Tugas besar penyokong-penyokong dan petugas Pakatan rakyat, bahkan seluruh rakyat Malaysia umumnya menjelang perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru amat getir. Belum ada dalam sejarah negara, bakal Perdana Menterinya ditolak rakyat dan diberikan gambaran yang negatif. Selalunya dan biasanya bekas-bekas PM yang bakal menduduki kerusi nombor satu negara itu pasti akan diberikan tumpuan dan sambutan yang meriah dari rakyat secara ikhlas. Rakyat bersandarkan harapan menggunung kepada pemimpin negara agar berlakunya perubahan yang lebih menguntungkan rakyat. Seperti Presiden US, Barrack Obama, jutaan umat menyambut saat perlantikan beliau selaku Presiden Us menggantikan rejim Bush.
Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Rakyat melecehkannya. Terbayang sudah babak-babak ngeri yang perlu dihadam di hadapan kita. Buktinya, Kerajaan Perak dirampas secara tidak bermaruah. Bukti lain, pembabitan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya. Kes ini sudah pasti menghantui beliau di mana-mana saja. Malahan kanak-kanak pun tahu mengajukkan Altantuya dengan Najib.
Ura-ura beliau gagal menjadi PM jangan dipersoalkan. Ia ibarat menanti keajaiban yang turun dari langit. Tiada gunanya kita beretorik membayangkan sesuatu akan berlaku dalam tempoh terdekat.
Yang boleh kita harapkan hanyalah melalui Pilihanraya Kecil di 3 kawasan nanti. Kedua-dua bukit menantikan pertempuran yang hebat kerana Pakatan mempertaruhkan kerusinya manakala BN cuba merebutnya. Di Batang Ai, tekanan hampir tiada kerana tidak ramai pemimpin Pakatan Rakyat bertumpu ke sana. Justeru, PRK di kedua-dua Bukit ini adalah senjata untuk menggagalkan keseronokan Najib. Rakyat Malaysia, khususnya jentera dan pengundi mesti bekerja kuat bagi memenangkan Pakatan Rakyat. Kalah BN di kedua-dua Bukit ini, pasti merencatkan perjalanan jauh Najib. Manakala kalah Pakatan Rakyat, membolehkan Najib menunggang negara dengan apa sahaja untuk mencapai impiannya. Bersedialan kita menghadapi segala kegawatan selepas itu.
Najib dan gerombolan UMNO akan berfikir dua kali untuk mencongak perjalanan mereka. Reputasi Najib akan jatuh. Imej menjadi busuk dan menjadi bualan ramai. Bukan Pak Lah sahaja gagal mengemudi negara, Najib juga dilihat gagal. Bahkan media antarabangsa mula mempersoalkan kemampuan dan kredibiliti Najib. UMNO pasti tidak akan bersenang duduk. Silap-silap mereka berkubur kalau mereka kalah.
Yang pasti Najib dan gerombolan UMNO tidak akan memberikan kemenangan percuma. Tentangan habis-habisan termasuk menggukana segenap jentera. Usah dibilang berapa banyak duit rakyat terbang melayang masuk ke poket pengundi. Juga tidak perlu dihitung berapa banyak Jabatan Kerajaan dikerah dimana sahaja sepanjang kempen PRK nanti. Yang dirisaukan juga bagaimana Najib memanipulasi undi hantu seperti mana yang pernah beliau lakukan di Ijok dua tahun sudah. Dan bagaimana rasuah pilihanraya dijadikan alat untuk memenangi pertarungan ini. Apa yang perlu beliau hairankan. Nawaitu utama adalah untuk menang, kerana menang PRK adalah menang moral peringkat pertama. Beliau akan disanjung dan dijulang sebagai wira yang selamatkan kapal UMNO daripada karam. Saat itu nanti tahulah 'aku mengajar rakyat yang memberontak dan mengkiritik aku'. Akan dipenuhkan penjara Sungai Buloh terhadap mana-mana pemberontak. Bertambahlah penghuni kem Kamunting oleh pemimpin pembangkang.
No comments:
Post a Comment