAB Perdana Menteri sendiri. Beliau dikenali di dunia Islam antarabangsa, walaupun beliau bukan Perdana Menteri. Ucapan dan tulisan beliau disukai oleh setiap lapisan masyarakat.

4. Semua tulisan dan ucapan beliau tidak pernah menjuruskan ke arah keganasan. Beliau tidak pernah meminta umat Islam Malaysia berperang dengan kerajaan Malaysia. Semua ucapan dan penulisan beliau adalah berbentuk dakwah dan tarbiyah. Beliau menjurus persoalan akidah dan tauhid, akhlak dan syariat yang menjadi pedoman umat Islam. Beliau selalu meluruskan umat Islam yang bengkok dan lari dari landasan perjuangan.

5. Apakah kerana ketegasan YB Presiden PAS terhadap isu umat Islam di Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Chehnya, Selatan Filipina dan Thailand ini dianggap sebagai pengganas. Sedangkan itulah sikap sebenar sebagai pemimpin umat Islam yang tulen. Sewajarnya pemimpin umat Islam yang lainnya bersikap keras sekiranya ada negara-negara umat Islam yang diserang dan dicerobohi.

6. Keganasan bukan sikap PAS dan cara PAS mendapatkan kuasa. Sejak tahun 1951, PAS telah menyertai Pilihanraya. Kaedah demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang itulah yang diamalkan oleh PAS. Tidak pernah PAS mengajak mana-mana ahli dan penyokongnya bertindak ganas dalam mana-mana aktivitinya.

7. Mengaitkan YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dengan keganasan adalah satu penghinaan terhadap beliau, PAS serta pendokong dan penyokong PAS yang berjumlah hampir sejuta orang ini. Tindakan yang mengaitkan beliau dengan keganasan tidak lain hanyalah sikap manusia yang ‘desperate’ serta dengki terhadap populariti beliau. Bahkan orang sebegini hanya bencikan pengaruh PAS yang semakin diterima oleh kelompok bukan Islam.

PEMUDA UMNO DISARAN TURUN KE HIMPUNAN AMAN GERAKAN RAKYAT MEMBANTAH JUDI SUKAN (GMJ)

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pula membantah lesen judi sukan selepas Badan Perhubungan UMNO Perak dan Johor mendahului dengan membantah pengeluaran lesen yang sama. Nampaknya usaha Perdana Menteri yang menunjangi kerajaan untuk membenarkan lesen judi sukan tidak dipersetujui oleh pengikut mereka sendiri. Sebenarnya ramai lagi pemimpin dan penyokong UMNO yang membantah tindakan kerajaan UMNO-BN. Namun mereka hanya membantah secara senyap-senyap dan tidak berani menyatakan bantahan secara terang-terangan, kerana takut pelbagai risiko yang menanti mereka.

Sikap Perdana Menteri pula apabila disuakan persoalan ini, dijawab bahawa kerajaan akan meminta pandangan daripada rakyat dahulu. Soalnya, perlukah kerajaan meminta pandangan masyarakat sedangkan dalam Islam, bahkan ajaran mana-mana agama menyatakan hukumnya haram dan berdosa besar? Yang sepatutnya kerajaan meminta pandangan rakyat adalah perkara yang berkaitan dengan rakyat sendiri, seperti kenaikan harga barang, tol, gaji minimum, elaun, dan lain-lain. Itu tidak pernah hendak dirundingkan dengan rakyat dahulu. Tetapi soal pokok yang menjadi asas hukum dalam Islam mahu pula ditanya pendapat rakyat!

Atas alasan apa lagi Perdana Menteri dan kerajaan UMNO-BN mahu terus memberi lesen judi sukan ini. Apakah kerajaan telah muflis dan miskin idea sehingga terpaksa ‘memperjudikan’ negara dengan aktiviti perjudian. Apakah sumber pendapatan negara yang kaya dengan hasil bumi ini telah kering dan hilang sehingga terpaksa menghalalkan perjudian bagi menambah pendapatan negara? Mengapa pula kerajaan UMNO-BN terpaksa melayan kehendak segelintir tauke-tauke judi yang mengaut keuntungan berbilion ringgit hasil dari aktiviti mereka. Sedangkan keuntungan perniagaan mereka belum tentu dapat dikongsikan bersama rakyat dan negara ini. Semua ini menjadi persoalan yang perlu kerajaan UMNO-BN jawab dihadapan rakyat.

Kepada yang membantah pengeluaran lesen judi sukan ini, teruskan membantah. Ini kerana menyanggah perkara yang mungkar pasti mendapat pahala dari sisi Allah. Isu halal dan haram adalah isu besar yang melangkaui sempadan politik. Buat Pergerakan Pemuda UMNO, disarankan agar bersama-sama rakyat turun ke himpunan aman pada 3 Julai 2010, sebagai tanda protes kedegilan kerajaan UMNO-BN meneruskan lesen judi sukan. Semua kita dari parti politik mana pun dapat bersatu menyatakan bantahan atas persoalan menegakkan kema’rufan dan mencegah kemungkaran seperti mana isu Palestin dan kejahatan Israel. Katakan ya kepada aktiviti sukan tetapi tidak kepada perjudian!

Disediakan oleh
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
PEMANGKU NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
24 Jun 2010

Monday, June 14, 2010

BALASUNGKAWA BUAT ALMARHUM UST HASSAN SYUKRI

Terkejut dan agak sedih mendengar berita kepulangan almarhum Ustaz Hassan Syukri ke rahmatullah jam 2.00 petang hari ini. Baru sahaja saya melihat kelibat beliau di Muktamar dalam keadaan sihat dan bertenaga, tetapi Allah menghendaki segalanya..

Beliau baru sahaja dinobat sebagai Tokoh Dewan Pemuda PAS pada Muktamar DPP Pusat di PUTIK beberapa hari yang lalu. Dan itulah pertemuan saya yang terakhir di dunia dengan beliau.

Ustaz Hassan mungkin tidak sempat menatap kolej Universiti Zulkifli Mohamad di atas tanah yang diwakafnya, namun jasa beliau pasti akan dikenang sehingga bila-bila. Di atas tanah itu beliau berusaha bersama ahli-ahli dan pimpinan PAS membangunkan Markaz Tarbiyah PAS Pusat. Markaz itulah sejak sekian lama menjadi pusat kegiatan aktiviti tarbiyah PAS. Daripada ceramah, konvensyen, ijtimak, usrah, tamrin sehinggalah kepada Muktamar Agung. Paling meriah adalah sambutan bulan Ramadhan setiap tahun yang pasti tidak kurang pengunjung dan tetamu yang datang dari dekat dan jauh.

Bila saya bersama rakan-rakan mendengar cerita beliau bagaimana susahnya generasi awal membangunkan PAS, pasti saya akan merasa sebak dan terharu. Dengan ikhlas dan tawadhuk, tawakkal, serta sabar beliau bersama generasi awalan berjihad untuk membina PAS sehinggalah ke tahap hari ini yang boleh dibanggakan. Tidak tergambar bagaimana beliau boleh berjalan merata Malaysia dalam keadaan kemudahan yang terhad serta komunikasi yang kurang semata-mata mahu menyebarkan risalah dakwah Islam kepada masyarakat.

Tidak sesiapa dapat menafikan ketokohan dan kepakaran beliau dalam Perlembagaan PAS. Selama ini beliaulah yang menulis dan meminda perlembagaan. Sehinggalah Perlembagaan terkini tahun 2009, beliaulah orangnya yang menulis dengan tekun perlembagaan PAS. Beliau tahu satu persatu fakta dan fasal dalam perlembagaan PAS walaupun tidak menatap buku tersebut. Sehinggakan sesiapa sahaja menjadi kagum dengan kekuatan ingatan beliau terhadap perlembagaan PAS.

Dimana-mana beliau berceramah pasti beliau akan menyebut perihal cawangan dan pentingnya menubuhkan cawangan. Beliau berkata itulah faktor kemenangan jemaah dimana-mana tempat, iaitu dengan kekuatan cawangan yang berselerak merata-rata.

Dengan ketokohan beliau, hampir semua jawatan penting di dalam PAS kecuali Presiden PAS telah beliau sandang. Daripada Ketua Pemuda PAS (1971-1973), AJK PAS Pusat, Setiausaha Agung, Naib Presiden, Timbalan Presiden, sehinggalah kepada Ahli Majlis Syura Ulama' PAS. Beliau juga sempat menjawat jawatan selaku Senator selama dua penggal. Namun kesederhanaan beliau tidak membezakan beliau dengan ahli. Bahkan ramai tidak menyangka beliau dengan bersahaja menyapu sampah, membersih serta membakar sampah di markaz hampir setiap hari!

Zaman beliau selaku Setiausaha Agung PAS boleh dianggap antara zaman terhebat PAS. Beliau kerap berkelana untuk menubuhkan cawangan PAS di merata-rata. Beliau jugalah insan yang sangat mengambil berat kebajikan kakitangan dan golongan murabitun. Tanyalah kepada Sdr Zubir, Taufik, Mohd Zain serta Sulaiman Bujang, Ust Hassan tidak pernah kekok menyantuni mereka seakan-akan mereka adalah keluarga Ust Hassan.

Saya bila mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada staf Pejabat Agung, pasti rasa sebak dan terharu. Saban tahun beliaulah orangnya yang memberi 'infak wajib' beras kepada kami setiap kali menjelang hari raya Aidilifitri. Bahkan beliau tidak kedekut memberi saguhati hari raya sekurang-kurangnya RM 200 setiap tahun kepada kami. Dalam keadaan insan lain melupakan kami, beliau adalah pembela yang menjadi pelindung kami kakitangan Pejabat Agung PAS.

Ramai peminta sedekah yang datang ke markaz PAS Pusat, pasti tidak akan pulang dengan kehampaan. Dengan kemammpuan beliau, beliau akan menghulurkan sejumlah sumbangan untuk di bawa pulang.

Pemergian Ust Hassan Syukri, antara pangasas PAS sukar dicari ganti. Dengan jasa dan pengorbanan beliau sebegini besar, marilah kita medoakan roh beliau diangkat sebagai kekasih Allah di tempatkan sebagai golongan syuhada dan solihin. Alfathihah...

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU...

Obor Hemah

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.


Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.


A. Samad Said
2 April 1988
Pejuang Bahasa

Tuesday, May 11, 2010

DALAM KEADAAN DARURAT BOLEH TINGGAL SOLAT?

Inilah hukum yang pertama yang saya pernah dengar mengenai dibolehkan tinggal solat dalam keadaan darurat. Sebelum ini saya hanya mendengar dan membaca dari kitab-kitab fiqh mengenai rukhsah solat dalam keadaan pelbagai. Antaranya solat dalam keadaan musafir, solat dalam keadaan perang, solat dalam keadaan ketiadaan air, solat dalam keadaan sakit dan sebagainya. Pokoknya solat tetap wajib dilakukan dalam apa keadaan sekalipun. Hanya orang yang gila (hilang ingatan), lupa, tidur, dan mati sahaja diharuskan tidak bersolat.

Hukum kedua, dalam keadaan darurat boleh tidak mandi wajib (junub). memang betul ada hukum tu, tetapi digantikan dengan tayammum, itupun kalau sekiranya ketiadaan air ataupun sakit. Tayammum boleh menggantikan mandi wajib.

Dalam kes Saiful Bukhari, nak tergelak dan marah bila membaca jawapan balas beliau apabila disoal oleh peguam Karpal Singh. Beliau mengaku menjadi muslim yang baik, tetapi tidak mandi wajib dan bersolat selama 3 hari, bukan 1 waktu!

Dalam keadaan darurat apakah beliau boleh meninggalkan solat dan mandi wajib? Kalau benar beliau dirogol atau diliwat, mengapa sejurus selepas kejadian beliau dirogol beliau tidak lapor pada polis dan rujuk ke hospital. Mengapa hanya selepas 3 hari baru beliau rujuk ke hospital. Tidak mensucikah beliau kesan dirogol itu?

Mungkin saiful terkesan dengan kenyataan Dr Mashitah suatu ketika dulu, yang mengharuskan melacur sekiranya dalam keadaan darurat. Justeru, darurat adalah alasan paling baik meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim.

Soalan mungkin timbul pula selepas ini, apakah nilai muslim seorang Saiful Bukhari itu. Dan bagaimanakah status sumpah laknat beliau, bolehkah sumpah seorang fasik (yang meninggalkan solat) dipercayai dan diyakini?

Yang memalukan lagi, yang bertanya soalan adalah seorang Punjabi (Karpal Singh) yang sudah tentu tidak beragama Islam. Tetapi beliau mengetahui serba sedikit hukum Islam yang langsung Siaful tidak terjangka untuk ditanya. Jelaslah, Saiful dimalukan oleh seorang yang bukan Islam.

Semakin lama kes ini semakin menjijikkan. Tembelang satu demi satu mulai pecah, dan kelihatan di khalayak. Bagaimanakah konspirator selepas ini menyusun ayat dan skrip agar dapat menghilangkan kecacatan yang semua rakyat sudah mengetahui. Nantikan hari esok dan jawapan yang menggelikan hati dari Saiful...

dipetik dari berita..


"Saiful Bukhari Azlan yang disoal balas peguambela Karpal Singh pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengaku tidak solat langsung selepas diliwat bekas majikannya itu pada 26 Jun 2008.

Menjawab soalan Karpal bahawa beliau bukan seorang Islam yang baik kerana tidak menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan, Saiful berkata beliau tidak dapat solat kerana beliau diliwat dan belum mandi wajib.

"Saya dalam keadaan darurat ketika itu," katanya. Saiful juga mengakui beliau tidak mandi junub pada 27 dan 28 Jun sebelum ke Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun untuk membuat pemeriksaan.

Saturday, May 8, 2010

SEJAK BILA JUDI MENJADI HALAL?

Ramai yang terkejut dan merasa tidak percaya dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk dr Awang Adek Hussein berhubung cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen perjudian bolasepak sempena Piala Dunia 2010.

Datuk Dr Awang Adek Hussein memberi alasan jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Mudahnya alasan beliau. Hanya kerana judi akan terus berleluasa tanpa kawalan, maka dihalalkan aktiviti perjudian.
Patutlah pusat perjudian terbesar di Asia yang terletak di puncak Genting diberikan permit dan lesen untuk beroperasi. Patutlah juga pusat-pusat perjudian tumbuh bercambah di setiap daerah dan negeri. Rupanya mereka beroperasi secara sah dan berlesen. Kerana takut ia akan terus beroperasi secara haram , maka ia diberikan lesen dan dihalalkan!

Sejak bila berjudi dan aktiviti perjudian menjadi halal? Sudah turunkah hukum Islam yang menghalalkan perjudian di akhir zaman ini? Agaknya mungkin persepsi dan pandangan Datuk Dr Awang Adek, sekiranya diberi lesen dan ianya sah disisi kerajaan, maka berjudi menjadi halal. Yang haram judi hanyalah sekiranya ia beroperasi tanpa lesen atau permit rasmi kerajaan.

Lebih mengharukan lagi beliau menyatakan bahawa hasil judi boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Maksudnya sumber yang haram (hasil berjudi) boleh digunakan untuk tujuan yang baik (sukan). Suka diingatkan ramai atlit dan pegawai sukan di negara ini adalah beragama Islam. Adakah mereka hendak menyuap makanan mereka sehari-hari hasil dari pendapatan judi? Kalau digunakan untuk prasarana seperti stadium, lihatlah apa yang terjadi kepada stadium di Terengganu yang runtuh. Apakah Dr Awang Adek mahu menyaksikan siri keruntuhan stadium kesan dari hilangnya keberkatan akibat meraih pendapatan dari hasil judi.

Dalam Islam berjudi hukumnya haram. Meskipun ia dinamakan dengan apa sahaja dan untuk tujuan apa pun, kalau ia adalah untuk aktiviti perjudian, hukumnya tetap haram. Walaupun bolasepak merupakan sukan paling popular di didunia, dan mungkin ia melibatkan jutaan peminat yang mungkin menjadi pengundi BN dalam setiap PRU, namun kalau ia adalah larangan yang datang terus dari Allah, maka ia wajar diharam terus. Tidak ada khilaf dan alasan lagi.

Berjudi hukumnya berdosa besar. Ia seumpama dadah, arak, zina, rasuah dan lain-lain dosa besar. Kalau alasannya meraikan bukan Islam, maka tidak wajar Malaysia meletakkan Perlembagaan Islam sebagai agama rasmi negara. Susah sangatkah mencegah aktiviti perjudian berbanding dengan dosa yang terpaksa ditanggung negara dan rakyat kesan dari hasil judi yang telah dihalalkan di negara ini?

Thursday, April 29, 2010

Keadilan Untuk Aminulrasyid

Ini adalah cerita remaja malang yang ditembak dua hari lepas, dari versi YB Khalid Samad...


Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

ALANGKAH CEKAPNYA SPRM BERTINDAK…!

Berlari tak cukup tanah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mendapat tahu YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Berbulan SPRM selongkar fail dan kenyataan terkini Pengarah SPRM bahawa SPRM akan terus siasat dan dakwa Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Alangkah efisyennya pegawai-pegawai SPRM bekerja apabila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka juga bertindak efisyen apabila ianya hanya melibatkan pegawai golongan bawahan. Syabas dan tahniah pegawai SPRM yang bekerja siang dan malam bagi memastikan ‘rasuah’ oleh pemimpin khususnya dari Pakatan Rakyat (PR) diperangi sama sekali.

Demi menjaga prinsip keadilan dan kebenaran, sesiapa pun bersalah wajar dihadapkan ke muka pengadilan, hatta melibatkan pemimpin tertinggi PAS sekalipun. Islam tidak membela individu, tetapi membela keadilan dan kebenaran. Dalam hal ini, sekiranya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bersalah, hukumlah beliau. Sebaliknya, jika tidak bersalah, silalah bersihkan nama beliau.

Yang menjadi tandatanya rakyat sejauh mana keberkesanan dan efisyen SPRM apabila rasuah itu melibatkan pemimpin UMNO-BN. Mengapa kalau rasuah dan laporan itu melibatkan pemimpin tingi BN-UMNO, SPRM bertindak lambat seperti kura-kura. Ia seperti sebuah skrip yang semua rakyat tahu jalan ceritanya. Awalnya SPRM akan bermula garang tetapi di akhirnya cerita ini ‘happy ending’ bagi pemimpin UMNO-BN. Dibebaskan begitu sahaja. Pelbagai alasan yang akan diberikan SPRM apabila seseorang pemimpin UMNO-BN bebas yang semua kita sudah ketahui ayatnya, iaitu : ‘tidak cukup bukti’, ‘telah serahkan pada Peguam Negara, tetapi Peguam Negara tidak bertindak’, ‘tidak cukup kakitangan’, ‘saksi tidak konsisten’, ‘bidang kuasa SPRM yang terhad’, dan pelbagai lagi alasan.

Telah berguni-guni dan berpuluh-puluh fail didedahkan, dan dilaporkan ke SPRM, namun tahap efisyennya tidak berkesan seperti tindakan terhadap Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. Rakyat telah muak hendak bertanya, apa sudah jadi dengan pelbagai kes penyelewengan kuasa dan salah laku pemimpin UMNO-BN. Setengahnya telah memakan masa hampir sepuluh tahun, tetapi kes itu tetap dipengapkan begitu sahaja.

Untuk rekod, elok kita bertanya, apa sudah terjadi kepada kes rasuah pilihanraya di Johor pada tahun 2004, yang ejen calon BN telah ditangkap ketika cuba menyogokkan wang kepada calon PAS untuk menarik diri. Bukti, rekod dan gambar sudah dikemukakan. Bagaimana dengan laporan terhadap DS Dr Mohd Khir Toyo yang telah diadukan mengenai rasuah beliau beserta maklumat dan bukti yang telah disebarkan melalui akhbar dan internet. Apa kesudahan kepada kes rasuah PKFZ yang menelan berbilion ringgit. Bagaimana pula dengan kes rasuah pemimpin UMNO Kedah yang cuba membeli ADUN Pakatan Rakyat di Kedah. Rakaman video dan dokumen telah ada, tetapi apa kesudahannya? Bagaimana kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene yang komisyennya menelan beratus juta ringgit. Apa terjadi kepada kes beli ADUN di Perak dan Ahli Parlimen yang lompat parti sekarang ini, tidak terliurkah SPRM hendak menyiasat punca mereka lompat? Bagaimana dengan kes bangunan dan stadium di negeri Terengganu yang runtuh. Mengapa SPRM tidak menyiasat dakwaan beli undi oleh BN dalam setiap Pilihanraya Kecil termasuk di Hulu Selangor. Banyak lagi pertanyaan dan persoalan yang SPRM perlu jelaskan kepada rakyat.

Sememangnya hari ini SPRM terus menjadi bahan ketawa rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa. Indeks rasuah negara terus merudum dan hampir masuk ke kategori corot. Hampir semua mengetahui bahawa negara diambang kebinasaan kerana sikap acuh tidak acuh SPRM bertindak mengawal rasuah negara. Cukuplah sekadar merasai atmosfera demokrasi Malaysia, sudah boleh mengagak betapa parahnya rasuah di Malaysia.

Bagi memastikan indeks rasuah negara bersih dan menjaga imej negara di mata dunia, adalah elok SPRM bertindak adil kepada semua pihak. Membanteras rasuah perlu dilakukan secara serius tanpa memilih bulu dan mengira latar belakang parti politik. SPRM perlu berani berubah dan bertindak tegas di luar batasan kuasa politik yang bergantungan pada agensi yang strategik!

Monday, April 26, 2010

APABILA POLITIK TIDAK DIIZINKAN DI MASJID

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dituduh tidak menghormati sultan dan institusi istana apabila engkar arahan agar tidak berkhutbah politik di masjid. Pelbagai label buruk ditohmah hanya kerana beliau meneruskan khutbah tersebut. Kononnya Tuan Guru Nik Aziz telah memecah belahkan perpaduan umat Islam, merosakkan pemikiran umat Islam dan lain-lain.

UMNO nampaknya masih berpemikiran 'sekular' dan ortodoks (lapuk). Pemimpinnya masih belum keluar dari zon pemikiran 'penjajah' yang mahu memisahkan politik dan agama. Inilah ajaran yang telah diserapkan oleh British tatkala mereka menjajah negara suatu ketika dulu. Bagi mereka agama dan segala institusinya adalah suci yang tidak wajar bercampur aduk dengan urusan kehidupan. Bagi mereka juga, kehidupan adalah kotor dan hanya mereka sahaja layak memperkatakannya, (bukannya golongan ulama').
Tuan Guru Nik Abdul Aziz diminta berhenti menjadi ahli politik dan menumpukan hanya pada bidang ke 'ulamakkan sahaja. Mentaliti rendah sebegini yang memasungkan umat Islam dari kepompong kehidupan dan realitinya.

UMNO mungkin lupa, Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin yang menguasai serba bidang. Baginda adalah pemimpin negara (ahli politik), baginda juga naik ke mimbar membaca khutbah, baginda juga Imam solat, baginda mengetuai pasukan ketenteraan, baginda adalah ayah dan bapa dan segala-galanya. Mungkin UMNO lupa, Nabi Muhammad SAW apabila berhijrah ke Madinah, perkara utama yang dibuatnya adalah membina masjid. Di masjid itulah Nabi Muhammad SAW mengajar dan mendidik disamping menegur dan memberi amaran kepada umat Islam mahupun musyrikin. Di zaman Nabi Muhammad SAW, tidak ada pemisahan bidang kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, kenegaraan, kehakiman, perundangan dan lain-lain lagi. Islam ketika itu merangkumi semua aspek kehidupan.

Apabila politik tidak diizinkan dibicara di masjid, maka apakah kesan kepada institusi paling penting kepada umat Islam? Seperti yang kita lihat hari ini, institusi masjid menjadi mandom dan tidak berperanan. Ianya hanya untuk solat berjemaah, solat Jumaat, solat tarawih, jenazah, hari raya dan itu sahaja. Kuliah yang diizinkan pun hanya meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah, topik yang telah diulang-ulang sejak 20 tahun yang lepas. Ini yang diizinkan dalam masjid ala UMNO. Khutbah pula disediakan teksnya dan dipantau keras. Mana-mana khatib yang membaca khutbah tanpa teks akan diambil tindakan, termasuk tidak akan dijemput lagi.
Sebab itu UMNO menjadi sasau apabila Tuan Guru Nik Aziz membaca khutbah atau tazkirah politik dalam masjid. Kerana selama ini doktrinnya tidak pernah perkara sebegini tembus dalam masijd. Apa yang ditakuti sangat adalah sekiranya ramai jemaah yang mendengar kuliah tersebut dan mula sedar tentang ‘waqi’ politik negara. Lebih gerun lagi, kalau jemaah masjid mula membuat keputusan meninggalkan UMNO. UMNO selesa umat Islam berada dalam kejahilan, kerana senang untuk dicucuk hidung dan di arah.

Dalam keadaan tersepit, UMNO gunakan sultan untuk bertitah. Tuan Guru dituduh derhaka dan tidak ‘wala’ pada sultan. Institusi istana adalah senjata ampuh UMNO sejak dulu hingga kini. Lihatlah pada negeri Perak dan kesudahan episod rampasan kuasa. Istana dijadikan perisai untuk menghalalkan tindakan mereka.

Cuma timbul persoalan, bagaimana pula Najib, Muhyiddin atau Jamil Khir pula menggunakan masjid untuk adakan sebarang aktiviti? Najib, Muhyiddin, Hishamuddin dan barisan kabinet tertinggi belum ada sejarah naik mimbar berkhutbah. Hanya Anwar sahaja pernah membaca khutbah. Tetapi kalau mereka juga menggunakan masjid, mungkin nada dan intonasi nya juga turut berubah. Ketika itu yang haram selama ini menjadi halal. Dan Sultan pula turut gembira masjid dipolitikkan. Ini hanya terjadi kalau UMNO yang berpolitik di masjid kerana UMNO memang terkenal menghalalkan semua perkara yang haram....

BN BELANJA PULUHAN JUTA RINGGIT HANYA UNTUK MENANG DENGAN 1700 UNDI.

Seperti telah diduga, BN menang di Parlimen Hulu Selangor. Maka hebohlah seantero alam kemenangan bergaya BN dalam pertarungan senget sebelah ini. Di jaja habis kononnya keyakinan rakyat pada kepemimpinan DS Najib kembali bertaut.

Sebenarnya di atas kertas, BN sudah memenangi PRK Hulu Selangor. Tanpa pilihanraya pun BN sudah mendahului dengan 6000 undi! Mengikut rekod, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor dimenangi BN dengan majoriti 6000 undi. Hanya nasib yang memenangkan calon PR pada PRU ke 12 yang lepas. Dan kini PR bergelut untuk mencuri beberapa ribu undi dari pengundi BN untuk memenangkan Zaid.

Melihat kepada jentera kempen dan cara bagaimana PR bekerja sememangnya amat mengkagumkan. PKR dan PAS dengan jentera yang dikerahkan hampir 70% keseluruhan sudah pasti tidak mampu untuk capai setiap individu pengundi. Bayangkan Parlimen Hulu selangor yang sebesar negeri Melaka ini. Seramai 60,000 pengundi yang duduk di seluruh pelusuk kawasan, ramai petugas yang tidak terkejar untuk pergi rumah ke rumah. Dari Hulu Yam Bharu hingga ke Felda Sungai Tengi yang jaraknya lebih kurang 120 kilometer, itulah besarnya Parlimen Hulu Selangor. Mungkin SPR terlepas pandang untuk memecahkan Parlimen Hulu Selangor mengikut Gerrymandering (persempadanan semula).

Petugas PR berbelanja dengan duit sendiri. Poster, duit minyak, makan minum, penginapan, bahan risalah kempen, program dan lain-lain lagi semuanya adalah peruntukan parti ataupun individu. Hanya kos cetakan agensi parti seperti Harakah, Siasah dan Suara Keadilan taja sepenuhnya.

Saya mendapat maklumat bahawa bahan cetakan seperti poster dan bendera di sabotaj oleh ahli-ahli PKR yang keluar parti. Lebih kurang 3 kontena bahan kempen itu dicuri dan disembunyikan. Bayangkan dengan ujian dan cabaran seperti ini, bagaimana PR boleh bekerja dengan baik.

Pengundi pula, bagi golongan muda di kawasan bandar dan pesisirnya sambutannya sangat baik. Program-program kempen sepanjang tempoh kempen di kawasan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik. Yang menjadi masalah adalah pengundi di Felda-felda dan pedalaman kampung. Rata-ratanya apabila bertemu mengucapkan terima kasih kepada BN kerana memberi air percuma! Sedangkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma. Inilah yang dikatakan, "Lembu punya susu, sapi dapat nama". BN menumpang tuah kebaikan kerajaan PR dengan mengelabui mata pengundi.

Dengan peruntukan kepada Kementerian-kementerian melalui program 'segeranya' di Hulu Selangor, sumbangan basikal, hamper, baja, alat permainan, duit sumbangan, turap jalan, tidak termasuk janji-janji manis dan lain-lain lagi, bagaimana boleh kempen PRK berjalan dengan baik. BN juga seperti bisa mengerahkan hampir semua jentera kerajaan seperti polis, RELA, pegawai-pegawai kerajaan hanya untuk berkempen bagi pihak mereka.

SPR seperti biasa bersikap 'pekak badak' dan berlagak seolah pengadil yang baik. Tidak terlintas oleh SPR dan SPRM bahawa program-program 'segera' hampir semua Kementerian di Hulu Selangor adalah rasuah politik yang jijik dan kotor!! Ini belum lagi aksi kempen melalui media perdana seperti televisyen dan akhbar milik negara, semuanya dimanipulasi semaksima mungkin seolah-olah mereka sahaja yang bertanding. Dan dalam hal ini, SPR dan SPRM mejadi 'buta dan tuli' daripada mendengar keluhan dan suara rakyat. Tidak menjadi kesalahan kepada SPRM kalau BN berbelanja berjuta-juta ringgit, lebih dari kemampuan sebuah parti asalkan kesalahan itu dilakukan oleh BN.

Dengan peruntukan BN sedemikian banyak, maka tidak wajar mereka hanya memenangi dengan 1700 undi. Sepatutnya mereka boleh menang dengan 6000 undi majoriti. Syabas dan tahniah sebenarnya adalah untuk jentera petugas Pakatan Rakyat, yang mampu bertahan dan sabar dengan serangan bertali arus dari dari pelbagai sudut dan mendapatkan undi majoriti 1700. Syabas juga kepada pengundi yang melihat kebenaran dengan memilih PR. Takziah kepada pengundi Islam di Hulu Selangor, yang telah memilih seorang bukan Islam sebagai pemimpin mereka. Selepas ini ajaklah Kamal itu sebagai Imam solat berjemaah, Imam solat jenazah di masjid ataupun membaca tahlil arwah dikampung-kampung...

Friday, April 23, 2010

RUPANYA KITA BERPEMIMPINKAN PEMINUM ARAK!

Mengejutkan apabila Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustaffa Ali mendedahkan dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini, bahawa empat Perdana Menteri kecuali Pak Lah pernah minum arak. Ada yang dilihat dengan matanya sendiri.

Pendedahan Dato' Mustaffa Ali itu sememangnya amat menyedihkan. Memanglah UMNO selama ini telah dipalitkan dengan pelbagai kecurangan dan skandal, tetapi apabila beliau mendakwa ada kejadian yang beliau lihat dengan matanya sendiri, ini menunjukkan betapa parahnya UMNo dan pemimpinnya.

Semua orang mengetahui bahawa Dato' Mustaffa Ali pernah duduk dalam kerajaan dan kabinet. Beliau pernah menjadi Timbalan menteri suatu ketika dahulu di zaman 70'an. Sudah tentu pelbagai kejadian yang beliau saksikan di depan mata beliau sendiri. Beliau lah yang paling mengenali setiap pemimpin UMNO dulu dan sekarang.

Saya berkeyakinan, beliau tidak bercakap bohong. Beliau adalah saksi hidup yang dapat menceritakan serba serbi perangai hodoh dan buruk pemimpin UMNO. Bahkan yang lebih mengejutkan, katanya lagi, 'tidak ada pemimpin utama UMNO yang terlepas dari melakukan empat dosa iaitu rasuah, arak, judi dan perempuan. Kadangkalanya ada pemimpin yang 'pakej' sekali empat dilakukannya.

Kesian rakyat Malaysia yang terhegeh-hegeh memenangkan pemimpin UMNO. Rasa sayu pada golongan ulama' yang menyokong pemimpin UMNO. Teringat pada tok-tok lebai dan imam masjid yang bersungguh-sungguh kempen bagi pihak UMNO. Sebak apabila mengenangkan tok-tok guru dan pakcik-pakcik yang berulang kali mengerjakan haji yang masih menyokong UMNO. Simpati pada mereka yang mengajar di masjid-masjid erti dosa dan pahala, tetapi berketua negara kan pemimpin yang minum arak!

Tetapi yang malang, pemimpin ini juga menjaja seluruh negara mengajar erti akhlak dan peribadi yang bersih. Walaupun ia penting, tetapi yang bercakap itu juga melakukannya, apa cerita...

Justeru, tidaklah layak pemimpin UMNO bercakap soal akhlak dan peribadi bersih. Lebih baik mereka menumpukan pada agenda pembangunan negara yang mereka janjikan dulu sebelum bercakap soal sahsiah. Kerana nantinya yang mendengar ucapan mereka akan gelak ketawa dan sorak sorai mengenangkan mereka juga melakukan dosa yang sama.

Friday, April 9, 2010

ISU APCO. MALAYSIA SEDANG DALAM BAHAYA...

Telah tersebar seantero Malaysia bahawa kerajaan yang ditunjangi UMNO-BN sedang bersekongkol dengan Apco, sebuah syarikat konsultan yang memberi khidmat nasihat pemulihan imej negara dan pemimpinnya. Telah diketahui umum kini bahawa APCO telah terlibat secara langsung dengan kerajaan Israel dan bertanggungjawab mempopularkan slogan 1Israel sama seperti mereka mempopularkan 1 Malaysia.

Isu ini sangat berat dan besar. Bukan nak dipolitikkan sangat, tetapi ia perlu ditangani secara tegas. Kita yang selama ini dilihat tegas dalam isu umat Islam rupa-rupanya dalam kantung keselamatan negara khususnya yang melibatkan sistem komunikasi negara telah bocor kepada pihak luar. Lebih dahsyat lagi, pihak itu adalah Israel.

Serasa macam letih umat Islam berdemo mempertahankan mujahidin di Palestin yang menjadi pembunuhan kejam Israel. Semua mengetahui bahawa Israel adalah pusat kejahatan. Hampir semua krisis di dunia khususnya di dunia Islam dicipta oleh Israel.

Kita juga memahami bahawa Israel sedang menguasai ekonomi dunia, melalui puppetnya Amerika. Mereka lah yang mencipta inflasi, masalah kewangan dunia serta naik turun ekonomi dunia. Mujur ada China sebagai pengimbang ekonomi dunia. Kalau tidak pasti seluruh dunia terpaksa bersujud kepada Israel.

Umat Islam mengimani bahawa Dajjal yang akan dibangkitkan akan memimpin tentera Yahudi dan Israel. Mereka adalah musuh no wahid umat Islam yang dipimpin oleh Imam Al Mahdi. Israel dan Dajjal akan merosakkan seluruh dunia dan memaksa supaya manusia menyembah dajjal.

Dalam sejarah, tidak sedikit Allah ceritakan perihal kaum degil Yahudi dan bani Israel. Nabi-nabi yang didatangkan dari kaum mereka dimusuhi. Sebahagiannya mereka bunuh. Allah sehingga memesan agar umat Islam jangan sesekali terpedaya dengan pujukan dan tipu daya Yahudi dan bangsa Israel ini. Bangsa mereka pernah ditukar menjadi kera dan babi.

UMNO dalam beberapa bulan kebelakangan ini sibuk cuba menjadi hero Islam. Isu Kalimah Allah dipolitikkan sebegitu rupa, seakan mereka sahaja yang berjuang untuk Islam. sampai YB Kulim pun terpedaya dengan kehebatan UMNO 'mempertahankan' kalimah Allah.

Rupanya dalam isu Israel dan APCO ini, terlerailah tembelang UMNO. Rakyat seharusnya membuka mata dan melihat siapa UMNO yang sebenarnya. Dalam dua tiga hari ini juga, tembelang UMNo sekali lagi pecah. Bukan setakat sistem komunikasi negara diambil alih oleh syarikat yang ada kepentingan dengan ISrael, bahkan PDRM juga berjaya diterobos masuk. Mereka masuk sehingga ke Bukit Aman, kubu pertahanan dan keselamatan paling kebal di Malaysia.

Bila jadi perkara ini, apa perlu dibuatkan? Telah banyak mana maklumat perisikan negara telah sampai ke bumi Israel? yang kita sama-sama hairankan mengapa kerajaan tidak berhati-hati dalam melantik penasihat imej negara. Soalnya lagi, perlukah dihabisi berjuta ringgit hanya untuk memulihkan imej negara dan pemimpin yang sudah pun tercalar??

Kalau memulihkan imej dengan memulihkan kredibiliti kerajaan tidaklah mengapa. Rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, menipu dan lain-lain kalau dibuat reformasi secara besar-besaran saya rasa sudah lebih dari memadai. Berikan kebebasan pada akhbar, PDRM, SPRM, mahkamah, SPR, Peguam negara, pihak istana. Rasa-rasanya reformasi pada ini sudah cukup untuk memulihkan imej negara tanpa perlu menghanguskan berjuta ringgit.


Alhamdulillah, Allah telah membuka jalan. Semoga rakyat dapat menilainya dan mengenali siapa UMNO sebenarnya...

Friday, April 2, 2010

Alfatihah! Din Beramboi meninggal dunia...




Din Beramboi meninggal
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.

“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi disini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak. - Bharian

Thursday, April 1, 2010

PERJANJIAN DENGAN APCO. APA SEBENARNYA BERLAKU?

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
PERJANJIAN DENGAN APCO: NEGARA KINI DIAMBANG BAHAYA

(30 Mac 2010)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius dakwaan bahawa kerajaan Malaysia terlibat secara langsung dengan APCO Inc, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan rejim Zionis Israel sebagai syarikat perundingan total kepada komunikasi negara. DPPWP merujuk kepada pendedahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan penglibatan APCO dengan kerajaan Israel serta kerajaan Malaysia.
DPPWP berpendapat dakwaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sangat serius kerana ia melibatkan keselamatan negara. Memandangkan syarikat tersebut menguruskan komunikasi strategik ke atas rakyat, maka sudah tentu negara berada dalam keadaan bahaya. Tidak mustahil maklumat penting negara telah terlepas ke tangan syarikat berkenaan dan sudah pasti negara boleh tergadai pada bila-bila masa. Sejarah pernah mencatat sebuah syarikat komunikasi antarabangsa yang pernah menjual maklumat strategik kepada Amerika ketika meletusnya Perak Teluk di Asia Barat. Apakah jaminan kerajaan tidak memberikan apa-apa maklumat strategik negara kepada syarikat berkenaan?
Malaysia baru kehilangan enjin jet pejuang yang telah terlepas kepada syarikat dan negara lain, yang risikonya aset serta maklumat pertahanan negara telah bocor kepada pihak luar. Dalam kes ini, maklumat strategik dan komunikasi rakyat diketahu secara langsung melalui rundingan dengan kerajaan Malaysia, apakah jaminan rakyat dan negara Malaysia berada dalam keadaan selamat sekarang?
DPPWP merasa kesal tindakan kerajaan mengadakan rundingan dengan syarikat yang ada kaitan dengan rejim Zionis. Dalam keadaan seluruh dunia Islam membenci dan memusuhi rejim Zionis kerana tindakan zalim mereka menyerang umat Islam khususnya di negara Palestin, kerajaan seakan tidak menjaga sensitiviti umat Islam seluruh dunia khususnya di Malaysia. Apakah alasan yang akan diberikan jika umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan kemarahan akibat perjanjian langsung negara dengan syarikat yang ada kaitan dengan rejim Zionis Israel. Mengapa kerajaan tidak bersikap berhati-hati dengan menyemak latar belakang syarikat serta tokoh-tokoh di sebalik syarikat berkenaan terlebih dahulu?
DPPWP mempersoalkan apakah relevannya kerajaan membazirkan wang rakyat berjuta-juta ringgit hanya untuk memperbaiki imej kerajaan UMNO-BN dan Perdana Menteri yang sudah rosak di mata rakyat. Perdana Menteri dan kerajaan tidak perlu menipu rakyat dengan slogan dan imej yang dibuat-buat. Rakyat di Malaysia sangat cerdik dan celik maklumat untuk mengenali Perdana Menteri mereka.
Akhir sekali, DPPWP mendesak kerajaan agar membatalkan perjanjian dengan APCO serta merta dan mendesak agar ditubuhkan Siasatan Di Raja bagi menyiasat skandal yang memalukan negara ini.
Disediakan oleh
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

LEPAS ZAHRAIN, GILIRAN ZAMBRY PULAK MEMBUAT LAWAK LOMPAT PARTI.

Semuanya berinspirasikan maklumat sensasi dari Dato Zahrain. Dengan cerita leluconnya beliau berjaya membuatkan media massa berbicara buat beberapa minggu. kemuncak kebodohan cerita tersebut apabila juak UMNO membuat laporan polis meminta Anwar disiasat, bukan Zahrain. Takpelah habis satu babak.

Ceritanya disambung oleh Zulkifli Noordin. Satu Malaysia tahu penglibatan Najib dengan konspirasi pembunuhan Altantuya. Tiba-tiba beliau membuat pengakuan ditawarkan ganjaran supaya bersubahat mengaku mengatur konspirasi terhadap Najib. Satu Malaysia gelak ketawa dengan pengakuannya. Setelah dipecat baru mengaku, selama ini mengapa berdiam diri?

Kini baton disambut oleh Zambry. Cerita sama diolah lebih sensasi. Kononnya beliaulah calon favourite MB Pakatan Rakyat, andainya beliau melompat. Hilai ketawa lagi rakyat Malaysia sehingga menitis air mata dengan kelawakannya. Siapa tak kenal UMNO. Tiada fulus boleh mampus. PR nak tawar apa pada YB UMNO? Setakat janji manis air liur bolehlah.

Setakat perasan dialah calon MB PR, saya ingat sesiapa boleh mengaku. Apa, aset berharga sangatkah dia??? Selepas ini siapa pula bakal mengaku dipujuk, ditawar dan diganjarkan dengan imbuhan lumayan. Yang pasti, semuanya pelawak yang cuba memeriahkan pentas politik negara.

PELAWAK DIN BERAMBOI KRITIKAL

Tersebar berita pelawak terkenal Din beramboi koma dan berada dalam kritikal akibat virus dipercayai kencing tikus atau denggi berdarah. Kita bersama doakan agar beliau cepat sembuh. Beliau terkenal dengan gaya spontan lakonan yang berjaya mencuit hati...

Friday, March 26, 2010

ALFATIHAH! AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR KEMBALI KE RAHMATULLAH

Saya menerima khabar duka ini lewat malam tadi. Beliau ialah datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, seorang MP PKR. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan disisi orh hambaNya yang soleh. Alfatihah!

Wednesday, March 24, 2010

TAHNIAH MP KALABAKAN YANG BERANI BERSUARA BENAR!

Hari ini adalah hari yang paling menggemberikan saya. Dalam tujahan bertubi-tubi UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat khususnya pendedahan berkaitan dengan 16 September, tiba-tiba datang pembelaan.

Yang membela bukan dari pakatan pembangkang atau Pakatan Rakyat, tetapi datangnya dari Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh. Beliau ialah pimpinan UMNO Sabah. Secara bertubi-tubi pula beliau menyerang MP Bayan Baru dan menuduhnya berbohong. Ya, Dato' Seri Zahrain telah berbohong dengan mengaitkan beliau sebagai salah seorang yang bakal melompat. Datuk Ghafur juga melenting dan menuduh DS Zahrain telah kenyang dengan umpan hasil lompatan.

Setelah Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Bung Mokhtar Radin kini tiba giliran Datuk Ghafur Salleh menafikan. Angkatan Tentera turut menafikan perkara yang sama. Nah, sekarang giliran Zahrain pula berbuih nak menjawab. Bagaimana beliau boleh menuduh tanpa asas dan bukti yang kukuh.

Kita nak tengok juga apa reaksi UMNO terhadap ucapan Datuk Ghafur Salleh. Hairan juga, apabila mereka respons dengan segera ucapan yang hanya hearsay. Sepatutnya UMNO perlu mendesak DS Zahrain yang disiasat, bukan DS Anwar. Ini kerana DS Zahrain mungkin berbohong sehingga membabitkan Yang Di Pertuan Agung, Panglima ATM dan beberapa MP.

Kalau beberapa MP menafikan, Panglima ATM juga menafikan, sekarang siapa pula yang berbohong? dan Siapa pula yang wajar disiasat?

saya syorkan ucapan MP Kalabakan di video kan dan diberi kepada setiap Ahli UMNO dan juga rakyat, supaya mereka tahu siapa yang benar siapa yang berbohong...

RAJA PETRA MENDEDAHKAN PERIHAL 16 SEPTEMBER

Seronok juga apabila membaca artikel Raja Petra seperti yang ditulisnya baru-baru ini. Ia berkaitan dengan pendedahan DS Zahrain. Menurutnya banyak lagi maklumat tersimpan yang belum didedahkan. Anehnya beliau mengetahui lebih mendalam.

Benar atau tidak, terpulang kepada anda menilainya. Tetapi saya post kan di sini petikan tulisan beliau, mudah-mudahan membantu kita mengenali politik Malaysia...


Dipetik dari artikel Raja Petra Kamaruddin.

Itu adalah apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini. Sebenarnya, terdapat beberapa kebenaran dalam apa yang Zahrain Hashim nyatakan jadi saya rasa Anwar Ibrahim tidak harus keluar daripada Parlimen. Dengan berbuat demikian ia seakan tuduhan Zahrain telah kena tepat di kepalanya, dimana saya juga mengandaikan begitu. Tetapi Anwar tidak sepatutnya mendedahkannya dengan ketara. Bermain poker lah , seperti saya. Senyum dan tunggu sehingga tiba masa anda untuk menyerang balik. Aiyah, Anwar, kamu seorang pemain poker yang teruklah!.

Sebagaimana saya berkata, Zahrain tidak berbohong kesemuanya. Dan sebaliknya fakta yang ditimbulkan Zahrain di dalam Parlimen menjadikannya dakwaan yang amat serius. Anda tidak boleh berbong di Parlimen. Jadi Zahrain tidak berbohong. Dia hanya tertinggal banyak fakta lain dalam kenyataannya di Parlimen hari ini(semalam).

Ia adalah benar di mana pembangkang itu telah diberitahu -- atau sekurang-kurangnya sebahagiannya telah diberitahu -- tentera dan Agong dalam keadaan ‘sedia' untuk mengadakan angkat sumpah kerajaan baru. Abdullah Ahmad Badawi telah sepatutnya diusir pada 2008 dan seseorang akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-enam.


Tetapi Perdana Menteri yang baru ini tidak semestinya Anwar. Ia adalah orang lain, seorang ahli Umno. Dan ianya bukan Najib. Ia adalah orang lain. Dan Zahrain , sudah tentu mengetahuinya walaupun beliau tidak menyebutnya di dalam Parlimen hari ini (semalam).

Plotnya adalah seperti berikut. Saya disuruh berjumpa Bul, nama pendek untuk Bulat. Semua ‘pelajar lama Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tahu saya bercakap tentang siapa. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas -- seorang ahli Umno daripada Badan Disiplin Umno yang menganggap saya saudaranya dan menasihatkan saya untuk pulang ke Malaysia dan membersihkan nama saya di mahkamah -- juga mengetahui siapakah Bul dan apa yang saya katakan.

Apapun saya dan Bul telah bertemu untuk pertama kali di La Bordega di Jalan Telawi, Bangsar. Isteri saya turut hadir, dan juga orang keempat yang duduk di situ tanpa membuka mulutnya dan tanpa mengatakan sebarang perkataan, seolah-olah dia seorang ahli KGB (Yeap, itu yang saya fikirkan).

Bul kemudiannya menceritakan kepada saya cerita tentang Rosmah Mansor, ADC LT KOLONEL NORHAYATI Hassan, dan suami Norhayati yang berpangkat Lt Kolonel, dan terlatih dalam penggunaan bagi C4 dan berada di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh. (Saya mengetahui ‘terlatih dalam penggunaan bagi C4' juga turut disahkan oleh orang lain, tentera Kolonel yang menjalankan latihan itu , jadi saya berasa yakin yang maklumat ini adalah betul).

Saya bertanyakan Bul apa dia mahu saya lakukan dengan maklumat ini. “Dedahkannya,” jawab Bul.

Saya memberitahu Bul jika saya melakukannya mereka akan menangkap saya dan menghantar ke penjara. Bul berjanji kepada saya jika itu berlaku mereka akan tampil ke hadapan untuk memberi keterangan. Mereka tidak akan membenarkan saya untuk dihantar ke penjara, Bul meyakinkan saya. Mereka akan datang untuk membantu saya dan memastikan yang kebenaran itu dibongkar.

Selepas pertemuan itu isteri saya memberitahu supaya saya melupakannya. Ia terlalu berisiko, isteri saya berkata. Jadi saya tidak melakukan apa-apa.

Bul kemudian meminta satu lagi pertemuan dan kali ini kami bertemu di Selangor Club untuk makan tengah hari pada hari Ahad. Lelaki misteri seperti ‘KGB' juga turut di situ, begitu juga isteri saya. Bul menyoal sama ada saya akan bertindak di atas maklumat yang dia berikan kepada saya dan saya menyambut, tidak. Saya tidak pasti sama ada maklumat itu benar atau tidak.

Bul meyakinkan saya ianya benar. Dia telah membaca laporan Intelligence Millitary yang telah dihantar kepada Perdana Menteri Pak Lah, Bul meyakinkan saya.

Saya memandang isteri saya yang menggelengkan kepalanya. Bul memberitahu isteri saya jangan risau. Bul menyatakan dia menawarkan jaminannya yang saya tidak akan diapa-apakan. Ini adalah 'dinamit' dan Pak Lah mengetahui ia akan jatuh tetapi beliau masih berdiam. Dan Najib juga akan jatuh maka Malaysia akan mendapat seorang Perdana Menteri baru. Kemudian kami boleh bercakap tentang membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Rakyat dan mungkin menawarkan Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tidak mendengar nasihat isteri, saya memberitahu Bul saya akan lakukannya. Tetapi dia mesti membela saya jika apa-apa terjadi. Tiada masalah, Bul berkata. Kol Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO mempunyai senaskhah salinan laporan yang telah dihantar kepada Pak Lah dan sedang menunggu untuk tampil ke hadapan bagi mendedahkan semua perkara.

Bul mahu tahu bila saya akan lakukannya dan saya kata mungkin saya akan menulis artikel tentangnya pada hari berikutnya. Tidak, tiada artikel, Bul menegaskan. Sebuah artikel tidak cukup bagus. Ia mesti satu akuan berkanun. Kerajaan tidak peduli sebuah artikel. Tetapi kerajaan itu tidak boleh mengetepikan satu akuan berkanun. Jadi ia mesti suatu akuan berkanun.

Sementara itu, saya dan isteri bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali untuk mengetahui sama ada dia bersetuju dengan calon baru untuk Perdana Menteri atau dia memilih untuk Najib untuk mengambil-alih. (Tan Sri Sanusi Junid boleh mengesahkan ini). Dr Mahathir memberitahu kami dia tidak menyebelahi Najib dan bersetuju dengan lelaki yang dinamakan oleh Bul.

Jadi kami telah mengaturkan pertemuan antara lelaki ini untuk bertemu Dr Mahathir dan mereka telah bertemu beberapa kali. Dr Mahathir juga menghantar Datuk Andrew Leong bertemu lelaki ini untuk membuat perjanjian. Saya, sebenarnya, disusun untuk pertemuan antara Andrew Leong dan lelaki ini. Saya turut serta menjadi pemerhati dalam pertemuan itu.

Perjanjian itu telah dipersetujui. Saya akan menandatangani Akuan Berkanun. Pak Lah akan digulingkan. Najib akan disekat dari mengambil alih kerajaan. Dan Perdana Menteri baru itu akan mengambil alih kerajaan dengan restu Dr Mahathir.

Tidak lama kemudian sesuatu telah berlaku. Calon untuk Perdana Menteri baru diminta untuk mengesahkan yang dia bersetuju kepada penubuhan Majlis Presiden apabila dia menjadi Perdana Menteri. Dan Majlis Presiden, akan diketuai oleh Dr Mahathir dan memberi ‘panduan' kepada Perdana Menteri baru.

Calon untuk Perdana Menteri berkata tidak. Jika dia menjadi Perdana Menteri dia akan membuat keputusan bagaimana negara ini ditadbir. Dia tidak akan menjadi Perdana Menteri boneka kepada Majlis Presiden yang mempunyai kuasa sebenar di belakang pentadbirannya. Dr Mahathir, sebenarnya telah mengumumkan semasa satu mesyuarat dihadapan kira-kira 1,000 anggota ahli Umno di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya yang Majlis Presiden ini akan ditubuhkan dan Perdana Menteri akan datang akan menjawab tentangnya.

Bila lelaki ini berkata tidak, Dr Mahathir membuangnya dan berpaling kepada Najib. Najib telah kembali dalam perancangan dan lelaki ini sudah terkeluar. Tetapi sialnya, dalam sementara waktu itu saya telah telah pun menandatangani Akuan Berkanun yang bukan sahaja untuk menyingkirkan Pak Lah tetapi juga menolak Najib.

Saya adalah satu keaiban kepada mereka. Mereka perlukan Najib sejak lelaki itu tidak setuju dengan penubuhan Majlis Presiden manakala Najib bersetuju. Jadi mereka perlukan sesuatu untuk membersihkan nama Najib. Untuk melakukannya, mereka perlu menjatuhkan saya.

Kepada pembaca-pembaca yang disayangi, inilah sebab mengapa saya dalam keadaan kesusahan ini. Saya sepatutnya menjadi pemangkin menyingkirkan Pak Lah dan menghalang Najib daripada mengambil alih kerajaan. Tetapi perjanjian itu telah rosak. Dan insan lain yang sepatutnya untuk mengambil alih telah diketepikan. Dan saya diberi ‘kad merah' dan keluar padang.

Ini membuatkan isteri saya menjadi marah gila. Bila saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Bul menelefon isteri saya dan berkata bahawa lelaki ini hendak bertemu dengannya. Isteri saya memberitahu Bul untuk memberitahu lelaki ini pergi jahanam dan meletakkan telefon.

Isteri saya kemudiannya bertemu Anwar untuk memberitahunya keseluruhan cerita, yang kebanyakannya Anwar sudah mengetahui. Anwar pergi untuk bertemu lelaki ini, yang telah sepatutnya menjadi Perdana Menteri baru. Anwar memberitahunya saya telah menandatangani Akuan Berkanun itu kerana mereka yang menyuruh saya berbuat demikian. Dan ia sepatutnya untuk membuka jalan kepada lelaki ini , bukannya Najib, untuk mengambil-alih jawatan Perdana Menteri.

Tetapi dia tidak berani tampil ke hadapan untuk menyingkap apa sebenarnya berlaku dan mengapa saya sendiri yang menandatangani Akuan Berkanun. Isteri saya kemudiannya mendesak Anwar pergi ke mahkamah untuk bertemu saya dan memberitahu saya secara peribadi, dan Anwar turuti. Saya akhirnya tahu bahawa mereka telah meninggalkan saya sebagai ‘kemusnahan sampingan' dan sebab itu saya bersendirian sekarang.

Apapun, saya kaitkan cerita ini dengan kenyataan kepada Special Branch, yang telahpun direkodkan. Saya sepatutnya kemudiannya menandatangani kenyataan saya itu, proses normal apabila mereka mengambil kenyataan semasa anda menjadi tahanan ISA.

Tetapi mereka tidak pernah membenarkan saya menandatangani kenyataan saya. Pada hari saya sepatutnya menandatangani kenyataan saya, mereka telah menghantar saya ke Kamunting. Saya mungkin satu-satunya tahanan ISA yang tidak diberi untuk menandatangani kenyataan. Dengan jelas, mereka takut membenarkan saya menandatangani kenyataan saya supaya jika kerajaan ini jatuh satu hari nanti, kenyataan ini tidak akan jatuh kepada tangan sebuah kerajaan yang baru.

Datuk Zambri Ahmad, orang kanan dalam Special Branch yang bertanggungjawab menyoal siasat saya, mengetahui apa sebenarnya yang saya katakan ini. Dia turut mengesahkan dia secara peribadi mengenali Kolonel Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO yang saya katakan tadi.

Jadi Zahrain tidak berbohong di Parlimen hari ini (semalam). Apa yang diberitahunya dalam Parlimen perihal tentera dan Agong sedang bersedia untuk mengangkat sumpah kerajaan baru adalah benar. Zahrain hanya tidak memberitahu kepada Parlimen keseluruhan cerita sebenar. Dan saya hanya menyusun kepingan-kepingan gambar yang tidak lengkap.

Terima Kasih Zahrain. Dengan menimbulkan perkara ini di Parlimen membenarkan saya menambahkannya cerita untuk anda. Muchos gracias.

TERJEMAHAN DARI BLOG RAJA PETRA.