Thursday, March 26, 2009

KEPUTUSAN PEMILIHAN SAYAP UMNO MENGEJUTKAN

Dalam debaran sebahagian ahli UMNO, terpacul nama-nama yang tidak dianggap pilihan utama untuk menerajui sayap-sayap UMNO.

Bagi Pemuda, Mukhriz Mahathir mulanya dianggap favourite kerana beliaulah satu-satunya calon yang bebas dari sebarang pertuduhan. Khairy baru dibebaskan oleh Lembaga Disiplinnya manakala Khir Toyo sedang berperang dengan tuduhan rasuah beliau di Selangor. Dalam kuatnya kempen ayahnya, Tun Mahathir Mohamad pun belum mampu memberi impak kepada perwakilan untuk mengundi anaknya. Bayangkanlah lepas ini bagaimana ngauman Mahathir semakin menjadi-jadi. Naibnya pula Datuk Razali Ibrahim, ahli Parlimen Muar. Beliau dianggap tokoh baru UMNO. Tidak dipastikan berapa duit perwakilan dapat hasil kemenangan kedua-dua calon ini.

Untuk Wanita, ramai menganggap Rafidah sudah lepasi umurnya untuk menerajui sayap kiri UMNO. Sudah berpenggal Rafidah sebagai Ketua, sudah tiba masanya diserahkan kepada Naibnya, Shahrizat. Shahrizat menang mudah. Naibnya adalah Datuk Kamilia Ibrahim yang menang tanpa bertanding sebelum Persidangan lagi.

Untuk Puteri UMNO,
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menang mengalahkan calon-calon lainnya. Tidak dapat dipastikan bagaimana bentuk pertandingan dalam Puteri, kerana saya sendiri bukan ahli UMNO. Yang pasti berlaku perebutan dalam kepimpinan dan pastinya akan berlaku perpecahan hasil kemenangan-kekalahan ini.

Umum melihat kemenangan ini adalah proksi Pak Lah. Apakah mesej tersembunyi perwakilan Pemuda, Puteri dan Wanita terhadap Najib? Mungkinkah selepas ini Muhyiddin bakal tersungkur mengikut jejak langkah Mukhriz dan Rafidah. Sama-sama kita nantikan keputusan penuh parti yang akan karam ini bersidang penuh esok.


Keputusan Pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2009.

Ketua
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)


Naib ketua
Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)

Keputusan bagi Pemuda UMNO.

Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)

Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)


Keputusan bagi Puteri UMNO.

Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)


Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

1 comment:

MASYITAH MD.HASSAN said...

PELIK TAPI BENAR..APA YANG DITOLAK RAKYAT ITULAH YANG DIPILIH UMNO..
UMNO YANG SUDAH DIAMBANG KEJATUHAN..