Khairy menang di celah ramainya orang-orang dari Kem Najib yang menguasai MT UMNO. Ada yang memuja muji karismatik Khairy yang mampu menenggelamkan kedua-dua tokoh pemuda UMNO yang lain (Mukhriz dan Khir Toyo). Beliau muncul sebagai pemenang di saat situasi tidak menyelebelahinya.
Dalam banyak andaian dan analisa itu, saya tertarik oleh seorang sahabat yang menyuarakan pandangan, benarlah UMNO perasuah paling besar. Lihatlah pada keputusan kepimpinan Pemuda UMNO. Khairy mendapat kedudukan tertinggi, Khir Toyo nombor dua manakala Mukhriz tercorot. Sebelum itu, yang dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO dan didapati bersalah ialah Khairy. Khairy dah disahkan bersalah cuma tidak dihukumkan sahaja. Dan beliau kebetulan (atau memang rasuah?) menang. Khir Toyo juga dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO tetapi terlepas dari sebarang hukuman. Beliau kebetulan di posisi kedua. Mukhriz tiada apa-apa kesalahan yang dibangkitkan dan akhirnya beliau kecundang. Bukankah ia suatu petunjuk bahawa perasuah paling besar pasti akan menang manakala yang bersih akan bungkus.
Tertarik juga dengan keputusan beberapa pimpinan MT UMNO. Antaranya Dato' Shahrir Samad. beliau kalah. Dalam rekod yang diketahui tidak mengambil sebarang ejen pun untuk melobi dan melakukan rasuah. Beliau kalah dan mahu meletakkan jawatan. Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh perwakilan kepada rakyat seluruhnya? Bahawa sang perasuah pasti akan menang, bergantung kepada sejauh mana banyaknya jumlah yang diberikan!
No comments:
Post a Comment